Dua tiga bulan belakangan ini saya cepat tertekan. Banyak kerja, banyak komitmen tetapi saya malas hendak selesaikan. Sudahnya, seolah-olah mengheret, menghela diri dalam menyudahkan kerja. Belum campur masalah-masalah lain. Aisey, mana boleh stress kan?! Tak elok untuk kesihatan.
Saya ni jenis malas berfikir. Bila kena berfikir, automatik mata jadi mengantuk! Kena fikir, tidur. Ngantuk, tidur. Stress, tidur. Muka dah macam pau kembung, sembab sebab asyik tidur! Makanya, untuk mengelak gejala sayang bantal dan tilam berlebihan ini, saya masuk bilik kraf buat kad. Biar produktif sikit.
Pada mulanya saya tidak perasan. Tetapi, apabila ditengok-tengok balik, sepanjang fasa minda dan jiwa libang-libu ni, saya cenderung untuk buat kad yang intricate. Yang rumit dan sedikit leceh sebab kena susun-susun, tampal-tampal.
OK, ini yang pertama. Setiap bentuk love di bawah, saya tebuk menggunakan craft punches yang berbeza, guna kertas dan warna yang berbeza. Kemudian, satu demi satu saya susun bentuk love di atas kad. Setelah siap, keluar bilik dengan senyuman lebar. Puas hatilah konon-kononnya.
Tidak lama selepas itu, saya buat pula hiasan kad bertema muzik. Satu persatu saya susun not-not muzik kecil membentuk klef trebel. Berpinar-pinar mata dibuatnya. Tidak silap saya, lama juga masa yang diambil untuk tebuk, susun dan tampal semua ini. Again, once dah siap, sengih sampai telinga.
....dan lagi. Ini proses menyiapkan tempahan explosion box. Kad tahniah untuk pengantin. Tema hitam putih dan glitter.
...dan satu lagi. Kalau dalam mood biasa, tak ada saya rajin segigih ini nak bentuk dan susun bunga- bunga tu 😉
Kesimpulannya, kadang-kadang perkara yang rumit dan leceh tu boleh jadi satu bentuk terapi yang menenangkan buat kita. Betul tak? Setuju tak? Mungkin semasa menyiapkan kad-kad di atas, my mind was completely occupied dan saya berada dalam zon sendiri. So, at the end of the day, something intricate turned out to be something fun! Ada tak perkara rumit tetapi terapeutik buat kalian? Kalau sudi, kongsi di ruangan komen di bawah ye.
Selamat Berhujung Minggu!
Pssttt! Sekarang ni saya dah tak boleh guna alasan 'Leceh la,...'. Nanti selamba je kena selar dengan Bott, "Susun bende cenonet-cenonet atas kad tu boleh pulak duduk berjam-jam. Yang macam ni pun tak boleh buat?" Hurmmm. I rest my case. 😶
benda yg kite suka buat, boleh jd ralit dan tanpa sedar ms berlalu n tekanan pn menyusut😊
BalasPadamSetuju. Sekarang ni memang banyak 'merumitkan' diri buat benda-benda ni hahaha moga tekanan menyusut dan kian menyusut ;)
PadamPergh!! Betul-betul kreatif la kak farah nie.. Suka tengok hasil kerja akak.. Terapi yang ohsem.. Kalau Sha memang layan rancangan variety korea jelah.. Boleh bergelak ketawa untuk menenangkan jiwa kusut.. kikiki..
BalasPadamThanks so much, Sha. Akak tak pandai layan citer Korea. So, tak leh join bergelak ketawa dengan Sha. Tetapi, kadang-kadang tengok juga based on cerita yang Sha recommend kat blog hihihi. Nama nak pilih sendiri memang taklah. Juling mata, bagi akak semua cam sama! :D
PadamKalau rasa stress elok buat sesuatu yang kita suka..dengan tu kita tak akan fikir rasa stress tu sentiasa.
BalasPadamSetuju setuju. Sangat setuju!
Padamyes. aida setuju dgn perenggan kesimpulan tu, farrah.
BalasPadamaida ni tak pandai nak kraf mcm farrah.
what i usually do... felt krafting. jahit skit. manik skit. tampal skit.
then, kemas rumah tanpa penyapu dan vakum.
aida akan kutip sampah dgn tgn.
lap lantai dgn tgn. merangkak lah ibu yg berat ni :)
rumit lah tu kan. keje senang tapi disusahkan ha ha ha ha...
like pagi tadi. aida susun buku2 anak2.
siap stapler apa yg koyak. susun ikut page, buku Izzat yg da bersepah.
Aida,..Aida sebijik sama macam kawan baik saya, Bott! Dia sanggup menyusahkan diri mengemas rumah sebab katanya terapi. Macam Aidalah, tak pakai vacuum, boleh duduk atas carpet nak kutip sampah/bulu kucing. Kalau saya berganda-ganda stress dibuatnya ;) Tapi, tak boleh nak deny...sometimes benda-benda remeh beginilah yang bagi kita ruang untuk bertenang kan...
PadamBagusnya kaedah terapi farrah. at least dapat meningkatkan lagi skill farrah dalam bidang art and craft ni. dan juga tingkatkan lagi kreativiti farrah utnuk menghasilkan sesuatu yang lagi menarik
BalasPadamMemang nampak rumit, tapi hasilnya awesome sangat.
BalasPadam