Ahad, Ogos 15, 2021

Kord Gitar Malaysia - Faizal Tahi

Bersempena dengan bulan kemerdekaan, saya ingin tanya kalian - Apakah lagu patriotik (lagu kemerdekaan atau sebarang lagu bertemakan semangat patriotik) yang menjadi kegemaran kalian?

Pilihan saya ialah Warisan, dendangan Allahyarham Tan Sri Sudirman Hj. Arshad. Selain itu ada beberapa lagu malar segar lain yang biasa jadi siulan kita menjelang 31 Ogos seperti Saya Anak Malaysia (Dr. Sam) dan Tanggal 31 Ogos  juga oleh Allahyarham Tan Sri Sudirman Hj. Arshad.

Hari ini saya ingin kongsi kord gitar lagu Malaysia nyanyian Faizal Tahir yang released pada tahun 2018. Kebetulan, saya perlu rakamkan petikan gitar instrumental lagu ini untuk anak teman saya. Si anak kena buat satu video mendeklamasikan sajak kemerdekaan untuk tugasan sekolah. Jadi, petikan gitar instrumental lagu Malaysia akan dijadikan latar muzik persembahannya.

Saya suka semangat Malaysia yang dilontarkan melalui karya ini. Semoga Malaysia cepat pulih!

Kord Gitar From FAMF Tower

Kord Gitar dan Lirik Lagu Malaysia - Faizal Tahir (Easy Chords)

[Intro]

C F C G


C F

Aku pertahan sepenuh jiwa  

Am  C G

dan raga oh tanah airku

C F

Aku berikan semua 

Am  C G

dan sesungguhnya oh tanah airku


[Chorus]

C

Ku Malaysia

F

Malaysia

Am  

Kupertahankan sepenuhnya 

G

Malaysia


C

Selamat datang semua

C

Ini masa kita

F C

Tunduk berhemah

C

Bukannya lemah

Am  C G

Aaa aaa aaa ...


C

Selamat datang semua

C

Ini masa kita

F

Di mata dunia

C

Luar biasa

Am  C G

Aaa aaa aaa...


Ulang (Chorus) 2 x


F C

Malaysia Malaysia

F C

Padamu kusetia

F C G

Tetap di hati selamanya

F C

Malaysia Malaysia

F C

Padamu kusetia

F C G

Tetap di hati selamanya


C F Am  G

Aaa ... Aaaaaaa ... Aaa ... Aaaaa ...


Ulang [Chorus]


C F

Aku pertahan sepenuh jiwa  

Am  C G

dan raga oh tanah airku

C F

Aku berikan semua 

Am  C G

dan sesungguhnya oh tanah airku

C

Malaysia


20 ulasan:

  1. Samalah farrah.. sy pn suka lagu warisan.. syahdu sgt dgn liriknya yg deep.. si kakak pn ada jgk pertandingan lagu patriotik ni.. dia suka bwk lagu bahtera merdeka.. skrg ni xtau dia pilih lagu apa blom lg discus dgn dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang deep kan... Wah, selamat membuat persiapan untuk bertanding buat kakak! Sedap tu lagu Bahtera Merdeka.

      Padam
  2. Klaulah cik timm pndai petik gitar, hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas ni boleh belajar, Cik Timm. Akak masuk 30-an baru kenal apa itu chord.

      Padam
  3. Suka lagu Malaysia Faizal Tahir. Pandai cari kord, bole request rakaman minus1 yang low key kord, bila suara tak sampai hehe..

    BalasPadam
  4. Banyak lagu kemerdekaan . Tetapi CCL tetap suka lagu2 nostalgia kemerdekaan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagu-lagu dahulu memang epik dan malar segar :)

      Padam
  5. Jalur gemilang! Hahaha, selalu nyanyi masa sekolah dulu. Now tak ada dah nak nyanyi ramai ramai gituu. Teringin nak tengokk kak farrah main gitar ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahah sekarang main gitar untuk si Yuri je, Tiqah :)

      Padam
  6. Malaysia perlu lagu-lagu pembangkit semangat.

    BalasPadam
  7. Mestilah Tanggal 31 nyanyian Allahyarham Tan Sri Sudirman Hj. Arshad
    Warisan pun suka, semua lagu bertemakan patriotik saya suka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua lagu patriotik penuh semangat dan buat kita rasa berkobar-kobar kan!

      Padam
  8. Saya suka Bahtera Merdeka dan Malaysia Baru nyanyian Roy. Jiwa klasik,lagu pun klasik. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh Roy punya kredibiliti nyanyi lagu tu tak boleh disanggah! Hahaha kita team jiwa klasik!

      Padam
  9. sambil psg bendera elok dgr lagu ni😊

    BalasPadam
  10. Lagu lama saya suka Tanggal 31 Ogos nyanyian Allahyarham Tan Sri Sudirman Hj. Arshad. Kalau lagu baru pastinya lagu Faizal Tahir ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagu Tanggal 31 Ogos tu memang legend kan...

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.