Ombre Ink Pads

Selasa, April 30, 2019

Pernah nampak atau jumpa tak di mana-mana 'Ombre Ink Pads'? Apa itu 'Ombre Ink Pads? Macam dalam gambar di bawah ini. Dalam satu ink pad, ada beberapa jenis ink dari warna yang sama tetapi dengan tona yang berbeza. Cantik kan? 


Semasa mula terjebak dengan hobi buat kad, buat scrapbook ini, saya biasa terjumpa dengan ink pads sebegini. Ketika tu, baru belajar beli barang sedikit demi sedikit. Apa yang perlu je. Yelah, dahulu kebanyakan material dan peralatan kraf tidak mudah didapati seperti sekarang. Kalau nak cari kena pergi cari kedai khas yang menjual barang-barang untuk buat kraf atau kedai arts. Harga pun boleh tahan. Memang nampak duit kita ada sayap hehehe. Sekarang ni senang, ada Mr. DIY, ada Shopee dan Lazada.

Dahulu ink pad ini tidak pernah menarik perhatian saya sebab bagi saya rugilah, beli satu pad tu hakikatnya satu warna. Baik beli yang ada jalur warna berbeza. Ala-ala tone pelangi gitu. Itu masa tak tahulah hehehe. Masa kurang ilmu. Rupa-rupanya, ombre ink pads ada fungsinya sendiri. Itu sebablah inknya disusun ikut tona berbeza. 

Apa fungsinya? Haaa...tengok gambar-gambar di bawah. Nak memudahkan kita hasilkan efek bertona. Terpulanglah, kita hendak buat dari warna lebih pekat ke tona warna yang lebih lembut....



...atau dari tona lembut ke tona warna yang lebih pekat.


Apabila guna ombre ink pad ni, cantiklah warna tu blend sesama sendiri. Cool, right? So, kalau terjumpa, bolehlah beli dan mulalah gunakan kreativiti kalian. Pilih clear stamps yang sesuai. Tidak semestinya clear stamps bertulisan sentimen seperti di atas. Yang bergambar pun boleh. Memang puas hatilah.


Set ombre ink pads ini mudah didapati. Ada di DAISO, RM5.90 each. Bergantung pada availability of stock la. Tetapi, yang saya punya ini, saya beli melalui Shoppee. Lebih banyak pilihan. Tidak silap saya jauh lebih murah. Saya beli keenam-enam set ink di atas dengan harga sekitar RM3.++ setiap satu. Berbaloi-baloi!


Psstt! Dalam enam-enam warna tu, yang mana kalian paling suka?



9 ulasan

  1. Cantiknya. Tak pernah pun tgk yg jenis ombre mcmni. Ika beli dekat DIY. Yang biasa punya saja. Sebab nak cop buku. Kehkeh.

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2019/04/book-review-bulan-cinta-by-mimie-afinie.html?m=1

    BalasPadam
  2. Cantiknya! Kalau saya, mestilah saya suka warna biru sebab saya memang obsessed dengan biru :D

    BalasPadam
  3. Cantiknya.. Sha suka yang pinkish tu.. cool je..

    BalasPadam
  4. Tqa pun suka dengan ombre ink pads ni masa mula2 start bullet journal last October. And most of the time Tqa beli dekat Aliexpress sbb nak free shipping tapi mmg murah lah.

    BalasPadam
  5. jeles betul orang pandai guna benda comel2 ni. hehehe me.. haha nanti jadi macam yang i texted u before. tatau nak buat apa.. sorry for the delay. insyallah soon ookay parcel kasih sayang =D

    BalasPadam
  6. cantiklah... kenapa kreatif sgt niiii

    BalasPadam
  7. Lawa2 warnanya. Untung jadi orang kreatif. Saya x seni langsung haha

    BalasPadam
  8. wow cantiklah! kalau ada cop nama sendiri atau nama blog mesti cantik! sekali pandang mcm eye shadow.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.