Isnin, Jun 12, 2017

Twilight Practical TimeLine Washi Tapes untuk Planner

Bagi siapa-siapa yang gemar kumpul washi tapes atau geng planner addicts, pasti akan berkenan dengan TimeLine washi tapes ni. Twilight Practical TimeLine Washi Tapes datang sepasang dalam satu set. (Set of 2).  Satu gulung untuk hari-hari dalam seminggu manakala segulung lagi garis timeline untuk aktiviti harian kita. Bermula seawal pukul 8 pagi sehinggalah pukul 8 malam. Menarik kan? Sesuai sangat untuk tepek dalam planner atau bullet journal.


Saya beli kedua-dua washi tapes ini untuk memudahkan saya tulis jadual harian dan mingguan. Disebabkan saya kaki lupa, saya kena ada satu buku catatan kecil yang mudah dibawa ke sana ke mari. Senang nak mencatat apa yang patut. Phone kan ada? Banyak apps untuk reminder. Heheheh saya jenis old school. Kena tulis-tulis. Kalau buat reminder dalam phone, saya lupa nak buka reminder tu balik. Lagipun, saya jenis yang rimas 'berdamping' dengan phone. Kadang-kadang phone sendiri pun tak ingat letak mana. 😉

Buku catatan saya. Simple je. Saya tak pandai nak hias macam planner addicts, kaki filofax atau bullet journals. Lebih kepada tak cukup masa sebenarnya. Minat memang minat, tapi nanti sibuk nak menghias buku/planner, tak jadi kerja lain pulak! To make it worst, apa benda yang nak ditulis sebagai reminder pun hilang lenyap entah ke mana!

Contoh penggunaan Timeline Washi Tapes

Catatan minggu ini - Sebelah kiri untuk tulis perkara penting yang saya kena buat sepanjang minggu. Just a brief reminder in a phrase or two. Memandangkan bulan Ramadhan ni saya cuti, lengang sikit hari-hari saya - tak adalah work-related scribblings. Kalau ada any particular day yang sibuk, saya akan buat satu page timeline seperti di sebelah kanan. Dah ada garis timeline begini, senang nampak perjalanan hari kita!

Berminat miliki Twilight Practical TimeLine Washi Tapes untuk planner kalian ? Boleh baca entri ini.

27 ulasan:

  1. hebatts., nmpk kemas ruuh., keep it up

    BalasPadam
  2. LAwooo sticker tu... Nanti nak beli jugaklah. Nampak menarik sgt.. Kat DIY ada tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat DIY tak dak la, Mummy. Kena cari online. Kat shopee/lazada :)

      Padam
  3. Best...ada hari dan masa..memudahkan urusan dan semak aktiviti harian..

    BalasPadam
  4. cantik dan praktkal buku tu. sorry lama tak singgah sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun lama tak berkunjung ke blog Raihanah. Insya-Allah nanti saya sampai ye.

      Padam
  5. wahh, bagus laa kak farah ni.. Perfect plan.
    Wawa buat todo list biasa je, tulis2. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi itu tulis-tulis biasa juga tu, Wawa. Bezanya tambah washi tape sikit biar berseri :)

      Padam
  6. Cantik pulak kalo guna washi tape ni. SB biasa buat shopping list saja.. Hihii.. Boleh guna ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shopping list tak sesuai guna washi tape ni SB, sebab ruang terhad :)

      Padam
  7. Comel sangat washi tapes tu Farrah..
    Bebila LZ akan beli untuk koleksi..

    BalasPadam
  8. saya ada planner. tapi stail saya terbalik, dah selesai baru tulis. pastu perasan sorang2..'eh sibuknya aku'..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaha feeling tu lagi best! Tulis apa yang nak buat (actually dah buat), then cross the list! ;)

      Padam
  9. wah bagusnyaa. nampak kemas jadinya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah untuk orang yang tak terurus cam akak ni, Nadd :)

      Padam
  10. okay jugak kak ade buku nota nak take
    notes and everything.. CT selalu sambar je kertas apa ada heheh.. lepas tu tak ingat campak mana. lagi specis x terurus...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada buku tu sebab dulu akak macam Ct gak. Cebis kertas pun jadi! Hhahah lepas tu letak mana memang dah tak ingat dah!

      Padam
  11. Cantik n kemas...
    Tapi tak pernah nampak lahi washi tapes cenggini kat sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mrs Pip kalau berkenan boleh beli online macam saya :)

      Padam
  12. Balasan
    1. Online shop, eyda. Klik kat entri yang bahagian bawah tu. Ada link kedainya :)

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.