Happy New Year [2014], 3 jam yang Berbaloi!

Ahad, Disember 28, 2014

Pagi-pagi lagi saya dah menghadap cerita Hindustan. Bukan calang-calang. Ini filem terbaru lakonan Shah Rukh Khan dan Deepika Padukone. Ada juga pelakon-pelakon hebat lain seperti Abishek Bachan, Anupam Kher dan Jackie Shroff.


Filem ini mengisahkan sekumpulan 'the so-called losers' yang diketuai oleh Charlie (Shah Rukh Khan) yang cuba untuk melakukan rompakan diamond terbesar di Dubai. Walaupun jalan cerita macam serius dan ada elemen-elemen balas dendam, cerita ni kelakar habis! Rasanya sepanjang lebih kurang 3 jam menonton, sekejap-sekejap saya akan gelak. Gelak lagi... dan gelak lagi. Banyak sangat babak-babak mencuit hati ;)

Setiap satu watak ada karakter masing-masing yang unik dan menghiburkan. Contohnya, Tammy (lakonan Boman Irani) masih tinggal bersama ibunya meskipun sudah berusia. Tammy akan kena serangan sawan apabila rasa tertekan tetapi sawannya hanya untuk 30 saat ;)

Nandu (Abishek) seorang yang suka muntah. Tak kira tempat, tak kira masa. Jag (Sonu Sood) ada masalah pendengaran sikit. Sangat sayang pada mak dan paling pantang kalau orang kutuk mak dia. Mohini (Deepika), satu-satunya bunga dalam kumpulan tu pula akan tergoda dengan orang yang berbahasa Inggeris, walaupun hakikatnya dia langsung tak tahu bertutur bahasa tersebut.

Apa sebenarnya kisah yang mendorong mereka untuk lakukan rompakan terbesar tu? Mengapa pula tiba-tiba mereka ended up dalam sebuah pertandingan menari antarabangsa? Haaa,...kalau nak tahu lebih lanjut, kenalah tonton sendiri. Tak pun kita tunggu Ratu Bollywood kita, Amy J buat review ye :)

Yang penting, bagi saya filem ni sangat-sangat menghiburkan dan berbaloi ditonton. Of courselah ada beberapa scenes yang efeknya nampak over dan lawaknya agak slapstick, tapi itulah antara yang menyumbang ke arah kekuatan cerita ni.

36 ulasan

  1. lamanyaa kak tiga jam. heeee. hindustankan. lama dah tak layan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mehla tengok, Nani. Sekali sekala layan Hindustan, biar tengok citer best :)

      Padam
  2. Kena sedia pop corn banyak2 ni... he he he...

    BalasPadam
  3. Awww !
    Shah Rukh Khan my heroooo.... macam best je jalan citer dia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaaa kalau SRK tu dah jadi pojaan hati, ni kira wajib tontonlah :)

      Padam
  4. Review dari akak dah buat rasa teruja nak tengok.. akak... Arupam Kher ke Anupam Kher..??? hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kihkihkih ini tak kira kategori review ni
      hahah sesuka hati je akak tukar nama orang kan? Thanks, Firah. Dah betulkan ;)

      Padam
  5. Kalau ada Shah Rukh khan, Boleh consider nak tengok nanti. hehe.

    BalasPadam
  6. bhahaha CT memang tak hapdet la citer bollywood. tapi ade tngk preview member post di fesbuk. kawan tu spesis cem Amy J jugak heheh..

    btw Kak Farrah.. mmg lepas tngk akak buat bergedil CT suruh spupu beli 2kg potato and buat minum petang. bite size sbb ada ramai anak ulat (nephew n niece) jadi dapat dalam 70 pieces. lenguh haih nak menggoreng..

    moral of the story : i love potato ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaah akak suka moral of the story tuh :)
      Rajinnya CT! Tak pe, dik. Lenguh tangan siapkan makanan utk anak2 ulat tu, berkattttt.

      Padam
  7. ada jugak perasan cerita ni kat satu website ni, tapi tak tengok lagi. hehe

    BalasPadam
  8. Lama dah x layan hindustan.
    Tapi, ermmmm...SRK..mmg i like..
    Kalau comedy lagi banyak likessss..

    BalasPadam
  9. cite baru ke kak
    saya ni dulu pun minat sungguh hindustan ni
    cuma sekarang dah tak banyak tengok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Citer baru, YY. Kalau minat SRK, memang kena tonton! Besttt!

      Padam
  10. movie hindi memang lama kan.. hehehe.. lama xlayan bollywood

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang lama. Tapi berbaloi la kalau dapat citer bagus :)

      Padam
  11. teruja pula nak tengok..~! mcm best ja tahap lawak dia.. selalu tgk SRK serius ja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes,..yang ni lawak2 dia macam citer Stephen Chow. Nak tengok SRK menari bodo2,..tengok citer ni lah :)

      Padam
  12. Dh lama x layan hindustan..tapi kalau SRK yg berlakon..3 jam tak terasa lamanya..nk tgk lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju, sis! Setuju. Puas hati tengok filem SRK :)

      Padam
  13. wow..dari sinopis wana teruja pula nak tengok cerita ni..tambah lagi pelakon2 yang best2..mesti menarik cite ni kan kak..tonton sambil baring2 tu lagi best tu kak..heheh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh itu yang terbaik. Sambil golek2, gelak2, ada pulak something utk kunyah2 :)

      Padam
  14. wow shah rukh khan cik ash suka2 tengok.. duk cari cerita dia ada ke yng tolong upload hihihi... kita tengok... nak pergi tg wayang x berkesempatan lagi abg sibuk keje... huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah available utk di download, Cik Ash. Tapi tak surelah kat mana. Saya tau nengok je.

      Padam
  15. jarang tengok hindustan baru2 nie..hihi... boleh try test tengok..hihi

    BalasPadam
  16. eh, ratu bollywood eh? hehehehhehe... saya dah buat review pun. itu pun sebab kak Farrah pnya request. hehehehe.... kelakar je cerita dia... saya tergelak bab belajar menari tu. ahahhahahaha. dalam lif pun kelakar.. adoi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks so much, tau! Akak nak buat review sebest Amy memang tak reti. Nanti flatttt je orang baca. Oh nanti akak update entri ni, masukkan link review Amy tu.

      Padam
  17. Ala, tergoda dah saya nak menonton. Nak tgk abishek :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengok, jangan tak tengok! Abishek memang kelakar dalam citer ni :)

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.