Assalamu’alaikum. Apa khabar semua?
Lama saya tidak bersiaran dengan entri baharu. Dalam sebulan lebih jugalah. Maaf banyak-banyak, kalian berkunjung ke mari saya tiada di rumah 😊 Sibuk lunaskan urusan hakiki di luar, terabailah blog jawabnya. Saya sedang dalam proses untuk relocate kedai, jadi banyak perkara yang perlu diselesaikan. Tolong doakan agar semuanya berjalan lancar ya.
Bagi adik-adik dan teman-teman yang setia datang melawat tower saya ini, tinggal jejak, tinggal komen, domo arigato! Saya amat hargainya. Inshaa Allah, saya akan balas kunjungan kalian tetapi mungkin ambil sedikit masa. Komen-komen yang ditinggalkan pun, saya baca setiap satu. Cuma tak cukup kudrat nak balas je. Apapun, saya doakan kalian semua baik-baik dan berada dalam lindungan Allah sentiasa.
OK, hari tiada apa yang istimewa untuk dikongsi. Cuma nak cerita krisis dapur yang saya alami baru-baru ini. Belakangan ini, saya memang terlalu sibuk sehingga tidak sempat nak pergi beli barang dapur. Dahulu, inilah aktiviti kegemaran saya - pergi pasar/shopping mall...belek-belek barang, compare harga, choose the best produce that I could get...Now, no more. Yelah, sejak kita semua kena beradaptasi dengan norma baharu ni, banyak bendalah yang berubah.
So, minggu tu Bott yang kena pergi buat grocery shopping sorang-sorang. Saya kena masak nak jamu orang, buatlah senarai barang yang perlu dibeli ikut menu yang hendak disediakan. Siap pesan dekat Bott, kalau ada barang yang tak ada, pandai-pandailah beli apa yang patut sebagai ganti. Tak perlu pergi banyak-banyak kedai untuk cari. Yelah, kalau boleh, minimakan masa di luar dan di tempat awam.
Sampai je rumah, Bott kasi ayat power, "Kau kena bersedia jadi Puspawangi!" Ingat lagi tak watak Puspawangi dalam filem 'Musang Berjanggut'? Hahahah! Nak tahu kenapa kena jadi Puspawangi?
Inilah sebabnya! 😂
Saya kena sediakan lauk ayam masak merah - perlukan kacang pea, jagung untuk buat bakwan jagung dan ikan bilis, lobak merah pula sebagai rencah untuk spageti goreng. Hendak dijadikan cerita, ketiga-tiga barang tu tak ada! Kacang pea dan jagung dalam tin habis. Lobak merah ada yang lisut je. Makanya, Bott (mungkin masa ni dia rasa ada mentol menyala dekat kepala 😁) grabbed satu beg frozen mix vegetables. 💡
Dah dia penat-penat kena beli barang, dah dapat agak kan siapa kena jadi Puspawangi tu? Jenuh tau nak mengasingkan satu-satu. Anyway, alhamdulillah berjaya juga saya siapkan menu seperti yang dirancang. Tak dan pula nak capture gambar ketiga-tiga hidangan guna mix vege tu. Sempat ambil gambar ayam merah ni je untuk saya dan Bott dinner.
Jumpa lagi nanti. Enjoy your day!
Jimat beli sayur paket sayur campur tapi kena asing pula.
BalasPadamSemoga urusan berjalan lancar. Doakan saya rajin menulis di blog.
Aminnnn. Terima kasih, NA. Semoga lepas ni kita sama-sama ada semangat nak update blog ye :)
PadamUsaha tangga kejayaan haha...
BalasPadamHahahah semestinya :D
PadamRajinnya la asingkan sayur tu.
BalasPadamKalau akak la, akak lebur je semua tu.
Hahaha
Hikhik kalau ikutkan saya memang nak masuk semua je kak...tapi dok fikir bakwan jagung dan bilis saya akan dicemari kacang pea dan carrot, terpaksa gigih asingkan ;)
PadamSalam kenal, ini kira puspawangi moden asingkan mix vege..
BalasPadamSelamat berkenalan!
PadamHahaha Puspawangi moden tak perlu segigih Puspawangi zaman dulu-dulu kena asingkan rempah bagai :D
ahahahaha Puspawangiii kene mengasing laaa semua tu..
BalasPadamtapi kalo saya.. kacang pea tu mmg x lalu yang dlam mixed veggies..
tapi yang jual da goreng tu sy makan.. sedap pulak..
betul betul puspawangi ni. gigih dan berjaya asingkan satu satu. Tapi kenalah juga asingkan sebab nak gunakan apa yang perlu je kan. Mujur juga dapat idea beli mix vege.
BalasPadambyg kan kalau kacang peas tu kecik mcm beras? haaa baru lah jd the real puspawangi hahahaah
BalasPadamPuspawangi skrg pun ada lg tau.. especially suri rumah hmm menarik hidangan tu
BalasPadamPuspawangi moden ni asingkan sayur campur hihihi.. Semoga dipermudahkan urusan kak.. Memang loni nak keluar beli barang dapur x macam dulu dgn norma baru ni
BalasPadam