DIY Gift Ideas untuk Hari Guru - Post-It Pad (Part 1)

Ahad, April 26, 2015

OK. Salah satu DIY gifts yang sesuai untuk keraian Hari Guru ialah Post-It Pad @ Sticky Notes. Selalunya, pelekat Post-It cenderung untuk kotor, terlipat atau tercabut kalau kita masukkan dalam beg begitu sahaja. So, kita buatkanlah 'jaket'. Apabila dah pakai baju begini, kita boleh hias dan hasilkan hadiah comel untuk guru.
Barang-barang yang diperlukan.



Kertas keras atau kad bercorak
Pelekat Post - It
Glue Tape/Glue Stick/Double-sided Tape
Paper Cutter
Scorer (Baca mengenainya di sini)
Patterned Scissors (Baca mengenainya di sini)

 OK. Let's get started!
Mula-mula, kita kena potong kertas atau kad. Sebenarnya ukuran bergantung pada saiz Post-It yang digunakan. Kali ini saya pilih yang bersaiz 71.4mm X 76.2 mm. Maka, ukuran yang sesuai ialah 8cm X 20cm.

Ikut pola ini ye.
Setelah potong kad ikut ukuran, score pada bahagian bertanda B dan D. Tujuan kita score adalah untuk buat tanda lipatan. Bahagian E sepatutnya 3 cm. Tetapi, saya tulis +- sebab saya dah potong sedikit - ada kotoran pula pada tepi kad.

Satu pelekat Post-It ada 100 helai. Kita tak guna sekaligus. Tak nak terlalu bulky. Jadi, saya bahagikan kepada dua atau tiga. Terpulang pada kalian sama ada nak buat 50 helai  (bahagi 2) atau 33 helai (bahagi 3). Guna glue tape pada belakang lembaran terakhir Post-It, dan tampal pada bahagian C.
Bahagian A boleh guna untuk tulis ucapan.
Seterusnya, saya guna patterned scissors untuk buat kemasan tepi bahagian A. Lihat gambar di bawah. Jika tiada patterned scissors pun tak mengapa. Biarkan sahaja seperti keadaan asal. Tidak akan cacatkan projek kraf kalian pun.
Hasilnya akan jadi begini.
Sedia untuk dihias!
Dah siap dah 'jaket' Post-It kita. Mudah je kan?! Sekarang, masa untuk menghias. Boleh guna apa sahaja material yang kita ada, mengikut kreativiti masing-masing. Butang ke, reben ke, sticker...yang itu kita lihat Part 2.

Hingga jumpa lagi. Selamat menikmati hujung minggu!

Psstt!! Tag @faidamf di Instagram dengan sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini. Gunakan hashtag #famftowercrafts. Anda mungkin layak memenangi hadiah istimewa daripada saya :) 

11 ulasan

  1. Kalu SS... SS letak magnet sheet... Sebab manjang ilang... Lupe letak mana... Ha Ha Ha...

    BalasPadam
  2. Wahhh. Kreatifnya akak... tempahan gift hari guru pulak...

    BalasPadam
  3. menarik nih.. nanti kena tanya anak2 anak bagi hadiah apa kat cikgu..

    BalasPadam
  4. khaty dah ada jugak yang farra bagi hari tue..sayang nak guna,simpan elok2 buat kenangan..ngee

    BalasPadam
  5. Nak ajar anak buah ni.. Nanti sibuk minta duit ngan my kakak nak beli hadiah kat cikgu dia.. Nak beli hadiah kat ibu dia pun, dipaksa-paksa ibu bagi duit..Hahaha..

    BalasPadam
  6. ohh...guntig guna patterned scissors...baru nk tanya..kenapa tepi tu dapat corak yg cantik....mmg blur..x pernah tahu ada gunting jenis ni..biasa tgk gunting kain je

    BalasPadam
  7. kagum sangat wana dengan kreativiti kak farrah..semuanya hasilnya memang mengagumkan..cantik sangat!!

    BalasPadam
  8. benda alah post it ni yg dari zaman CT kat uni dok ade lagi.. keje beli baru tp gunanya x abes pun hehehe..

    BalasPadam
  9. ala gunting tu dh hilang.. dlu suka guna utk buat notes

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.