Bersihkan Kesan Kopi dan Teh Pada Cawan

Selasa, Januari 07, 2020

[This is a scheduled post. Saya di Kota B hingga akhir minggu ini.]

Entri khusus untuk penggemar teh dan kopi. Tetapi, saya nak tulis bukan tentang kopi ... bukan tentang teh. Sebaliknya, tentang kole atau cawan yang kita gunakan. Haaa ... familiar tak dengan kesan sebegini? Penggemar teh dan kopi pasti sudah biasa lihat kesan sebegini bukan?

Kesan kopi atau teh pada mug :)
Kesan apa lagi kalau bukan kesan kopi dan teh yang kita minum. Lagi-lagi kalau kita ni jenis ada kole atau cawan kegemaran. Buat air guna kole tu sahaja. Makin hari kesan coklat makin pekat dan ketara. Sakit mata je tengok! Selagi tak disental, selagi itu kesannya tak hilang! 

Jadi, hari ini saya hendak kongsi satu tips bermanfaat, bagaimana cara untuk bersihkan kesan kopi atau teh pada kole atau cawan dengan mudah. Effortless. Tak keluar peluh walau setitis pun. Kalau di rumah ni, aktiviti bersihkan kole dah jadi hobi si Bott. Happy je dia duduk seorang diri bersihkan kesan kopi pada kole sambil duduk depan TV melayan siri OK-Jek! 😆😋😉

So, kali ini saya tumpang menyibuk. Tengok Bott bawak kole dengan kesan kopi untuk dibersihkan, saya pun bergegas cari telefon. Nak capture gambar buat masuk blog hihihi. Okey, jom tengok apa yang diperlukan terlebih dahulu.


Keperluan untuk bersihkan kesan kopi dan teh.


Hanya barang dan bahan yang mudah diperoleh di rumah:

  • Sehelai kitchen towel/kain yang bersih
  • Semangkuk kecil air
  • Sedikit serbuk baking soda 


Cara-caranya: Ambil kitchen towel dan basahkan dengan seikit air. Sesudah itu, tekapkan bahagian tuala yang basah dengan sedikit serbuk baking soda. Kemudian, bersihkan bahagian kole yang mempunyai kesan kopi atau teh dengan menggunakan tuala tersebut. Seperti di bawah ini:


Nampak tak? Kesannya sudah tanggal. Tidak perlu bersusah-payah. Lakukan dengan senyuman sambil nyanyi lagu kegemaran. La la la la ♪ 🎶 ♫ ♬ Ulang proses yang sama sehingga semua kesan hilang.


Tatttadaaaaaa!



Kole yang stain-free. Cantik bersinar gitu!
Mudah, bukan? Selamat mencuba. Dah ada cara ini, tak perlu risau kesan yang melekat sememeh pada kole atau cawan kegemaran kalian lagi. 



47 ulasan

  1. Slalu juga ni nmpk kesan mcm ni, blh try ni

    BalasPadam
  2. Ada cara rupanya.. Boleh cuba akan datang.. Biasa bila mug dah camtu rupa, buang dalam tong sampah jerk.. Bila dah ada cara ni leh la cuba..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sayang kalau buang kan,.. Lagi2 kalau mug kesayangan. Lepas ni boleh kasi bersih putih berseri 😊

      Padam
  3. Baking soda mempunyai pelbagai kegunaan selain untuk memasak kan kak :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Reen. Nak cuci2,...nak hilangkan bisa gigitan nyamuk/serangga,..akak nak bantutkan rumput jahat kat rumah ni pun, pakai baking soda 😊

      Padam
  4. wah boleh try! memang rasa sakit hati tengok mug2 yg ada kesan macam tu. tq for sharing. 😊

    BalasPadam
  5. Nice sharing! Patutla baking soda ni bagus utk memutihkan benda sbb haritu ada baca petua putihkan gigi,pakai baking soda je :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, memang banyak gunanya. Akak ada kenal someone yg memang guna baking soda utk gosok gigi. Mula2 tahu memang pelik hihihi

      Padam
  6. Kak Farrah ni macam tahu tahu saya memang perlukan tips ni haha

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. Tak sempat baca sampai Z,..mug dah kilat berseri 😆

      Padam
  8. Assalam kak , selama ni ada je orang share kegunaan soda ni tapi tak pernah nak cuba

    BalasPadam
  9. tapi bila dah nampak hasilnya wah wah heeee, rajin datang lah rajin :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fuhhhh! Fuhhhh! Ni akak tiup semangat rajin nih!

      Padam
  10. cawan kat rumah byk jadi lgu ni... lepas ni bole la buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa lagi,..mulakan projek baking soda dengan segera! 😊

      Padam
  11. La.. senang je rupanya nak hilangkan kesan kopi tu ye.. tq sis share tips..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang senang. Tak yah sental2. Mata pun tak sakit kan,...

      Padam
  12. hehehe tips berguna.. tapi CT tetap malas =P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Malas pakai paaper cup jelah 😆😆😆
      #akakgurau #jangansentap

      Padam
  13. a great tips ni.
    nak buat kat opis.
    kat umah aida xde gini.
    jarang num kopi kat umah tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhh minum kopi kat opis je ye. Sila cuba ye,..

      Padam
  14. Nape baru tau? Tapi kalau dah tau ni agak2 jadi rajin mcm kak farrah tak? Hehe

    Btw, OK-Jek tu cite apa? :')

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang rajin akan sental mug tu,...ni kes malas nak berusahalah maka guna baking soda ni, budak :)

      Padam
    2. OK Jek tu tv show tentang penunggang ojek online,..dulu masa di Bandung almost everyday akak layan citer ni. Balik sini, ada pulak ditayang kat Channel 142 😊

      Padam
  15. Baking soda ni dah multipurpose... memacam boleh... buat sirap bandung boleh? Ha ha ha

    BalasPadam
  16. Laaa ingatkan boleh guna utk buat keke je

    BalasPadam
  17. ehh banyak kegunaan baking soda nih kan.. setiap rumah patut ada baking soda nih untuk pelbagai kegunaan..

    eyda selalu guna basic H Shaklee jer untuk hilangkan kesan tu pada cawan..

    BalasPadam
  18. baking soda ni mmg byk kegunaan nye kan kak farrah...

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.