Selasa, Januari 28, 2020

Vit's Ramen Mi Kuning Rendah Kalori

Assalamualaikum.
Alahai, bulan Januari dah nak habis baru sempat jengah blog dan buat entri pertama untuk 2020! Belakangan ini terlalu sibuk dengan urusan dunia nyata hinggakan tidak ada masa untuk menulis di sini. Makin hari makin sendu tower saya ni....

OK, siapa suka makan mi kuning? Tidak kisahlah apa hidangan pun... mi rebus, mi goreng basah, mi goreng mamak, mi kari...kalau kena gaya resepinya memang boleh makan bertambah-tambah. Tetapi, bagi yang jaga pengambilan kalori harian, mi kuning ini antara a big NO. Kalau nak makan pun, kena ambil dalam portion yang sedikit sahaja. Tak bolehlah enjoy makan sesedap rasa.

Bagi yang masih nak menikmati mi kuning dengan pilihan yang lebih sihat, bolehlah cuba Vit's Ramen Mi Kuning Rendah Kalori. 




  • Satu bungkus ini ada 3 pek 150g
  • Tanpa pengawet
  • Vacuum packaging - Tidak perlu disimpan dalam peti sejuk
  • Harga untuk satu bungkus (450g) ialah sekitar RM5.++ (Tesco). Jika di Econsave, saya pernah beli juga. Tak sampai RM4.50 tidak silap saya.


Di bawah ini, saya kongsikan maklumat fakta nutrisi. Untuk 100g, kalorinya hanya 161kcal berbanding mi kuning biasa 260kcal. Better choice, kan?


Tetapi, semua ini bergantung pada pilihan dan kebijaksanaan kita. Kena fikir banyak perkara juga. Harga mi kuning ini... jumlah yang kita nak masak... jenis masakan...portion control.... Andai kata nak masak untuk satu famili yang besar, bertambah pula kos sebab mi ni agak mahal. Lepas tu, beria-ia beli mi sihat, tetapi kita goreng dengan minyak mewah likat, letak sos, kicap bagai...tak pun buat mi rebus atau mi kari dengan santan meliuk-liuk....dari sihat jadi tak sihat juga 😜

Itu yang saya kata bergantung pada kita. Saya beli mi ini selalunya untuk buat stok di dapur. Time seorang diri kat rumah dan rasa nak makan mi kuning, buatlah satu pek kecil tu sekadar untuk lepaskan craving. Kalau mi ni tiada, Bott masak mi goreng atau Cekengah beli mi goreng basah yang sekali jeling je kita dah terjelir-jelir, saya makan jugak! Hahahah mana boleh tahan! Yang penting, kawal portion

Bagi kawan-kawan yang amalkan clean eating atau diet eat clean, mi ini boleh jadi salah satu pilihan untuk kalian. 

Dari segi rasa, saya memang suka sangat. Mi lembut tetapi pada masa yang sama kenyal dan tidak mudah lodo/lembik. Yang tidak gemar makan mi kuning sebab tak tahan dengan baunya pun boleh cuba Vit's Ramen ini.


Ini goreng lepaskan tekak teringin saya. Masa ni sayur yang ada hanya salad je. Tak masuk sekali dalam mi. Jadi side dish :)


Ada siapa-siapa yang dah pernah cuba mi kuning Vit's ini? Apa pendapat kalian? Suka tak atau lebih gemar mi kuning biasa? Kongsi di ruangan komen ye.


12 ulasan:

  1. Pastikan log halal yang original ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semestinya! Baik, Cikgu Etuza. Terima kasih atas peringatan :)

      Padam
  2. 1st time tau mi ni ..wah low calory ..

    BalasPadam
  3. oh cool. I'd love to try this.

    BalasPadam
  4. bilalaaaaa blh ketuk pintu rumah nak mntx sikit ni..

    BalasPadam
  5. Ruby suka mee kuning. Heeee..🤣

    Ouh yang ni lagi rendah kalorinya banding yang biasa tu ya. Nice sharing.

    BalasPadam
  6. Boleh try la ni kak. buat mee rebus haha..
    =P

    BalasPadam
  7. x penah try tunggu bulan puasa kot hehehe

    BalasPadam
  8. Sha dah pernah makan mee ini.. Buat mee goreng, sedap..

    BalasPadam
  9. belum pernah jumpa lagi yg ni. kena buka mata masa masuk kedai cari. haha

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.