Penangan maraton tengok drama Cina hujung minggu lalu. Saya tonton drama You Are My Hero. Tiba-tiba, terliur tengok babak doktor-doktor beli bubur dan cakoi di kafeteria. Terus jadi teringin hendak makan! Masa ini mulalah terimbau pelbagai memori lazat bubur dan cakoi. Terbayang bubur dan cakoi McD ... terbayang bubur dan cakoi I Love Yoo!
Apa lagi, laju sahaja langkah diatur ke dapur. Basuh beras untuk tanak bubur sambil tu peram yis. Lebih kurang satu jam lebih kemudian, hidangan yang diimpikan tersaji di depan mata.
Alhamdulillah. Bubur nasi bahan apa adanya. Bubur nasi kosong letak sedikit hirisan ayam, isi jagung dan lobak merah. Daun bawang, daun sup, bawang goreng semua tiada stok di rumah. Sedikit kicap cair masin dan lada sulah sebagai penyedap rasa. Nikmati panas-panas bersama cakoi.
You Are My Hero Vs Descendants of The Sun
Pada mulanya saya ingat You Are My Hero (2021) merupakan drama remake untuk Descendants of The Sun. Rupa-rupanya bukan. Drama ini merupakan adaptasi novel You Are My City and Fortress yang ditulis oleh Mu Qing Yu.
Heroin, Mi Ka, seorang doktor residen bertemu dengan Xing Ke Lei, seorang anggota SWAT dalam sebuah kejadian rompakan bank. Setelah dua tahun, mereka bertemu semula ketika Mi Ka menyertai latihan penyelamatan kecemasan yang diketuai oleh Xing Ke Lei.
Sejak itu, walaupun masing-masing sibuk dengan tugas, mereka selalu crossed path. Dah selalu jumpa tu, tentulah saling tertarik antara satu sama lain. Xing Ke Lei tahu Mi Ka gadis yang pernah ditemuinya dalam insiden rompakan dua tahun lalu tetapi Mi Ka sebaliknya. Dia tidak cam langsung Xing Ke Lei.
Ada pendedahan seimbang tentang latar kerja kedua-dua mereka. Ada juga diselitkan beberapa situasi mencabar, life-or-death situations. Tetapi, tidaklah sampai ke tahap heart pounding goncang jantung gitu. Biasa-biasa aja. At the end of the day, semua okey. 😊
Berbaloi atau tidak tonton drama 40 episod ini? Bagi saya berbaloi. Enjoylah tengok lagi-lagi kalau nak binge-watch macam saya. Bukan sekadar hero dan heroin, watak-watak sampingan dalam drama ini pun kuat.
Andai kalian minat tonton drama Cina, bolehlah saksikan You Are My Hero di iFlix/WeTV.
Wah! Puas tonton drama sampai 40 episod!
BalasPadamSedapnya bubur & cakoi!
Heheeh seronok tonton back-to-back, Kak Amie. Suspens episod tergantung, boleh terus next 😁
PadamLayan jg drama ni tapi belum habis lagi...suka tengok ketua Jabatan Neurologi, sungguh berkarisma..
BalasPadamDr. Shao memang berkarisma hihihi
PadamRecommended eh drama ni? Bolehlah nak try tengok, lama tak tengok drama Cina..hehe
BalasPadamHaaa kalau dah lama tak layan drama Cina, bolehlah cuba layan cerita ni 😊
Padamkalo layan drama korea terliur plak tgk makanan korea.. haha
BalasPadamsedapnya bubur tuuuu! cakoi tu ponnn!
Hahahah susahlah macam ni... drama mesti ada scene makan-makan!
PadamWah bersungguh buat cakoi. Kalau saya cakoi makan kosong atau cicah kaya.
BalasPadamSebab teringin sangat, NA. Bab makan kalau teringin memang bersungguh hahaha
PadamHujan-hujan ni menu bubur pun nampak menyelerakan .
BalasPadamItulah kan... faktor cuaca sekarang mendorong kita untuk makan banyak hahahah (alasan nak sedapkan hati 😂)
PadamCakoi sudah makin terkenal sekarang.. Pelbagai inovasi peniaga buat untuk menaikkan jualan cakoi..
BalasPadamBetul. Sos/kuah untuk cecah cakoi untuk dah ada macam-macam perasa...
Padamtu dia 40 episod memang gigih. saya 14 episod pun dah jemu. tapi kalau tengok sambil makan bubur dan cakoi ditemani doktor-doktor dalam drama tu nak la jugak. haha
BalasPadamKegigihan yang tak boleh dipraktikkan selalu. Habis tak jadi kerja nanti dok melayan drama je hahaha
PadamAla kak, saya cakap je. Pernah maraton Downton Abbey sebab bosan sangat. Pkp ni biasalah
PadamMudah terpengaruh dengan cerita ni. Hehe..kadang kadang macam tu jugak. laju belek kat dapur bahan bahan ada ke tidak. Dua dua drama tak pernah tengok lagi. huhu
BalasPadamHahahah itulah bahayanya mudah terpengaruh.... tengok tu teringin, tengok ni teringan 🤣😁
PadamOkey masuk waiting list! Tengah mood cdrama lately ni hahaha.
BalasPadamTapi jenuh jugak la nak habiskan 40 episode tu ya >.<
Jangan tengok sekali duduk. Kematu punggung tu kang ahahaha
Padamlayannn je tngok.. sambil makan bubur panas.. huh! sedap!
BalasPadamMemang layannnnn 😁
Padamcakoi tu buat nyicah dgn kuah kcg aduhai syahdu betoi kak farrah ^_^
BalasPadamAduhai… cakoi dengan kuah kacang? Terus terliur akak dibuatnya!
PadamDapnya cakoi...mak oii sampai 40 episodes ni....
BalasPadamYa, kak! 40 episod! Terus rasa diri ni couch potato yang berjaya 😂
PadamCakoi cicah kuah kacang perghhh, sebab kalau cicah kaya ke macam emm tak suka sangat
BalasPadam40 eps ehh hahaha 40 kali kena fikir nak tengok tak kikiki
Sedap bubur tu minggu lepas xlalu makan ada juga buat bubur, wah lama x tengok cerita cina hihihi nanti masuk list la layan selalu duk tengok Korea jer ni
BalasPadam