How to choose the right swimming suit? Bagaimana hendak memilih swimsuit yang sesuai? Haaa, tentunya persoalan ini menghantui fikiran kita dan buat kita jadi tertanya-tanya. Bagaimana caranya untuk memilih pakaian renang yang terbaik, yang padan untuk diri sendiri? Apatah lagi jika kita sedang menyiapkan diri untuk percutian indah lagi mendamaikan di tepi pantai mahupun di pulau.
Bagi sesetengah wanita membeli swimming suit ada masanya memenatkan. Prosesnya boleh jadi rumit, melecehkan dan akhirnya kita ended up dengan sepasang (atau dua) swimsuit yang ‘hanya cukup makan’, sekadar main beli sahaja. Akhirnya, hati berdongkol sebab swimsuit yang dibeli tak menepati kehendak. Sayang kan,..
Sebenarnya, nak dapatkan swimsuit sesuai untuk badan dan membuatkan kita rasa selesa adalah tidak mustahil. Saya ulang,...TIDAK MUSTAHIL! 😃
Pertama sekali, kita harus tahu apakah bentuk badan yang kita miliki. Kenal pasti figure kita (lihat rajah di atas), bentuk epal ke, glass hour ke...Seterusnya. cari swimming suit yang ukuran serta potongannya kena dengan bentuk badan. Apa yang paling penting, pilihan tersebut dapat membuatkan kita rasa selesa. Keselesaan adalah perkara utama yang harus dipertimbangkan. Jangan lakukan kesilapan dengan memilih swimsuit yang hanya cantik pada pandangan mata namun tidak padan dengan si pemakai.
Kemudian, kita perlu bersiap sedia tentang beberapa perkara lagi. Bearing in mind what kind of swimsuit yang akan dipakai, ada a few things yang perlu diambil kira. Misalnya, hair removal product dan sunblock. Pasti kita ingin kelihatan yakin bergaya dengan swimsuit yang dipakai. Pada yang sama ingin lindungi bahagian kulit badan dan muka yang terdedah kepada sinaran cahaya matahari.
Bersedia untuk membeli swimsuit yang sesuai untuk anda?
Ini tiga kunci utamanya:-
Pilihan Kedai atau Butik Online
Pilih kedai atau butik online yang menawarkan koleksi best swimming suit for women. Kini banyak website online shopping Malaysia yang mempunyai pelbagai seleksi women swimming suit online dengan pelbagai pilihan rekaan, jenama, saiz dan harga. Pilih yang terbaik, bersesuaian dengan citarasa dan peruntukan bajet anda.
Pilihan Warna dan Fabrik
Pilih warna dan fabrik yang dapat menyerlahkan sisi terbaik diri kerana antara rahsia swimming suit terbaik adalah dapat menarik perhatian, able to capture the attention of others. Pemilihan warna kegemaran dan fabrik yang betul akan membuatkan anda rasa selesa dan tampil yakin penuh gaya.
Pilihan Potongan Berpadanan dengan Tubuh
Dapatkan potongan yang bersesuaian agar kita bebas bergerak. Elakkan memilih swimsuit yang terlalu ketat atau tidak sesuai dengan potongan tubuh sehingga membataskan pergerakan. That’s the last thing that you need. Apalah seronoknya bercuti di pantai atau melakukan aktiviti air jika aktiviti yang dilakukan jadi terhad dek kerana swimsuit yang tidak selesa. Rugi kan?!
Dengan pilihan yang tepat, bersedialah untuk bergembira, sentiasa menyerlah tidak kira sama ada ketika berada di tepi pantai ataupun di kolam renang! Lakukan aktiviti air kegemaran, have fun dan bergeraklah dengan bebas.
Perkongsian yang ohsem..
BalasPadamBila tengok gambar tu baru saya tau tubuh saya bentuk buah .... hehehe
cantiknya yg baju swimming muslimah tu :)
BalasPadamTips yang baik ni kak farah
BalasPadamLama tak singgah sini harap maaf kak farah
BalasPadammcm tau2 je yg sy tgh cari baju renang yg sesuai? hehehe... sy da jumpa... bella ammara ada keluarkan BAkini... mmg muslimah habis ;-)
BalasPadamkiteeee nak yang fit fit biar semua nampak =P ahaha..
BalasPadamxdela kite pakai yang labuh yang fit fit nanti mak kiteee rotan =D
perkongsian yang bagus walaupun tak pernah beli swimming suit
BalasPadam