Kuih raya pertama yang saya buat untuk tahun ni. Mula-mula ingat tak nak buat. Cekengah rajin beli yang tunjuk-tunjuk dekat office. Then, dapat dari jiran dan kawan-kawan sebalang dua. Cukuplah tu. Tetapi, memandangkan tahun ni Cekebon semangat berkobar-kobar dan mood excited lebih sikit nak raya, (Alhamdulillah, tahap kesihatannya baik sepanjang Ramadhan ni), buat jugalah dua tiga jenis.
Memandangkan dah ada tart nanas gulung yang orang beri, saya buat tart tekap bunga. Ikut tekak sendiri. Hahaha! Personally, saya suka tart bunga begini kerana rasa jem yang dibakar, keras-keras sticky...sedap! Memang dari kecil kalau raya, saya cari tart bunga. Lagipun, dulu-dulu mana ada taet gulung, tart kelopak, tart jongkong, tart sekundang bagai.
...dan yang lebih yummy ... kita tambah keju Cheddar pada dohnya. Sewaktu dibakar, wangi semerbak satu rumah!
First batch. Tengah rehat atas redai. Setengah dah kena cukai! |
Resepi Tart Nanas Cheddar
Bahan A
- 240 gram mentega
- 60 gram gula aising
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu teh esen vanila
Bahan B (Ayak)
- 40 gram tepung jagung
- 50 gram tepung kastard
- 20 gram susu tepung
- 310 tepung gandum
Bahan C
120 - 150 gram keju cheddar (parut halus)
Lain-lain
- Jem nanas secukupnya (Saya beli pek 1 kg di kedai bahan membuat kek)
- Acuan kuih tat
Langkah-langkah Penyediaan:
- Pukul mentega dan gula icing hingga kembang. Masukkan telur diikuti dengan esen vanila.
- Setelah semuanya sebati, masukkan tepung dan parutan keju sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang tidak melekat dan senang diterap.
- Ambil sedikit doh, letakkan di antara 2 helai plastik dan guna rolling pin untuk canai doh. Jangan terlalu tebal dan jangan pula terlalu nipis.
- Terap menggunakan acuan tat. Susun doh yang telah diterap di atas dulang pembakar yang telah dilengser.
- Letakkan jem nanas di tengah-tengah. Tekan sedikit untuk leperkan jem.
- Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 18 - 20 minit.
Tips:
- Untuk memudahkan kerja, jem nanas boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk terlebih dahulu. Apabila hendak membuat kuih, keluarkan dan bentukkan jem menjadi bebola kecil. Senang nanti nak diletakkan di atas permukaan kuih tat.
- Jika doh agak lembik dan sukar diterap, tambahkan sedikit tepung.
- Bagi memastikan corak terapan kuih tat kita lebih cantik, sebelum menerap, letakkan sedikit tepung pada acuan. Jadi, doh tidak akan melekat pada celah-celah acuan tu nanti.
Selamat Mencuba!
sedapnya.. my feveret time raya.. tahun ni tunjuk ja, xsempat nak buat
BalasPadamTunjuk pun tak pe,...janji ada :)
Padamharap yg ditunjuk tu sedap..jgn rupanya cantik..
PadamInsya Allah,...harap rezeki memihak kepada Syida ye :)
Padamish..kalau sis JM yg x pernah try ni...first time try mesti x jadi tat nenas tapi jadi tat melekat hahaah....tengok resipi pun dah naik gerun..keju cheddar pun x tau yg mana satu
BalasPadamAla sis, belum cuba belum tahu. Lain kali sis nak buat kuih tat kita buat sama-sama ye :)
PadamAlas cadar tau tak Jay Emm? Keh Keh Keh...
Padamishh..klaau dapat adik ipar cam Farrah ni kan best tp x de adik lelaki yg sesuai hiksss
Padamkah kah kah ...adik beradik Cadar lah ni eh SS..
Padamala, kak JM gi je kedai tanya mana satu keju cheddar.boleh punya!
PadamHaah, sis! Tak yah pening kepala berteka-teki. Lagipun selalu keju2 ni dilabel. So tak kalut sangat lah :)
Padamklau resipi bergambar beserta cara buat tu step by step maybe boleh follow....jika x mmg ke laut lah...ni resipi utk mereka yg dh biasa buat kek...sekali baca dh tahu cara nk buat huhhu
BalasPadamTak pe, sis! Jangan pening kepala. Saya ni pun bukan pandai mana. Tapi, lain kali kalau sis teringin nak makan, cakap je! Nanti saya buatkan ye :)
Padam'jika' skemaaaaa... Ha Ha Ha...
