Saya nak tanya satu perkara. Kalian familiar tak dengan personalised gifts? Personalised gifts ni sebenarnya hadiah yang dibuat/dihasilkan istimewa dan khusus untuk seseorang. Contohnya kalau bagi gelang, ada engrave nama si penerima. Beri mug yang ada gambar atau kata-kata yang ditujukan kepadanya. Ada banyak jenis personalised gifts sebenarnya. Siapa yang tak suka terima personalised gifts? Betul tak? Si penerima akan rasa lebih dihargai. Lebih dekat dengan si pemberi.
Baru-baru ini, saya berbual dengan seorang kenalan yang sedang berusaha menyediakan hadiah kejutan untuk suaminya.
"Akak ni tak berseni macam kau. Keinginan nak buat personalised gifts tu memang ada, tapi tak ada masa. Lagi satu, kalau tak jadi mesti kecewa bertingkat-tingkat!"
Automatik fikiran saya teringat Printcious. Terus saya sarankan kenalan saya supaya cari hadiah di Printcious. Sekarang ini, tidak ada masalah untuk hasilkan personalised gifts. Tidak perlu risau tangan berseni ke tidak. Ada masa atau tidak. Printcious kan ada! Dengan Printcious, siapa sahaja boleh buat hadiah istimewa dan bermakna untuk diberikan kepada insan tersayang. Pasti tidak akan kecewa. Tidak akan hampa. Tak percaya? Jom pergi intai-intai Printcious dengan segera!
Laman web Printcious |
Alang-alang dah cuci mata di Printcious, saya ingat nak cari hadiah untuk Bott di sini sahaja. Friendship Day kan tak lama lagi. Di Printcious ada pelbagai produk yang boleh kita pilih. Tidak perlu pening kepala!
Nak create hadiah apa? Mug, kemeja-T, coasters, kusyen comel,...pilih sahaja yang mana berkenan di hati. Macam-macam ada! Memang rambang mata dibuatnya!
Kalau
rasa buntu, boleh pilih produk berdasarkan kategori penerima (nak
diberi pada lelaki atau perempuan) atau jenis keraian - birthday ke,
hari ibu atau hari bapa. Mudah kan?
Disebabkan Bott kawan baik saya ni suka sangat dengan mug, saya nak beri dia magic mug. Mug ni boleh 'bertukar wajah' apabila kita tuang air panas. Dah pilih design yang berkenan di hati, kita editlah apa yang patut. Customisation tool sangat user-friendly. Tak sukar nak guna.
Customize sendiri sampai puas hati :) Boleh letak gambar, letak text atau quotes. Saya hanya letak friendship quote dan wish untuk si Bott. Tak insert photo. Nanti kalau cantik dan eksklusif sangat, dia sayang nak guna pula.
Lebih kurang beginilah rupanya magic mug Bott apabila dah siap nanti. Rasa-rasa dah puas hati dengan design dan tak de nak ubah apa-apa lagi, bolehlah 'Add to Cart'.
Bersempena dengan Hari Persahabatan yang akan diraikan pada 7 Ogos nanti, Printcious tawarkan diskaun 20%. Tempahlah hadiah istimewa untuk rakan dan sahabat kesayangan kalian. Gunakan code: MYBFF. Cepat tau! Jangan berlengah. Promosi untuk Friendship Day hanya sah sehingga 31 Julai 2016.
Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart
Updated:
Nak tengok magic mug Bott? Klik di sini ye :)
salam selalu jugak tengok blogger 2 lain buat ni
BalasPadamJom la buat sekali, Yana :)
Padamsangat membantu orang orang seperti yana selalu tak tahu nak kasi apa hadiah kat orang
BalasPadamBetul. Buntu2 nak cari hadiah apa,..cari je kat Printcious :)
Padamhehehe, kan sekarang ni senang je nak buat apa pun. tapi tulah.. fulusnyaa. hahahaha. tak berapa nak tebal pulak sekrang. XD tapi ada rezeki mmg nak buat satu untuk kawan baik aina. hehe
BalasPadamHihihi tak pe. Ada rezeki nantI buat untuk bff Aina ye :)
Padammenarik..sesuai untuk tangan keras macam kitorang ni. thanks share, kak Farrah
BalasPadamKihkihkih tangan keras katanya ;)
PadamMemang best bila ada servis macam ni. Kita boleh pilih apa yang kita nak. Kalau sis Farrah buat sendiri. Confirm aje menjadi. =)
BalasPadamBest kan?! Akak memang suka buat mug, buat tshirt nih. Hihihi tak semua yang akan buat menjadi, Faa. Ada yang jadi makanan tong sampah gak ;)
PadamHahaha.. Kak Farrah.. Simpanlan buat kenangan. =)
Padamfarrah , tq for sharing this .... best nie ...senang if nak cari hadiah untuk orang =D
BalasPadamMy pleasure. Senang kan,..just one click away ;)
Padamwoww, macam2 blh buat..
BalasPadamMemang macam2 boleh buat, Wawa! :)
Padamwahhh bestnyaaaa.
BalasPadam##tetiba muncul. lamanya xjejak blog akak.
ヽ(´▽`)/
Wahhhh! Selamat muncul kembali, Nadyya! Lama betul silent mode ;)
PadamSS paling giler benda yang engrave... Atau apa pon yg ada nama sendiri... Alat engrave tu pon boleh beli kat lazada...
BalasPadamSamalah! Saya pun suka benda2 engrave nih. Betul. Aritu tengok kat lazada mula2 teringin nak beli. Tapi tangan saya ni jenis ketaq,..takut ter-engrave dahi orang pulak ;)
PadamKalu dpt bangle nama sendiri pon best gak kan...
BalasPadamMemang best kan!
PadamMahal x beli online?
BalasPadamBagi saya memang a bit mahal berbanding kita tempah di kedai. Tapi, kelebihannya, kita boleh design sendiri dengan keselesaan kita di rumah. Then, terus sampai depan pintu!
PadamSekarang semua benda dihujung jari sahaja, tak perlu pening kepala..
BalasPadamBetul. Tak perlu nak pusing kepala cari hadiah :)
Padammenarik.. tapi bab harga tu kena tengok dompet sendiri la samada nipis atau tebal.. huhuhu..
BalasPadamnampak dah ramai guna ekin jah belum faham lagi nak guna nya.... nanti besday abg boleh guna bagi hadiah hihihihihi
BalasPadamCik Mimie dah beberapa kali guna khidmeat printicious ni.. memang superb!
BalasPadamSiap beli mug letak gambar dgn incik kesayangan...hahaha
BalasPadammesti bott senyum smpi ke telinga
BalasPadamda abis ekk offer nyer :(
BalasPadambaju pun ada ya.. boleh la dijadikan hadiah hehe
BalasPadammenarik
BalasPadamda cb masuk tp xlepas lak..
BalasPadamloading terok ni, nnt ayu nak ushar gak..
mane tauu leh jadikan adiah abah ayu y nak dekat ni