Resepi Mudah Buttered Tempe | Tempe Bersos Mentega

Rabu, Mei 02, 2018


Tempe Bersos Mentega

Resepi Buttered Tempe | Tempe Bersos Mentega

Bahan-bahan:
  • 2 bungkus tempe - dihiris nipis memanjang
  • 3 tangkai daun kari
  • 4 tangkai cili padi - hiris (Kali ini saya guna hirisan cili merah sebab ada yang dijamu tidak makan pedas) 😀. Sebenarnya kalau pakai hirisan cili padi memang lagi umphh!
  • 3 ulas bawang putih - cincang halus
  • 1/2 tin susu cair. Boleh guna lebih jika ingin kuah yang lebih banyak.
  • 1 - 1 1/2 sudu besar mentega
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng tempe



Langkah-langkah Penyediaan:
  1. Panaskan minyak. Goreng tempe hingga masak dan rangup. Masukkan juga sedikit daun kari ketika menggoreng supaya lebih beraroma. Angkat dan ketepikan. Untuk hidangan ini, saya goreng tempe menggunakan air fryer. Beberapa minit sebelum tempe masak, saya masukkan daun kari supaya daunnya tidak terlalu garing atau hangit. 
  2. Untuk menyediakan kuah mentega - panaskan mentega. Tumis daun kari, bawang putih, diikuti dengan cili api. 
  3. Masukkan susu cair dan masak buat seketika.
  4. Perasakan dengan garam. Rasa dah berpuas hati dengan tekstur kuah, tuangkan ke atas tempe.


Daun kari tu lain-lain tona warnanya sebab ada yang saya goreng bersama tempe sahaja dan ada yang saya goreng ketika nak buat kuah menteganya. So, yang dah bergelumang dengan kuah, warnanya pudar sedikit.


Selamat Mencuba!

9 ulasan

  1. ok ... saya suka makan tempe, gila mmg suka makan,
    tp tak pandai nak buat resepi tempe, so bila mengidam saya makan di luar ..
    haha, nampak resepi ni mcm senang, terus bookmark mau try kunun ...

    BalasPadam
  2. alahaiiiii sedapnyaaaaaa kena pulak dgn nasi panas2

    BalasPadam
  3. tempe pun boleh buat masak butter ya.. menarik resepi ni

    BalasPadam
  4. Tempe butter tak pernah cuba tapi tempe goreng memang saya suka.

    BalasPadam
  5. oohmai.. tempe is life hahaha but ini tak pernah dengar. tau ade ciken n prawn je butter. hehe so Kak Farrah dengan menu hipster..

    BalasPadam
  6. Sedapnya menu ni terliur la pulak tengok waktu ni hahaha

    BalasPadam
  7. Tempe memang kesukaan Sha.. Tak pernah makan masak camnie.. Bolehlah cuba nanti.. Save resepi dulu..

    BalasPadam
  8. aida kurang gemar tempe, farrah :)
    sesekali aje makan nyer...

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.