DIY Gift Ideas untuk Hari Guru - Post-It Pad (Part 2)

Selasa, April 28, 2015


Selamat memulakan minggu baru! Hari ini kita sambung hias Post-It Pad kita ye. Tak perlu dapatkan material kraf yang mahal-mahal. Kita nak buat gift yang ekonomi. Simple and nice. Antara bahan-bahan yang boleh dipertimbangkan ialah:

  • Reben
  • Washi Tapes
  • Butang
  • Sticker/Pelekat bergambar
  • Adhesive Diamentes
  • Cetakan ucapan 'Selamat Hari Guru' atau 'Happy Teacher's Day'
  • Marker Pen/ Gel Pen/ Sharpie Pen/Magic Pen

OK, inilah Post-It Pad yang sudah siap dihias.

Dah siap!
Saya hanya gunakan reben hitam, butang dan kad hitam kecil bertulis 'Selamat Hari Guru'. Secara kasar kosnya sekitar RM1.50 - RM2.00. Murah kan? Boleh jatuh lebih murah, bergantung pada jenis sticky notes yang kita beli. Post-It memang pricey sikitlah. Saya beli masa sale di POPULAR, dapat half price. Plus, kita boleh personalised letak/tulis/cetak nama guru di bahagian depan Post-It Pad.

Sukar nak jumpa kad bercorak seperti yang saya gunakan? Jangan risau, boleh gunakan kad putih/kad manila dan hias dengan sticker seperti di bawah. Saya beli di Mr. DIY. Lima helai begini - ada lebih kurang 300 pelekat love yang pelbagai, harganya cuma RM1.80.

'Made with Love' tu saya guna rubber stamp :)

Nak guna bahan terbuang/terpakai? Boleh saja :)

Guna surat khabar lama.

Saya gunakan carikan akhbar lama untuk hias Post-It Pad di atas. Pelekat huruf tu pula beli di POPULAR. Boleh baca mengenai Sticker Book of Fonts di sini.

Jika ada peruntukan lebih, kalian boleh juga hias dengan:
  
Selamat mencuba! Lagi seronok kalau dapat buat ni bersama anak-anak. Tentu mereka teruja nak beri hadiah pada guru masing-masing. Oh, ya...intai juga Part 3. Saya akan kongsikan idea bagaimana nak bungkus hadiah ni pula.


Psstt!! Tag @faidamf di Instagram dengan sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini. Gunakan hashtag #famftowercrafts. Anda mungkin layak memenangi hadiah istimewa daripada saya :) 

26 ulasan

  1. ok, can't wait for next part.. (saja omputeh sekali sekala..)..hehe

    BalasPadam
  2. WAhh teruja nk join akak buat.. tapi sini semua benda ekin minat terbantut huhuhu...

    BalasPadam
  3. sis JM tak boleh tgk semua benda ni akan jagi pening..tapi kalau ngadap blog 8 jam pun no hal :-)

    BalasPadam
  4. bila tarikh sambutan hari guru tu Farrah

    BalasPadam
    Balasan
    1. 16 mei kak JM.. tolong jawab bagi pihak kak Farrah.. hehehe..

      Padam
  5. lamanya x dtg menjengah blog ni...so get ready nk serang nih!

    BalasPadam
  6. kreatif...yang old newspaper.tu...nampak rustic..like 3x..

    BalasPadam
  7. Kenapalah Cik Mimie tak rajin macam Kak Farrah..heheh :)

    BalasPadam
  8. cantiknya...jeles tengok..pos satu farra walaupun khaty bukan cikgu..hehehe

    BalasPadam
  9. bila tgk farrah buat mcm senang jer...tp bila ntah nak buat...huhuhuuh

    BalasPadam
  10. teringat lak detik2 sambut hari guru.. hihi mcm2 ragam.. both ckgu n budak..

    BalasPadam
  11. kreatifnya akak.. nina minat dgn smua art akak.. simpan baik2 kad akak tu :)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.