Washi Tapes untuk Kraf

Ahad, Mac 30, 2014

'Masking tapes' untuk kraf berbeza dengan 'masking tape' biasa (yang macam plaster berwarna putih tu). 'Masking tapes' untuk kraf atau turut dikenali sebagai 'washi tapes' (yang diperbuat daripada kertas beras) didatangkan dalam pelbagai rekaan, warna dan corak. Pita ini boleh dikoyak dengan tangan dan mudah ditanggalkan semula. Of course, digunakan secara meluas dalam projek kraf dan D.I.Y seperti buat hiasan pada kad ucapan, cupcake toppers dan fridge magnets. Malah, 'masking tape' ini sesuai digunakan untuk aktiviti bersama anak-anak misalnya buat bekas pensel dan hias alat tulis seperti pensel, pen dan buku nota harian supaya lebih menarik!



Sebahagian daripada koleksi saya. Paling suka not muzik & biri-biri comel tu.


Kredit Imej



Saya baru nak berjinak-jinak dengan 'masking tapes'. Sekarang ini dalam proses untuk kumpul lebih banyak tapes yang cantik-cantik.

Setakat ini, saya guna 'masking tapes' untuk:

  • Buat tag hadiah (gift tag)/ kad


  • Photo Frames/Borders
'Photo Borders' Guna Washi Tapes

  • Hias Kad Ucapan
 
'Farewell Card'


Masking tapes yang bercorak cantik turut sesuai digunakan untuk menghias jurnal atau planner. 

5 ulasan

  1. banyak sebenarnya kegunaan tape ni,dlu beli saya buat apa entah.last2 tak guna bagi orang lain..uhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihihi akak pun mula-mula tengok tape ni rasa pelik sangat,...nak buat apa tape bercorak ni? ingat fungsinya sekadar macam cellotape biasa je :)

      Padam
  2. K.farrah, banayaknye function masking tapes kat sini.
    Never tot of that.
    Lekat kat macam2 surface.
    Not limited on paper je.

    BalasPadam
  3. Nak kumpul banyak2 macam k.Farrah jugaklah.
    Some more siap boleh buat xtvt with the lil one.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.