Pineapple Cake - Lepas Rindu pada Tart Nanas

Khamis, Januari 10, 2019

Siapa di sini penggemar tart nanas seperti saya? Saya ni memang suka tart nanas. Tidak kiralah yang tart bunga ke, tart gulung ke atau tart sekundang. Jenis bongkah ke, kiub ke, bentuk macam nanas, macam daun, macam labu, asalkan inti di dalamnya jem nanas, saya suka.

Secara peribadi, saya suka tart nanas yang berbentuk bunga. Style orang dulu-dulu buat yang jemnya digentel dan diletak di tengah-tengah. Suka nikmati rasa jam yang caramelized dan agak kering sebab dibakar lama dalam oven.

Bila dah besar dan tunas rasa sudah pandai memilih, saya gemar cari tart nanas berkeju pula. Bayangkanlah apabila dimakan, bau tart yang beraroma keju, rasa lemak masin dan manis jam nanas bergabung ... memang lupa dunia kejap! Boleh intai Resepi Tart Nanas Cheddar di sini.

Lama dah tak makan tart nanas sebenarnya. Raya tahun lepas, saya dalam misi jaga berat badan.  Disebabkan dah terlajak makan bukan-bukan, bajet kalori untuk tart nanas terpaksa dikorbankan. Berjayalah saya halang diri dari menelan butir demi butir tat nanas. Lepas tu menyesal sebab selalu craving nak mamam tart!

Baru-baru ini, ada rezeki dapat Pineapple Cake, ole-ole dari Taiwan. Comel je packagingnya. Kek nanas berbentuk segi empat leper. 



Leper-leper pun, inti nanasnya meriah! Kira puaslah makan. Sedap dan jem di dalamnya tidak terlalu manis. Alhamdulillah, dapat lepas rindu pada tat nanas.



Suka bentuk tart nanas begini? Kalau berminat boleh buat sendiri tau. Tak perlu mesin atau alat khusus. Cuma perlu beli acuan coklat berbentuk empat segi di kedai menjual alat dan bahan membuat kek. Ambil sedikit doh, masukkan jem dan bulat-bulatkan supaya jem tidak terkeluar. Kemudian, masukkan ke dalam acuan coklat. Sejukkan seketika dalam peti sejuk. Dah sejuk barulah mudah doh tat nanas dikeluarkan dari acuan. Hehehe dulu-dulu, masa rajin buat kuih untuk raya, segala macam bentuk dan jenis tat saya cuba buat. Sekarang ni dah malas. Rajin tunjuk-tunjuk dan hulur duit je.

Apapun, pineapple cake ni memang yummy! Berbaloilah buat-buat lupa kira kalori 😉

23 ulasan

  1. Nampak sedap.. Tapi sha kurang boleh makan apa sahaja yang berkaitan dengan nenas.. Kikiki.. Mampu tengok jelah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ye ke. Bab ni kita tak leh geng. Akak hantu nanas! Hihihi 😊

      Padam
  2. adui ni kalau kak yg makan, confirm tak cukup sebungkus kecik. hahahahhaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sep sikit! Memang tak cukup, tapi terpaksa buat2 cukup hehehe

      Padam
  3. lupakan saja keleri tu sesekali. esok lusa baru kira balik ngeh2..
    da habis ke ngap pineapple cake tu.. CT rasa the best one adalah dari AA. tapi skrng da x ada. dulu nsggup beli 2 meals on flight semata2 nak tart nanas tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bab suruh lupa kalori ni yg buat akak sayang Siti nih. Kihkihkih! Betullah, ada a few of my friends yg suka sangat tart nenas AA. Akak tak pernah rasa,..

      Padam
    2. sadly.. they dont have that tart da skrng. see see ada yang suka jugak kan. sanggop bayar extra smata nk tart tu hehe. marila kita lupakan kalori bersama =D

      Padam
  4. Akakpun suka tat nenas.
    Dulupun rajin juga buat sendiri tat nenas.
    Tapi sekarang dah malas tapi tahun lepas akak buat jugak sebab tak suka beli tat nenas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita geng, kak! Itulah kak, memang kalau nak puas makan memang best buat sendiri kan. Kita dapat adjust rasa ikut selera :)

      Padam
  5. Uuu tat nanas! Favorite saya juga!! Selalu rezeki jumpa tat bila raya je 🙂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best kan,..masa raya memang meriah. Macam2 tat ada 😊

      Padam
  6. Waaa kegemaran juga ni, tapi saya buat tat gulung. Alhamdulillah da jadi sumber pendapatan masa raya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, bestnya! Mana tahu nanti ada rezeki dapat order tart dari Farah 😊

      Padam
  7. saya tak suka makan makanan berasaskan nenas. btw, kek farrah tu memang nampak melting. yyuummy!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, tak pa. Kalau kita jumpa, kita makan benda selain nanas k ;)

      Padam
  8. sy penggemar tart nanas esp kalau diwarnakan ungu hehehehe

    BalasPadam
  9. tat nenas memang sedap kak Farrah. Makan kek tu anggaplah cheat day. Pastu workout balik. Hahaha

    BalasPadam
  10. nampak sedap tapi bab nenas ekin kurang hihihi tak taw la kenapa

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.