Hidangan Sarapan - Lempeng Jagung Manis Ala Krim

Selasa, Mac 30, 2021

Tercari-cari idea untuk menu sarapan? Apa kata cuba buat lempeng jagung krim ini. Mudah, tidak perlu ambil masa yang lama untuk sediakan. Makan begitu sahaja sudah cukup sedap, apatah lagi jika dinikmati dengan jem, madu, sirap mapel atau mentega kacang.



Resepi Lempeng Jagung Manis Ala Krim

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu besar gula
  • secubit garam 
  • 1 cawan susu
  • 2 biji telur
  • 2 sudu  besar marjerin/mentega yang dicairkan (+30g).
  • 1/2 tin jagung manis ala krim (+200 - 225g) Hendak guna lebih pun boleh. Lagi sedap!
  • 1 sudu teh esen vanila 


Langkah-langkah Penyediaan
  1. Sekalikan semua bahan kering di dalam sebuah mangkuk sederhana besar. Gaul hingga sekata.
  2. Di dalam mangkuk yang lain, pukul susu, telur, minyak dan esen vanila hingga sebati. Kemudian, masukkan ke dalam bahan kering dan gaul hingga sekata hingga menjadi adunan yang tidak berketul/bergumpal.
  3. Panaskan non-stick frying pan. Guna api yang sederhana. Tidak perlu guna minyak. Sendukkan adunan ke atas kuali leper. Jika mahu lempeng yang nipis-nipis seperti yang saya buat, ratakan sedikit permukaannya. Jika ingin yang gebu, jangan diratakan. 
  4. Apabila tekstur permukaan atas lempeng kelihatan seperti ada lubang-lubang kecil macam bubbles, bolehlah diterbalikkan pancake dan biar seketika hingga masak.
  5. Ulang sehingga habis. Sedia untuk dihidangkan.
*Jika tiada tepung naik sendiri, boleh gunakan tepung gandum biasa. Tambah lagi 2  - 2 1/2 sudu teh serbuk penaik (baking powder).

Manis lemak berkrim rasa lempengnya. Lagi-lagi apabila kena butir-butir jagung tu. Puas sehingga ke suapan terakhir.

Selamat mencuba!


26 ulasan

  1. saya nampak macam apam balik sedapnyaaaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha, jangankan Anies... saya yang buat ni pun nampak macam apam balik ;)

      Padam
  2. Balasan
    1. Alhamdulillah, kak. Tak cukup sekeping hehehe

      Padam
  3. Bolehlah buat. Sebelum ini buat kosong.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa... nanti cuba buat letak isi jagung pula.

      Padam
  4. Mula mula ingat apam balikkk rupanya lempeng jagung manis. Nampakkk sedappp :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. ... dan tiba-tiba akak jadi teringin nak makan apam balik pulak :)

      Padam
  5. Buat pancake x pernah jadi. Huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pe. Janji rasa ada, masuk perut kenyang!

      Padam
  6. Nampak sungguh menyelerakan...��

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, sekeping dua tak cukup ni... kena makan extra 😊

      Padam
  7. wowwww. sedapppp niii. boleh buatkn untuk hud ni.. dia peminat jagung niii.hehe

    BalasPadam
  8. macam apam balik ni. Sedapnya. Nampak mudah cara buatnya pun. Tq share Kka Farrah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. No problem at all, dik. Lempeng bodo-bodo je. Tambah jagung upgrade jadi pandai sikit hahahh

      Padam
  9. Sedapnya lempeng.. dimakan pula bersama secawan kopi.. pergh!! Nikmat sungguh..

    BalasPadam
  10. nampak macam apam balik. sedapnya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heee don’t worry. Akak makan bagi pihak Tiara ye 😊

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.