Assalamualaikum. Selamat memulakan minggu baharu. Bagaimanakah hujung minggu kalian? Mudah-mudahan berlalu dengan baik dan dapat berehat secukupnya.
Hujung minggu saya santai dan tenang. Kami berdua malas masak, jadi makan dan panaskan apa yang ada di dalam peti sejuk dan peti dingin beku sahaja. Kita bersihkan peti sejuk. Jika tidak nanti penuh dengan makanan tak habis, lupa nak makan tahu-tahu dah rosak.
Selebihnya, Sabtu dan Ahad saya dihabiskan dengan membaca e-book dan tonton drama Cina di iFlix. Minggu ini layan karya salah seorang penulis kegemaran saya, Kristan Higgins. Hajat hati nak blogwalking tetapi dua hari lepas, sambungan internet memang teruk. Difahamkan, Digi tengah dalam proses naik taraf perkhidmatan di kawasan saya.
Makanya, saya maraton drama Cina yang lama tersimpan di dalam telefon bimbit. Bott ada satu tabiat pelik. Setiap kali data internet telefon dia nak mula kitaran baharu, gigih dia muat turun pelbagai cerita ke aplikasi iFlix atau Viu telefon saya. Biar berbaloi dia bayar data bulan-bulan katanya.
Menjelang Maghrib, saya dihubungi oleh pemandu LalaMove. Adik lelaki saya hantar makanan dari Kuala Lumpur. Ibu mentuanya sambut hari lahir. Musim PKP ni faham-faham sahajalah mana boleh buat majlis keraian. Jadi, kenalan dan sanak saudara tidak putus titip makanan buat Aunty C.
Dalam rezeki kita ada rezeki orang. Dalam rezeki orang ada rezeki kita. Hehehe ... tak sangka, dalam banyak-banyak makanan yang mereka terima tu ada tertulis nama saya dan Bott.
... sebiji kek hari lahir. Kek Keju Beri Biru.
Masa ni saya dah lompat bintang. Saya baru sahaja cakap dengan Bott pada sebelah petang, teringin nak makan kek keju. Rezeki Aunty C dapat banyak kek hari lahir tahun ini jadi adalah terselit rezeki untuk saya sebiji. Bott siap-siap potong, masukkan dalam bekas. Sebahagiannya disimpan dalam peti dingin beku (untuk bekalan waktu-waktu craving benda manis), selebihnya kita panjangkan rezeki kepada jiran, bagi Nenek P.
Itu sahaja cerita hujung minggu dari tower saya. Semoga minggu baharu ini berlangsung indah buat kalian semua.
Sedap plak tgok cake tu ha....hujung minggu SA tido je...tgok blog pun malas...pas tu meroyan xde content nak share
BalasPadamTak mengapa, kak. Tidur dan rehat puas-puas. Lepas ni baru pulun fikir content hehehe
Padamkadang-kadang saya lupa hari hujung minggu sebab dah lama sangat duduk rumah. hari hari hari cuti 😂
BalasPadamHahah bab ni setuju sangat! Hari semua sama. Tak kisahlah hujung minggu ke, hari biasa ke... 😂
PadamWah banyak simpanan (storage) dalam telefon bimbit sampai boleh buat turun banyak siri.
BalasPadamApapun Alhamdulillah rezeki dapat sebiji kek. Boleh bayangkan banyak dapat kek sampai boleh beri sebiji kek pada orang lain :)
Hehehe saya memang tak guna sangat storage phone, NA. Itu yang puas Bott download cerita dengan konsep biar berbaloi dia. Biar berbaloi data, biar berbaloi storage gitu 😂
PadamSetuju, salam rezeki kita ada rezeki orang, dalam rezeki orang ada rezeki untuk kita.
BalasPadamDah tertulis bahagian untuk masing-masing kan...
PadamHujung minggu saya layan blog dan tengok drama aje hahaha. Bukan setakat hujung minggu, weekdays pun sama jugak rutin hariannya hahahaha. Kak farrah baca ebook dekat mana? Macam teringin jugakk hehehe.
BalasPadamSorry tau, semalam sempat Whatsapp sekejap je. Tiqah cuba tengok dekat entri Sha yang akak beri tu. Kalau ada-apa reach akak :)
PadamSaya dah tengok dah, macam tak available dah, ke saya yang tak perasan? Hahaha >.<
PadamOh, dah tak free dah ye.
PadamSekarang ni hujung minggu pun dah macam hari biasa . Tak ada plan kemana-mana . Cumanya plan masak sedap2 boleh makan dengan family
BalasPadamPlan masak sedap2 tu yang best tu :)
PadamSemalam hari yg sendu bg sy.. x produktif langsung.. hari ni pn sama siapkan pdpr #theimans saja.. sedih kot abah letak jawatan
BalasPadamMoga hari-hari sepanjang minggu ini lebih ceria buat Kakmim. Harap pdpr #theimans berjalan lancar.
Padammgu ni terasa cpt sgt berlalu selepas isnin tu.. mungkin sbb selasa dh masuk ofis kot
PadamAlhamdulillah weekend ni betul2 rehat sahaja. baru terima 2nd dose perghhhh kalini effect dia mengantuk sepanjang hari .
BalasPadamAlhamdulillah dalam rezeki kita terselit juga rezeki orang lain kan. :D
Selamat berehat, Ain. Moga hari ini kesan sampingan vaksin dos ke-2 semakin berkurangan. Alhamdulillah dah selesai 2nd dose.
Padamhujung minggu sy sama mcm hari biasa sbb pkpd ni xabis lg.. haha..
BalasPadamStay safe and stay strong, Ezy!
PadamBestnya. Minggu naniey sama je macam minggu sebelum ni cuma hari sabtu tu tertidur awal. Kononnya nak tengok cerekarama sbb mmg tunggu nak tengok cerita tu.
BalasPadamHihi saya pun missed slot Cerekarama tu, Naniey. Dok leka melayan drama Cina :)
Padamni kira mggu yg terlajak manis... semanis senyuman yuri... eh ehh dia reti senyum ke?😆😆
BalasPadamKih kih kih... Yuri tak macam senyum. Dia pandai bagi renungan tajam macam tak puas hati dengan saya 😂
PadamHujung minggu saya marathon drama siri Hindustan di Netflix. Malam tengok bola. Aduh kak Farrah mention beriani Mahbub. Tu favourite. Waktu keje selalu gi makan dengan officemate sebab dekat. Rindunya opis. Eh. Hepi birthday Auntie C!
BalasPadamApa yang berlaku ni buat kita rindu life dahulu kan... mudah-mudahan suatu hari nanti Sal akan kembali berMahbub dengan kawan-kawan office.
PadamSuggest sikit citer Hindustan best-best kat akak, Sal.
Seronok santai santai hujung minggu dan kemas apa yang patut. weekend saya sibuk agak hectic di kampung masa tu. Alhamdulillah syukur ada rezeki datang. Dapatlah makan apa yang teringin makan. Sedapnya nasi beriani dan kek.
BalasPadamAkak ada baca tentang abah Fiza. Moga keadaan abah Fiza bertambah baik dan dikurniakan kesembuhan sepenuhnya oleh Allah.
Padamkek, kdg2 je dtg prasaan tu nk mkn kek..tp nk mkn baik beli..sbb terigin nk mkn kek jrg dapat hehehee
BalasPadamHahaha yang ini akak setuju. Lebih baik beli kan... 😊
Padam