Kad Ucapan Tema Belon Panas | Hot Air Balloon

Rabu, Oktober 17, 2018

Dalam seni kraf kertas, jika nak hasilkan handmade cards, gift tags atau nak hias scrapbook, antara tema menarik yang boleh dipilih ialah Hot Air BalloonTema belon panas ni turut sesuai diangkat sebagai tema keraian istimewa. Misalnya,  birthday party, anniversary atau farewell.

Di bawah ini, saya kongsikan beberapa projek kraf kertas saya bertemakan hot air balloon


Hot Air Balloon Cards


Kad di bawah ini dipanggil explosion box. Kad ini berbentuk kotak yang ada beberapa layer dengan pelbagai hiasan dan features menarik. Insya-Allah, apabila ada masa saya akan buat satu entri khas mengenai explosion box.

Ini bahagian atas (hiasan pada cover kotak). A Good Luck Card. Belum siap sepenuhnya. Bahagian bawah sebelah kanan yang kosong akan diletakkan ucapan 'Good Luck' dan nama si penerima. Barulah ada sentuhan istimewa.




Hiasan bahagian dalam. Di tengah-tengah kotak ada card in a box sebagai hiasan utama sebaik sahaja kad dibuka. Belon-belon panas  berterbangan di udara.


Kad hari lahir di bawah, untuk salah seorang anak didik saya. Saya guna designed paper yang bercetak gambar hot air balloons.  Saya potong ikut bentuk belon panas dan bahagian bawahnya saya guna pelekat baldu berwarna coklat.


Sesudah itu, kemaskan dengan reben biru, guna foil alphabets untuk nama, sentimen glitter 'Happy Birthday' supaya lebih fancy dan beberapa butir adhesive diamentes berwarna hijau.



This one is a simpler card. Designed paper hot air balloons sebagai latar kad. Kemudian, beberapa belon panas saya potong dan letak dimensional tape supaya ada efek timbul sedikit. Akhir sekali, embellishment 'Enjoy The Little Things'.


Hot Air Balloon Gift Tag




Cantik tak gift tag ini? Gali-gali folder gambar lama, jumpa gambar gift tag yang saya buat dahulu. Hot air balloonnya saya buat menggunakan hiasan berjahit yang dijual di POPULAR. Meriah sedikit tag hadiah kita apabila ada sentuhan 3D sebegini. Jika tak jumpa hiasan ini, boleh buat sendiri. Potong beberapa keping bulatan daripada kertas bercorak/designed papers (pastikan saiznya sama besar). Kemudian, jahit di bahagian tengah. Buat bentuk love pun cantik juga! Tidakpun boleh guna butang. Untuk tali belon dan garis ala-ala jahitan tepi tag, saya guna pen gel berwarna putih.


Beli Pek Pelekat Belon di Daiso

Lihat apa yang saya jumpa di Daiso! Pek Happiness Sticker ini mengandungi 50 keping hiasan belon-belon termasuklah belon air panas.



Sweet je. Walaupun warnanya tidak begitu menyerlah, kita boleh guna warna terang untuk card base. Setakat ini, saya main pandang-pandang sahaja pek ni. Belum buat kad atau hiasan scrapbook menggunakan hot air balloons ini.

Bagi saya, macam-macam lagi yang boleh dibuat dengan tema belon panas.  Nanti, saya akan update lagi mengenai tema ini. Jika inginkan idea-idea yang lebih menarik, search di Pinterest ye.

9 ulasan

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.