Tercari-cari idea untuk DIY hadiah hari guru? Saya kongsikan semula beberapa contoh hadiah hari guru. Boleh dihasilkan sendiri baik oleh pelajar-pelajar, mahupun ibu-ibu yang pening kepala fikir nak beri hadiah apa kepada pendidik-pendidik anak mereka. Kos untuk menghasilkan hadiah-hadiah diy di bawah memang murah. Cuma kena cari barang dan mula buat dari awallah supaya tidak tergesa-gesa menjelang sambutan Hari Guru nanti.
Post - It Pad
Post-It Pad untuk para guru. |
Saya telah sediakan tutorial langkah demi langkah untuk membuat pek Post-It Note ini. Entri berkenaan Post - It Pad terbahagi kepada 3 bahagian:
- DIY Gifts Ideas untuk Hari Guru - Post - It Pad (Part 1)
- DIY Gifts Ideas untuk Hari Guru - Post - It Pad (Part 2)
- DIY Gifts Ideas untuk Hari Guru - Post - It Pad (Part 3)
Klip Kertas Penanda Buku
Klip kertas berhias yang boleh dijadikan penanda buku. |
Dengan kos yang rendah, kalian pasti akan kagum akan hasil akhir klip kertas berhias yang dibuat sendiri. Gunakan kreativiti masing-masing untuk menghias klip kertas sesuai cita rasa masing-masing.
Entri mengenainya di sini.
Acrylic Table Top Sticky Notes
Acrylic Table Top Sticky Notes |
Entri mengenainya di sini.
Kad Hari Guru DIY
Menyentuh tentang kad hari guru, tahun ini saya ada hasilkan beberapa kad hari guru tetapi tidak sempat untuk buat tutorial. Insya-Allah, jika ada kesempatan, saya akan muat naik gambar hasil kad dalam minggu ini. Sementara itu, boleh intai kad-kad di bawah. Kad-kad di bawah merupakan kad yang dihasilkan beberapa tahun lepas. Mana tahu boleh kalian jadikan sumber inspirasi.
Kad Hari Guru - Doodles
Thanks, teacher! |
Kalian boleh doodle sendiri atau ambil template yang saya sediakan dan cetak.
Kad Hari Guru - Tema Bunga
Thanks a bunch, teacher! |
Asal ada kertas atau kad bercorak bunga-bunga dah boleh hasilkan kad mudah ini.
Kad Hari Guru Tema Scrabble
Tema Scrabble atau Sahibba. Menarik, bukan? Scrabble tiles boleh dimuat turun dan dicetak. Klik je pautan entri di atas. Jika mahu buat personalised card, gunakan tiles untuk tulis nama guru. Lebih tinggu nilai sentimentalnya.
Selain itu, boleh juga pertimbangkan idea-idea di bawah:
Kad Ucapan Guna Squares
Potong kertas warna atau bercorak segi empat sama. Susun tampal pada kad kosong. Tulis ucapan yang sesuai untuk guru.
Kad Ucapan Tema Google
Kad Google di atas pada asalnya untuk Hari Bapa. Tukar supaya menjadi kad istimewa Hari Guru - Cikgu Terbaik di Dunia, Guru Terbaik di Dunia atau The Best Teacher in The World ... pilihlah apa sahaja ucapan atau sentimen yang dirasakan sesuai.
Selamat berkraf! Selamat mencuba!
Muat naik hasil kreativiti anda di Instagram. Gunakan hashtag #famftowercrafts di Instagram (dan boleh juga tag saya @faidamf) untuk sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini. Anda berpeluang memenangi hadiah istimewa daripada saya :)
kreeatifnyaaa kak farahhh
BalasPadamMacam2 pilihan ada.
BalasPadamwahhhhh, idea dah datang nak buat kad hari guru ...
BalasPadamthanks share idea menarik ni ...
suka cikgu2 kalu dpt cm ni
BalasPadamcantik-cantik & kreatif.
BalasPadamJanji Kita
Hari guru pun dah lepas, sekarang dah masuk bulan puasa.
BalasPadamdan percayalah.. cikgu2 sukaaa sangat dapat hadiah cemni. sentimental value yang tak terhingga ^^
BalasPadamKak farah memang wow sangat banyak kreatif bab design kad..
BalasPadamIdea kreatif yang sangat ohsem..
BalasPadamaida ada satu acrylic table top sticky notes, farrah beri.
BalasPadamsyg nak guna tau.
now tak keje, ada dlm kotak brg ofis.
dulu, memang ada aje atas meja ofis sebelah desktop.
tak guna pun. just hiasan meja :) tq farrah.