Saudara Bawa Bacang!

Jumaat, September 02, 2016

Baru-baru ini saya buat kuiz mengejut - Simpulan Bahasa dalam kelas BM Tahun 5. Anak-anak Tahun 5 saya agak lemah dalam peribahasa dan penjodoh bilangan. Jadi, selalulah dapat kuiz mengejut daripada saya =) Kali ini kuiz dalam bentuk bertulis. Saya bacakan soalan, mereka salin dan beri jawapan yang sesuai dalam masa yang telah ditetapkan. Nanti, dalam kelas akan datang, kami akan bincang sama-sama jawapannya.

Ini salah satu jawapan anak murid saya yang buat saya gelak mengekek-ngekek.

Soalan Nombor 14: Pertalian saudara yang jauh.
Jawapan: Saudara bawa bacang.

Saudara bawa bacang?! So, the next class semasa kami berbincang (Saya hanya tanda kertas kuiz mereka dengan betul atau salah. Jawapan sebenar saya berikan semasa sesi perbincangan.), saya minta anak murid saya ini untuk betulkan jawapan. Siap bagi hint, gugurkan perkataan 'saudara'. 'Saudara' tu hanya ada pada maksud, tidak pada simpulan bahasanya.

"Bawa-bawa bacang!"
(Dengan yakin dan tanpa ragu-ragu dia jawab!)

Saya tanya, kenapa bawa-bawa bacang? 

"Yelah, kita pergi rumah saudara, kita bawa buah tangan (bacang). Nanti rapatlah hubungan saudara!"


Adeh! 'Buah tangan' tu tahu pulak guna! Anyway, happy weekend! Selamat beristirahat!


26 ulasan

  1. bau bau bacang bukan sepatutnya ?? hahaha comel je jawapan dia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau bacang habis, sedara bawak rambutan macamana?haha

      Padam
  2. heloo Kak Farrah.. lama x singgah sini.. hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hello, Siti. Faham awak tu busy,...bertahan ye,..nanti akak datang bom blog Siti pulak :)

      Padam
    2. samalah kita..nak sempat nak datang bawa bacang ke, durian ke..

      Padam
  3. hahaha.. kalau sy pun gelak sis.
    comel je.. bau bau bacang la sayang.

    BalasPadam
  4. Hihihi comelnya jawpan anak murid..

    BalasPadam
  5. direct je maksudnya..hihi...sabo je lahh..

    BalasPadam
  6. hahhaa.. confident tu yang penting.. hehe

    BalasPadam
  7. tinggi imaginasi. bawak bacang pergi rumah sedara.. mwahaha..

    BalasPadam
  8. cikgu rupanya..tengok dekat about tu tulis self-employed =)

    BalasPadam
  9. hahaha.. bau2 bacang.... suka peribahasa ni jugakkk

    BalasPadam
  10. or maybe dia nak bawak balik bacang untuk mak dia buat sambal.. dapnyeeee

    BalasPadam
  11. kak farah nanti nak belajar dengan kak farah cara nak ajar budak2 hihihihi

    BalasPadam
  12. sedapnya kalau dpt makan buah bacang.. bau semerbak 1 rumah

    BalasPadam
  13. agak2 dia kenal tak..buah bacang tu

    BalasPadam
  14. bau bacang tu kuat tau...dari jauh dah bau

    BalasPadam
  15. adeh boleh gelak guling2 baca ayat budak nih..

    BalasPadam
  16. bau bacang ada laa.. bawa bacang tak pernah dengar lagi.. hehehe..

    BalasPadam
  17. comellnye...
    heheh dulu pon ayu cmni gak..
    xpe la asalkan ade bunyi dia kak farrah

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.