Ganjil yang Benar-benar Ganjil
Selasa, Oktober 05, 2021
Assalamualaikum.
Hari ini saya hendak bercerita tentang drama bersiri baharu di Viu - Ganjil. Ganjil, arahan Datuk Yusry Abd. Halim yang membariskan pelakon-pelakon seperti Diana Danielle, Fattah Amin, Fatin Afeefa, Izzue Islam, Dato' Sri Eizlan Yusof, Aida Aris, Rosnah Johari dan ramai lagi merupakan sebuah Siri Original Viu yang sedang ditayangkan.
Saya memang suka tonton cerita-cerita Viu Originals tidak kisahlah cerita dari produksi Malaysia, Indo atau Thai. Kira boleh layanlah. Antara yang saya suka The Bridge, Keluarga Baha Don dan Kopitiam Double Shot.
Apabila dah tonton trailer Ganjil, terus rasa teruja nak tengok. Adalah cerita best untuk ditonton sambil-sambil buat kerja nanti.
Apa yang ganjil tentang Ganjil?
PENTING: SPOILER ALERT
Nabila, seorang personaliti media sosial dan Amry, seorang jurutera dalam bidang IT yang agak timid dan pemalu tidak saling mengenali. Hubungan antara mereka bermula apabila bertemu antara satu sama lain di alam mimpi. Mimpi yang sama dan berulang-ulang - Nabila struggle berpaut di pinggir gaung manakala Amry akan datang untuk cuba menyelamatkannya.
Pelik dan keliru dalam memastikan siapa masuk mimpi siapa, Amry dan Nabila seolah-olah diajak melawat sisi kehidupan masing-masing. Perbualan mereka membawa kepada satu penemuan. Di alam nyata mereka pernah berpapasan kerana Amry bekerja di kawasan berhampiran tempat tinggal Nabila. Jadi, mereka buat janji temu untuk berjumpa di sebuah kedai muzik.
Tak kanlah semudah itu, kan? Insiden ganjil semakin ganjil apabila mereka berjumpa tetapi tidak bersua empat mata dalam dimensi masa yang sama. Baik Nabila mahupun Amry, datang ke kedai muzik tetapi ....
Kredit Imej - Saluran Youtube Viu Malaysia |