Padamya Allah...baiknya Farrah...nak nak nak! hihih
Padamrasa nak buat, pas raya lah kot..hehe
Padamnak jugak.. pas raya kira wat makan sendiri je la kak sal
Padam@SS - sekali sekala skema apa salahnya :)
Padam@Sis JM - boleh..boleh...no problemo
@Sal & Syida - lepas raya lagi seronok buat. makan tat fresh, boleh kongsi ngan kawan2 opis.
sedapnyaaa :)
BalasPadamBagi yang suka tat nanas berlemak memang akan enjoy :)
Padamwah rajin betul akak, saya malas betul nak memasak time puasa2 ni..hehe =)
BalasPadamTak rajin mana, namy. Kunun-kunun semangat rayalah :)
PadamLagi sedap makan Tart kat umah orang... Tart sendiri simpan.. Keh Keh Keh...
BalasPadamtat rumah orang memang paling sedap..sebab free
PadamHihihi dah tu, tat sendiri bila nak makannya?
Padamwah tart nenas ni memang legend la..rase setiap rumah mesti ada ek..tapi zarith suka tart nenas gulung lagi hikhik
BalasPadamTat nanas gulung yang lemak dan cair di mulut! :)
Padamtat jongkong, tat sikundang tu tak pernah dengar..tapi bentuk bunga ni memang klasik!
BalasPadamTat jongkong ni yang dia letak jem kat tengah, then masukkan dalam acuan berbentuk empat segi. Acuan utk buat coklat pun boleh. Tak sikundang ni tak silap akak yang bentuk cam labu. Betul,..tat bunga ni klasik sangat!
Padamterbaik la dari dapur farrah ni :)
BalasPadamaida xde buat kuih pun :(
Ala Aida. Buat sejenis dua sekadar nak feeling2 raya je :)
Padamwah dah siap.. nak skit boleh?
BalasPadamBoleh boleh. Meh la sini. Nak banyak pun boleh!
PadamTat jongkong.???
BalasPadamcemana tu..??? hurmh
Bentuk rectangle, Firah. Kita letak jem kat tengah, lepas tu masukkan dalam acuan buat coklat yang bentuk empat segi tu. Sejukkan sekejap dalam peti ais, keluarkan dari acuan. Then bakar. Nampaklah macam jongkong emas hihihi
PadamKak Farrah xdak kampung kat utara ka.. boleh lah nak p beraya (nak tolong habiskan tart).. haha
BalasPadamHehehehe tak dak. Mehla turun sini :)
Padamwahhh first time dengar ni
BalasPadamtabur cheese mcm mnarik je
nanti nakp raya umah kak farrah laa
boleh merasa
Tabur cheese kena ikut jenis gak. Kalau nak lagi lemak, pakai Cheddar. Nak masin2 sikit pakai parmesan. Mehlah datang raya. Bawak bambam Firash :)
PadamTart gulung Cik Mimie belum buat lagi..lusa dah raya..mcm x sempat je T_T
BalasPadampi beli cepat Cik Mimie.. malam raya mesti dapat murah2 hehe..
PadamTak sempat buat, tunjuk je Cik Mimie. Bak kata CT, malam raya biskut jatuh harga! Tak pun buatlah lepas raya :)
PadamTeringin nak buat sendiri tart nenas.. Tp gitu lahh haha
BalasPadamHehehe dont worry, Yani. Nanti ada kelapangan boleh cuba :)
Padamnape kite rasa entry2 akak kua makanan je ni?hahaha sdappp nyaaaaa xD
BalasPadamHeheheh bulan puasa,...selera makan besauuuu :)
Padamtak pernah cuba buat sendiri tart. macam susah je nak buat sendiri :(
BalasPadamhehehe tnjuk je senang Kak Ros.. kalo CT ngap je hahaha.. nak buat kuih kena ada kesabaran yang tinggi.. CT dok sabar..
PadamTak susah sangat berbanding kuih2 lain yang complicated. Asalkan buat step by step :)
Padamfuiyiooo siap ada cheddar tu.. dah la tart sedap then ada cheezy2 feeling pulak hehe..
BalasPadamYes,..sessi menternak lemak musim raya hikhikhik
Padamkuih ni MIL ekin suka mkn.. ekin xsuka langsung hihihihi...
BalasPadamtat nanas yg ada keju best la...cuba lah rasa dulu :)
PadamAkak post sini hihihi
PadamInilah biskut raya yang paling MD suka....sedap sangat...MD ni pengemar biskut tart...hihi
BalasPadam