Isnin, April 27, 2020

Damba CintaMu yang Sentuh Hati

Assalamu'alaikum.
Salam Ramadan ke - 4.

Sebelum tu, mari kita sama-sama baca doa Ramadan untuk hari ini.

Doa 4 Ramadhan

Yaa Allah! Berikanlah kekuatan kepadaku, untuk menegakkan perintah-perintah-MU, dan berilah aku manisnya berdzikir mengingati-MU. Berilah aku kekuatan untuk menunaikan syukur kepada-MU, dengan kemuliaan- MU. Dan jagalah aku dengan penjagaan-MU dan perlindungan-MU, Wahai dzat Yang Maha Melihat. 

_________________

Seawal pagi saya terima Whatsapp daripada M hantar satu pautan pada saya dengan message 'You will cry!'. Mula-mula malas nak layan sebab ingat dia hantar rakaman video yang dia buat dek kerana kebosanan terperangkap dalam rumah di negara seberang. Ada sahaja benda-benda pelik dan menyakitkan hati saya yang dihantar termasuklah gambar menu makanan sedap dari Bandung. So, I simply assumed yang ini satu lagi video makanan yang akan buat saya nangis. Caker goreng ke, nasi ayam bakar ke, nasi jamblang ke...tak ke menyakitkan hati tu!

Tapi, apabila check balik baru perasan itu link Youtube. Si M ni mana ada share video kat Youtube. Saya pun dalam mamai-mamai tu tekan. Mula-mula dengar orang baca Bismillah. Lepas tu Ya Rab! Ya Rab! Ya Rabbi Ya Rabbi! Terus celik mata! Dan beberapa minit lepas tu saya berjaya menepati ramalan si M. Saya nangis! Huhuhuhu

Kredit Imej

Saya nangis dengar lagu Damba Cintamu nyanyian Alif Satar dan kumpulan Raihan. Sayu. Menyentuh hati. Dahulu, lagu ini memang antara lagu kegemaran saya. Masa ni era kumpulan-kumpulan nasyid gah dengan pelbagai lagu ketuhanan yang mengusik jiwa.

Rakaman baharu ini sangat menyentuh perasaan. Dah lama dah tak dengar gabungan suara harmoni yang indah begini. Baru je saya mengomel cakap kat Bott nasyid sekarang susah nak dengar part yang nyanyi ramai-ramai dalam harmoni. Tak macam dulu. Saya suka lagu-lagu nasyid dahulu banyak tekankan aspek ni. Kadang-kadang tu sengaja ulang lagu semata-mata nak dengar bahagian harmoni suara latar bukan solonya. Jika kurang jelas dengan apa yang saya maksudkan ini, cuba dengar 'Wahyu Pertama' atau 'Hijrah' nyanyian Nowseeheart dan lagu-lagu Raihan. You'll get it. 

Berbalik pada Damba Cintamu. Saya bagi lima bintang. Setiap bait lirik dialunkan dengan penuh syahdu. Baik nyanyian Alif mahupun bahagian harmoni daripada ahli Raihan, dua-dua best. Selebet dah muka ni menangis. Lagi-lagi bahagian 'pagi kuingat, petang ku alpa...', terkenang kelalaian diri. Oh, tengok klip video pun akan menangis ok sebab 'si wanita' (kalian akan tahu siapa) yang ada dalam klip video tersebut bercucuran air matanya. 

Jangan lupa cari dan dengar lagu ini di Youtube, OK. Selamat mendengar. Selamat menghayati bait-bait lagu Damba CintaMu. Semoga kita dapat sama-sama muhasabah diri dan peroleh manfaat. 




Psstt! Baru-baru ini saya dengar Setanggi Syurga yang In-Team rakamkan semula dengan Khai Bahar. Saya macam frust sikit sebab tak ada bahagian yang mereka nyanyi ramai-ramai dalam harmoni. 

Nak dengar Iman Mutiara dengan arrangement yang lebih segar? Cari klip nyanyian Alif Satar dan Raihan di Youtube Hot TV untuk #Jamming Hot.

10 ulasan:

  1. Dah dengar, meruntun hati. Mula-mula tak cam siapa perempuan bertelekung rupanya Neelofa.

    P.S: Sos Korea dah beli semalam. Asal nak buat malam tadi tapi macam malas. Doa saya jadi buat malam ni. Eh tapi saya nak guna kacang gajus. Mungkin takut gementar tak jadi. Tq kongsi resipi.

    BalasPadam
  2. Belum pernah dengar lagi.
    Baca ni tak sabar pulak nak dengar jap lagi nak google

    BalasPadam
  3. Dengar lagu ni kerohanian ni guna earphone/headphone sangat menyentuh kalbu.

    BalasPadam
  4. Belum pernah dengar lagi..macam best je. Btw selamat berpuasa kak :)

    BalasPadam
  5. Alif Satar 😍😍😍 lakonan best, suara syahdu. mantop

    BalasPadam
  6. Aamiin untuk doanya kak farah..

    Yup.. lagu-lagu raihan sentiasa menjadi pilihan hhati Sha.. Iman Mutiara..
    Tu belum lagi hijjaz, nowseeheart dan lain-lain..
    Suara mereka bila harmoni tu sedap..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.