Mi Lejen Bott

Selasa, Ogos 08, 2017

Okay, nama je Mi Lejen. Tetapi tak adalah legend mana. Lejen bagi saya dan Bott je. Resepi mi ringkas ini selalu jadi pilihan kami apabila kami di rumah, kelaparan dan malas fikir nak masak apa. Jadi, Bott akan ke dapur dan masak mi lejen. Hidangan  ini hidangan ringkas, guna sayur-sayuran yang ada dalam peti sejuk.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi ini, seperti yang saya nyatakan tadi - apa bahan yang ada, cuma main ingredients-nya sayur-mayurlah. Boleh pilih guna mi kuning, bihun, yee mi (mi claypot) atau mi sua. Untuk base kuahnya, Bott akan guna stok ayam atau stok sayur. Stok sayur selalu kami buat guna lobak merah dan saderi kemudian simpan dalam freezer. Stok sayur ni nak buat stew pun senang.

Jika nak lagi berperisa, boleh guna sedikit ikan bilis, udang kering atau kaki ayam untuk buat base soup. Masukkanlah hirisan bawang merah/bawang besar, hirisan bawang putih dan sedikit hirisan halia. Setelah itu, masukkan sayur-sayur yang ada mengikut cita rasa - kubis, sawi, pak choy, tomato, lobak merah, saderi,..apa sahajalah yang ada dalam peti sejuk. Masukkan dalam periuk. Reneh seketika. Kemudian, perasakan dengan serbuk lada hitam/lada putih dan garam secukup rasa.
Inilah rupanya mi lejen Bott.


Nanti,..nanti! Belum cukup legend lagi. Apa yang buat mi sayur Bott ni jadi legend ialah adunan kuah masa kita makan tu. Memanglah kuah mi sayur ni bening je. Tetapi, waktu dihidangkan, sediakan sekali kicap manis, sos cili, serbuk lada hitam dan potongan limau kasturi/limau nipis. Kemudian, kacuklah sendiri rasa kuahnya ikut selera. Jika suka masam-masam, lebihkan perahan air limau. Jika nak masam manis, tambah kicap dan sos cili. Selalu time makan saya dan Bott akan bandingkan rasa kuah kami. Main kecak-kecak sesama sendiri then decide kuah mi siapa yang lebih sedap. Apa yang penting, mudah disediakan, rasa pun dap dap dap dan perut kenyang 😀


22 ulasan

  1. sedap ni.. tapi tak pernah bat sendiri macam ni.. nanti boleh cuba nih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh makan dengan anak-nk Eyda. Mesti diorang excited nak kacuk kuah sendiri :)

      Padam
  2. dahsyat kak Farrah dan Bott, macam ni pun dipanggil mudah. mudah bagi saya adalah megi 2 minit.haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi mudah ni Sal. Kita campak je apa yang jumpa dalam peti sejuk tu. Tak yah sukat2 :)

      Padam
  3. Sedapnyaaaa. Kak Farrah pandaikan buat saya lapar tetengah malam ni hahah

    BalasPadam
  4. memang sedap ...
    saya suka kuah mi base sayur sayur segala ni ...
    kalau saya nak lagi sedap, letak sikit sos tiram time renehkan kuah ..

    BalasPadam
  5. sedapnyaaaa bla org lapo tgh pic ni ;-)

    p/s br sempat menjengah

    BalasPadam
  6. Menyelerakan ! fuhh tapi kite tak makan mee, tukar bihun boleh ke ?

    p/s: Kak, ingat kite tak? Nur As? Cahaya Alam Maya?
    Huwaaaa rindu semua orang. Cahaya Alam Maya tak boleh bukak dah, sedihhh

    Visit new blog kite kalau sudi hehe : https://kaktusjer.blogspot.my/

    BalasPadam
  7. hye frrah. dah lama farrah tak bersiaran. busy ke? hehe

    BalasPadam
  8. alahai. dapppp nya kak. terliur nadya. hehe

    BalasPadam
  9. masuk blog akak nmpk makanan hehe dap dap

    BalasPadam
  10. sekali pandang nampak macam kuah keuy teow kungfu

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.