Jika sebelum ini saya tulis tentang lagu Kenangan Terindah - Samsons yang dirakamkan semula oleh Setia Band, hari ini satu perkongsian mengenai sebuah lagu nasyid versi baharu - Damai Yang Hilang 2021.
Suatu masa dahulu, lagu Damai Yang Hilang dendangan kumpulan Nowseeheart merupakan antara lagu yang popular dan mencetuskan fenomena. Tambahan pula ketika itu, lagu-lagu nasyid memang mendapat sambutan daripada penggemar-penggemar muzik tanah air. Lagu ini telah dirakamkan semula beberapa kali oleh kumpulan Saujana dalam album 5 Bintang dan 6ixth Sense menerusi album Cintaku Padamu Seluas Angkasa.
Biarpun ada beberapa versi baharu, secara peribadi, saya tetap suka Damai Yang Hilang yang asli. Gubahan dan susunan muziknya. Harmoni suara ahli-ahli kumpulan melontarkan lagu tersebut. Tetap gah dan terbaik di pendengaran saya.
Untuk 2021, sekali lagi Damai Yang Hilang diberi nafas baharu. Pergolakan dan penderitaan yang dialami oleh saudara-saudara di Palestin mencetuskan idea buat penulis lagu ini, Mujahid Abdul Wahab untuk menghidangkan semula Damai Yang Hilang kepada para pendengar.
Damai Yang Hilang 2021 menyaksikan kolaborasi penasyid dari dua buah negara, Dodi Hidayatullah (Indonesia) dan Awla (Malaysia). Bagi yang kurang mengenali kumpulan Awla, kumpulan ini terdiri daripada gabungan beberapa ahli kumpulan nasyid Saujana dan Nowseeheart.
Sedap atau tidak versi terbaharu ini?
Damai Yang Hilang Rendah Kalori
Versi rendah kalori. Tetapi, jangan salah tafsir kenyataan saya ini. Saya orangnya suka susunan muzik yang pang pang gedegang gitu! Yang 'kuat', yang beri impak. Menurut saya, versi asal miliki elemen sedemikian. Nyanyian sepenuhnya oleh cuma seorang vokalis, didukung oleh kekuatan suara latar yang hebat, memang boleh buat kita meremang!
Damai Yang Hilang 2021 dipersembahkan menggunakan formula yang berbeza. Lebih lembut dan lebih sayu apatah lagi kita akan dipaparkan dengan sedikit klip dari bumi Palestin.
Jadi, pada pendengaran saya, versi baharu ini seolah-olah susu penuh krim atau santan yang telah ditrim lemaknya menjadi rendah kalori. Sedapnya tetap ada. Cuma impak pada pendengar mungkin berbeza.
Setelah berada di Youtube selama kurang lebih sebulan, jumlah tontonan baru mencecah 3.6 ribu. Penglibatan Dodi Hidayatullah dalam projek ini seolah-olah tidak berjaya menarik kelompok peminat baharu untuk menggemari naskhah ini. Mungkin kurang promosi.
Jom dengar Damai Yang Hilang 2021. Kalian boleh tonton klip video Damai Yang Hilang 2021 di sini. Apa yang pasti liriknya memang sangat puitis dan menyentuh hati. Nanti jangan lupa kongsi pendapat kalian dengan saya.
Suatu waktu dahulu lagu unsur- unsur nasyid dan ketuhanan mendapat tempat di hati penggemarnya...sekarang dunia muzik dah x best..x macam lagu era 80an...
BalasPadamBetul tu, Kak SA. Nasyid pun dah tak macam nasyid dah... huhuhu
Padamlagu ni kira lagu wajib ms sy orientasi dulu 😆😆versi baru ni x penah dgr lg
BalasPadamSamalah kita! Ni pun lagu orientasi saya hehehe
Padamsuka lagu nasyid ni..era zmn kumpulan Brothers, Hijjaz..
BalasPadamBetul. Itu memang zaman kegemilangan nasyid tuh..
PadamLama tak dengar lagu damai yang hilang .
BalasPadamNanti ada kelapangan bolehlah cuba dengar versi baharu ni.
Padamlayann 😅
BalasPadamBelanja satu lagu, wak!
PadamSaya pun lagi suka versi asal tapi agak sukar dinyanyikan. Tang part 'Jeritan suara.. Batinnya', boleh terkucil
BalasPadamLagu ni tak sesuai karok, Sal. Tapi mungkin kita boleh cuba nyanyi part latar atau turunkan key hahahah
PadamLagu rupanya
BalasPadam😊😊😊
PadamNasyid mendayu dengan mesej, ditambah rentak pang pang terlekang dari getaran.. Old versi vs new versi ni, dengar baru tahu..
BalasPadamRasanya babYpose suka versi yang lama atau baharu? 😊
PadamHahahaaa... ingatkan cerita tentang diet, rupanya lagu hihihiii.
BalasPadamHahaha lagu ni yang diet, kak 😁
PadamAntara lagu nasyid yang menusuk jiwa dan sedap didengar dengan alunan suara yang merdu. Nanti nak dengar yang remake.
BalasPadamSelamat mendengar, Fiza :)
PadamSetuju dengan kak amie, ingatkan cerita pasal diet sebab rendah kalori, rupanya lagu nasyid ya hahaha.
BalasPadamKihkihkih akak tak puas hati lagu favourite kena trim kalori :)
Padammenusuk jiwa bila dngar..
BalasPadamTouching kan...
PadamLama sungguh x dengar lagu2 nasyid..yg terbaru pn dgr nyanyian lagu sesungguhnya..
BalasPadam