Kad Ucapan Tema Rama-rama | Butterfly

Rabu, Januari 30, 2019

Sebelum ini saya ada buat entri tentang sebahagian daripada kad yang saya hasilkan bertema Hot Air Balloon. Kali ini, saya nak tunjuk kad-kad dengan tema butterfly pula. Hiasan dan tema butterfly sesuai untuk buat kad hari lahir, kad good luck, kad terima kasih dan macam-macam lagi. Boleh buat kad untuk kanak-kanak (something playful and fun), boleh juga untuk orang dewasa tetapi rekaannya kena lebih sweet and elegant.


A 'Just Because' Card

Kad di bawah ini bukan final look. Gambar diambil ketika baru separa siap. This is a 'Just Because' card. Gabungan tiga warna; hitam, emas dan putih.


Tiga ekor butterfly tu die-cuts. Saya potong menggunakan die butterfly kegemaran saya yang dibeli melalui Lazada tahun lepas. Baca mengenainya di sini. Bahagian tengah bukaan kad pula (jalur hitam tempat saya tampal butterfly) dikemaskan dengan decorative border punch

Jika tiada border punch, boleh juga guna gunting kraf bercorak. Mana nak dapat? Mr. DIY, DAISO, POPULAR dan kedai alat tulis kebanyakannya ada. Cuma julat harga dan jenis gunting yang berbeza-beza. Kemasan akhir buat kad di atas, saya tampal dengan tulisan sentimen 'Just Because' berwarna emas di bahagian bawah kanan kad.



A Good Luck Card

Latar atau base kad Good Luck ini ialah kertas polka dots kuning dan putih. Somehow, saya rasa warnanya kurang menyerlah. Jadi, kena cari sesuatu yang cheerful untuk hiasan utama kad. Rama-rama berterbangan di atas saya hasilkan dengan set stensil POPULAR. Lihat produk berkenaan di sini. Saya warna menggunakan ink pad kuning, merah dan ungu. Nak ada elemen pelangilah konon-kononnya. Sentiman 'It's Your Time to Shine', saya pakai rub on stickers.



A Thank You Card

Kad ini saya buat untuk diberi pada Kak Azimah, rakan kerja Cekengah yang kerap belanja dan ingat saya. Semasa buat kad ini memang mood saya hasilkan kad tema hitam putih sahaja. Heheheh.


Lukisan butterfly pada latar kad saya guna decorative tape. Kemudian, potongan bulat-bulat tu, saya guna circle dies and my Diamond Press Tool. Baca lanjut mengenainya di sini dan di sini. Tak ketinggalan, washi tapes, adhesive diamentes dan butterfly die-cut seperti yang saya mentioned di atas. Akhir sekali, sentimen 'thanks' dari foam hitam berkilat. 



A Best Wishes Impossible Card

Ini pula impossible card. Apa yang dimaksudkan dengan impossible card, boleh ketahui lebih lanjut di sini Untuk kad di bawah, saya pilih warna light pink and gold. Kertas dan hiasan yang digunakan adalah dari pek kertas yang sama. Jadi, tak sukarlah nak padankan elemen-elemen kad agar bersesuaian antara satu sama lain.




Macam mana? Dapat idea tak bagaimana nak buat kad dengan tema rama-rama? Jika susah nak dapatkan sebahagian daripada bahan atau peralatan di atas, kalian boleh juga consider untuk beli pelekat rama-rama atau guna craft punch rama-rama. Nak buat rama-rama 3D pun boleh. Cuba tutorial origami rama-rama ni.


#famftowercrafts

16 ulasan

  1. Adoi.. tak pernah tak cantik.. pandai kak farah bermain dengan warna..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Sha. Ala main hentam je kadang-kadang ;)

      Padam
  2. Balasan
    1. Kihkihkih banyak je masa dan fasa tak kreatifnya. Cuma yang tak jadi masuk tong sampah, dik. Tak tunjuk kat blog. Bimbang orang ngeri tengok hahah

      Padam
  3. cantiknya. hasil kerja seni Farrah memang awesome. tahniah farrah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasa aja, Intan. Buat isi-isi masa terluang dan beri pada kawan-kawan tu bolehlah :)

      Padam
  4. Masuk blog ni, macam-macam idea nak buat kad mesti ada. Lama tak singgah sini. [^__^]

    BalasPadam
  5. yang hitam putih thanks tu kitee paling suka =D

    BalasPadam
  6. aduhaiii kenapa kad ni comel sangat...

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.