Sepanjang tempoh berkurung di rumah, selain di dapur dan ruang menonton, (jadi couch potato marathon tengok TV shows back-to-back) masa saya banyak dihabiskan di dalam bilik kraf. Saya tulis jurnal, hias jurnal, buat scrapbook... masa terluang yang ada inilah digunakan untuk memory keeping. Selama ini, gambar dan barang-barang untuk scrapbooking makin hari makin menimbun saya lambakkan atas meja kerja. Terbiar begitu sahaja. Tak jumpa masa yang sesuai untuk duduk potong-potong, tampal-tampal dan hias-hias ni.
Alang-alang dah kemas bilik kraf tu, saya buat inventori untuk kad-kad ucapan yang masih ada dalam simpanan saya. Selalunya, apabila selesai buat kad, saya masukkan je dalam kotak khas. Kali ini terlebih rajin. Saya susun ikut kategori. Senanglah nanti apabila perlukan kad ucapan, saya tahu mana yang sedia ada untuk digunakan, mana yang kena buat.
Di bawah ini, ada lima keping kad ucapan hari lahir. Apa yang buat saya puas hati sangat, kad-kad ini saya hasilkan menggunakan lebihan kertas-kertas yang ada. Lazimnya apabila saya buat kad, hias jurnal atau scrapbook, pasti akan ada jalur atau lebihan kertas-kertas bercorak yang berbaki. Semua itu akan saya simpan dalam kotak khas. Ada masa lapang, saya akan tengok balik cebisan-cebisan kertas tersebut dan cuba guna mana yang boleh untuk buat kad ucapan yang simple. Tak adalah membazir. Sayang tau kalau kertas cantik-cantik dibuang begitu sahaja.
Saya memang sengaja buat kad hari lahir lebih sedikit berbanding biasa. Rasanya birthday cards yang saya selalu guna. Buat titip pada kawan-kawan sekolah, teman kampus dan kenalan sebagai tanda ingatan. Jarang jumpa mereka, sekurang-kurangnya saya cuba untuk ingat hari istimewa mereka. Jadilah kan...ada juga markah untuk effort di situ hehehe. Tak adalah diorang sentap saya asyik 'tenggelam' dan missing in action sahaja.
Material yang saya gunakan kebanyakannya bahan-bahan biasa dan senang diperoleh - clear stamps, craft punches, journal cards dan bahan utamanya lebihan kad dan kertas bercorak. Senang hati apabila dapat surutkan kandungan kotak kertas scrap saya. Macam mana? OK tak kad-kad di atas?
comelnya kad birthday! =)
BalasPadamThanks so much, Ezy.
Padamcantek.. jimat belanja kalau boleh DIY sendiri. Yang penting lebih di ingati hasil kerja nya
BalasPadamBetul. Lebih istimewa sikitlah kad buat sendiri ni.
PadamMemang kreatif dan penggunaan semula lebihan kertas-kertas cantik tu bagus..
BalasPadamTidak membazir dan maksimum penggunaannya..
Bila mix and match akan jadi lebih unik dan cantik..
Sekarang memang kalau nak buat kad ke apa ke...akak akan guna lebihan kertas yang ada dulu. Kalau tak, jenuh nak simpan cebis2 kertas yang berbaki.
PadamRasanya boleh ambik tempahan jual kad ucapan fizikal mcm dulu2.
BalasPadamOrang sekarang dah kurang kad fizikal ni, Cikgu. Lebih gemar versi digital 😊
Padammemang jarang tak cantik hasil craft kak farah hehehe
BalasPadamTak tengok tang yang tak jadi, dik. Huhuhu boleh murung dibuatnya 😊
PadamSalam perkenalan, nama blogger baru dan nama saya Linda
BalasPadamSaya ingin bertukar link dengan rakan-rakan blogger semua
Sertai segmen saya "Jom Tukar Bloglist"
Maaf jika ada salah susunan, orang baru…heheheh..Baru nak belajar buat segmen dan cari rakan-rakan
JOM TUKAR BLOGLIST
Selamat berkenalan, Linda
Padamsuka singgah sini mesti dapat idea macam macam tau
BalasPadamTerima kasih sudi singgah jalan-jalan sini. Akak amat hargainya 😘
Padamcantik2 n kreatif👍👍👍👍👍
BalasPadamThank youuuuuu 😘😘😘
Padamtak pernah x cantikla kad kad Kak Farrah buat =)
BalasPadamBanyak pernahnya, Siti. Cuma tak sanggup nak tunjuk kat sini 😂
PadamComel sangat kad birthday ni kak..
BalasPadam