Berbanding Lazada, saya jarang membuat pembelian di Shopee. Lazimnya, kalau di Shopee, saya cuma akan cari material kraf atau bahan-bahan untuk card making, scrapbook, jurnal dan projek saya. Itu pun puas kawal diri. Kecenderungan untuk terlajak beli sangat tinggi!
Baru-baru ini, sambil cuci mata lihat hiasan planner dan jurnal saya cari tisu poket sekali. Jarang-jarang keluar, tidak perasan langsung tisu poket dah kehabisan stok. Tengok di Lazada, tiada tawaran yang menarik. Agak mahal juga harga tisu poket yang ada.
Akhirnya, ada rezeki saya jumpa tisu poket yang saya berkenan. Bamboo pocket tissue. Preffered+ seller. Greenleaf_my. Harga memang murah. Ulasan pembeli pun boleh tahan. Rata-rata berpuas hati dengan kualiti tisu tersebut.
Inilah hasil pembelian saya.
- Bamboo pocket tissue (4 ply/8 pulls) - Harga RM0.28/pek. Semasa saya beli, dapat harga RM0.26. Saya beli 40 unit.
- Bamboo tissue paper non flluorescent 4 ply tissue - Beli pek kecil begini juga. Travel pack. Senang nak letak dalam kereta. Saiz 175 x 115mm. Harga sepek RM0.58.
Alhamdulillah memang puas hati. Tisu bambu ni menepati keperluan saya. Jenis tebal (4 ply), lembut dan tekstur tisu tidak mudah koyak. Kalau lap muka tu, tak adalah bersepai-sepai serpihan tisu jadi make-up tambahan dekat muka. Jika berminat, cari Greenleaf_my di Shopee ya.
Harga yang berbaloy
BalasPadamMemang berbaloi, wak.
PadamBenda kecik comel ni memang banyak di Shopee
BalasPadamBetul. Akak malas masuk Shopee sebab nanti ada je 'sangkut' masuk cart. Tahu-tahu dah terbeli.
Padamhehehe ok bole masuk list ni hahaha
BalasPadamhahaha sila sila... sila terjebak sama
PadamMurahnyaaaaaaaaa
BalasPadamMurah kan... 😊
PadamWah 4 lapis. Pernah tengok.
BalasPadamTapi tisu ni setiap plynya tak adalah tebal sangat, tak nipis sangat. Sedang-sedang gitu.
PadamHaritu dah masuk dlm troli tapi tak check-out lagi. Lepas nih boleh lah beli, sbb review ok. Hehe
BalasPadamOkey, insya-Allah berbaloi beli
Padamkalau warna pink lg best kan jd food panda pulak.. hehehe
BalasPadamHahaha jadi tisu bambu food panda :)
PadamSelalu nampak tapi tak pernah beli. Boleh beli juga ni. Harga sangat berbaloi.
BalasPadamBagi saya, jika dibandingkan dengan jenama lain... tisu poket ni memang berbaloi.
PadamComelnya tisu panda!
BalasPadamBolehlah simpan beberapa bungkus dalam hadbag.
Comel kan, kak? Ni memang kena sentiasa ada dalam handbag ni :)
PadamHari tu ada juga tergodek2 tisu bamboo tu . Masih dalam add to cart dalam troli .
BalasPadamLepas ni boleh consider nak beli atau tidak :)
PadamNak beli juga .heheh
PadamAda masanya saya beli di shopee. ada masa shoping di lazada. Yang pastinya survey dua dua mana yang lebih puas hati membeli. Murah tu. Comel pek tisu dia.
BalasPadamYang penting kena cuba cari tawaran terbaik, kan? 😊 Akak dalam mencari-cari tu lebih ke Lazada. Kalau barang kraf, memang shopee lagi berbaloi.
PadamDah pernah nak beli sebab murah gila harganya! Tapi macam biasa tak beli beli sebab takut dapat tisu yang nipis dan mudah koyak hehehe
BalasPadamAkak pun skeptikal tau. Itu yang satu satu review akak baca. Siap scrutinise gambar-gambar pembeli lagi. Frust kan kalau dapat jenis nipis tu...
Padamalahai cute nyerr.. dh la warna kuning.. geram tngok!
BalasPadamComel kan...
Padamcomey tisu panda mudah nk selit dlm handbag kan ^_^
BalasPadamBiasa akak pakai tisu premier je...ni daha dapat info dan secara langsungnya akan turut terjebak..zaman2 covid ni tisu mmg penting...paranoid, buat apa pun mesti nak ada tisu
BalasPadamShopee memang berhantu Ekin sejak pkp apa2 shopee jer aduhaiiii, dah beribu2 beli di shopee tu
BalasPadam