Geleng kepala saya apabila lihat draf entri ini dalam blog. Tahu tak, kad ini saya buat pada hujung bulan November tahun lepas jika tidak silap. Dah nak satu tahun baru terhegeh-hegeh terbitkan entri di blog? Nazak betul rentak berbloging saya sekarang ini!
Baiklah. Berbalik pada kad yang hendak dikongsikan hari ini, a birthday impossible card. Jangan terkejut. Nama kad ini sahaja yang impossible. Tiada apa-apa yang mustahil pun. Cuma teknik lipatan kad sahaja yang agak berbeza. Sebelum ini, saya pernah kongsi mengenai impossible card. Baca lebih lanjut di sini dan di sini.
Kad ini ditempah oleh seorang rakan blogger, adinda Amy Syeera. Kenal tak? Alah, pemilik blog The Minimalist Traveler tuh. Kad ini untuk diberikan kepada Syafiq, tunangnya yang meraikan hari lahir pada bulan Disember. Huhuhuh budak-budak ni dah nak kahwin dah, baru story pasal kad ni keluar?! Teruk betul saya ni kan?
Amy sendiri yang pilih kombinasi warna dan kemasan emas pada kad. Something kind of futuristic with a hint of gold. Panel di tengah tu boleh letak gambar penerima. Bahagian belakangnya pula untuk tulis ucapan. Then, saya buat matching envelope dan tag hadiah.
Thanks so much, Amy sebab tempah kad daripada akak. Mesti adik seorang ini sedang sibuk buat persediaan majlis perkahwinannya. Thanks for the invitation, dik. Inshaa Allah, jika tiada aral, akak akan hadir sama-sama meraikan hari bahagia Amy dan Syafiq ya!
Yang impossible sekarang adalah untuk kita update blog dengan kerap. haha
BalasPadamCantik nya sis.. warna pun cantik.. kreatif :)
BalasPadamCantiknya.. Ohsemlah kak..
BalasPadambln dpn nk masuk november pulak dh! haha
BalasPadamcantik kad tu! =)
Cantik kadnya. Saya pun ada jugak entry yang masih dalam draf. Ada yang melebihi setahun dok dalam draf, ntah bila nak siapkan dan publish pun tak tau.
BalasPadamKreatifnyaaaa.
BalasPadamSomething new untuk lari dari kad biasa2 :)
BalasPadamimpossible yang sangat cantik.. Kreatif betul akak nie..
BalasPadamcantiknya hasil kerja Farrah :)
BalasPadamcantiknyaaa kreatif betul
BalasPadamAmy dah nak kahwin dah ya. saya belum lagi.hahaha
BalasPadamCantiknya kad.