Terjah Dunia Whimsical Beauty and The Beast

Khamis, April 06, 2017

Isnin lepas, saya memang ada di sini. Isnin saya tak kerja. So, menjeruk jelah di rumah Cekebon. Tengah layan kantuk, tiba-tiba Cekengah called. Dia kata dia ambil half day, ajak saya tengok Beauty and The Beast. Bisa! Bisa! Sepantas kilat saya dan Bott bersiap. Jumpa Cekengah di e@Curve, Mutiara Damansara.

Kitorang masuk slot 1.30 petang. Dari mula scene, sampailah ke credit title,.. I really enjoyed myself. I mean, faham-faham sajalah cerita fairy tales bagaimana kan. Best! Whimsical!💫 Start je filem, saya dah masuk dunia Beauty and The Beast. Tak fikir apa-apa dah pasal kerja ke, komitmen lain ke, barang dapur nak kena beli ke,...semuanya put on hold. It was indeed a good break from my tiring and hectic schedule. Was enticed by each and every scene and all the songs played throughout the movie. Secara keseluruhannya, saya memang puas hati! Cuma secara peribadi, saya lebih suka si Beast berbanding bila dia dah tukar semula jadi manusia. Hehehe rasanya beast lagi comel kot! 😆

Tetapi, kata-kata saya ini hanya boleh diguna pakai untuk kalian yang minat cerita-cerita dongeng begini. Kalau ada yang spesies macam Bott, (cerita Avengers,..Optimus Prime takluk bumi dan disasters apokalips semua dia boleh hadam, tetapi cerita Beauty and The Beast dia kata tak make sense,...) maaf banyak-banyaklah ye. This is not going to be your cup of tea.

Oh, sebenarnya entri ini bukan nak cerita atau review mengenai filem Beauty and The Beast tetapi nak cerita tentang dua Beauty and The Beast lain yang saya rasa tidak kurang hebatnya.

I. Photo Shoot Josh Rossi dengan anak perempuannya bertemakan Beauty and The Beast

Josh Rossi ni seorang photographer. Memang setiap tahun dia akan buat photo shoot bertema dengan anak perempuannya, Nellee, 4 tahun. Rossi ni sanggup travel sekitar Europe untuk cari scene castle dan perkampungan Belle yang sesuai dijadikan latar gambar. Hasilnya,....surreallllll!!!

Credits - Josh Rossi

Credits - Josh Rossi

Credits - Josh Rossi

Superb, kan?!
Boleh baca lebih lanjut di sini dan tengok video BTS-nya di sini.

II. Beauty and The Beast Theme Song Cover by iamNeeta dan Khai Bahar


iamNeeta dan Khai Bahar berkolaborasi nyanyi lagu ni. OKlah. Sweet. Sedap je telinga dengar. Saya memang personally suka suara iamNeeta. Ada style dan keunikan tersendiri. Jadi, buat peminat-peminat iamNeeta dan King Smule Khai Bahar,  jika nak dengar lagu Beauty and The Beast version mereka berdua, klik di sini.


18 ulasan

  1. cantik betul Josh Rossi punya gambar

    BalasPadam
  2. I'm not the fairy tales type, tapi nak try jugak tengok cerita ni nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah tengok. Bott hangin gila sebab citer ni banyak nyanyi2 😅

      Padam
  3. wow! photoshoot Rossi tu memang awesome sangat. rasa macam nak buat jugak lah photoshoot mcm tu. hahahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Previous year dia buat Mulan. Pun hebat gak hasilnya 😊

      Padam
  4. saya pun dah tengok..nantilah nak buat review.saya suka filem gini. Ah, saya memang suka filem..semua pun layan. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi tahu takpe. Sal dengan Anies tengok filem apa pun on je kan,.. 😊

      Padam
    2. ooooo ngumpat sy kt sini yekkkkkk patut laa ada bau2 bacang je hahahaha

      Padam
  5. Belum tengok lagi cerita ni. Asyik tgk review ramai pulak yg cakap filem ni best. Hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi akak memang best compared to Cinderelle yang diorang buat semula dulu.

      Padam
  6. xlweh nak bawak firash masuk cite ni..
    so ktorg tgk smurf je kak farrah..
    ayu suke cerit2 cmni..
    best!!..
    versi katun pon ayu blm pernah tgk lg tauu

    BalasPadam
  7. da dengar lagu dia.. best jugak!!..
    mgkin sbb ayu suke khai bahar kott..
    hhahahah

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.