Jumaat, Ogos 13, 2021

Pisang Goreng Thai

Assalamualaikum. Salam Hari Jumaat. Cepat betullah masa berlalu sekarang ini. Rasa macam baru je hari Jumaat... dah Jumaat lagi.

Hari ke-2 divaksin, saya masih lenguh tangan dan mengantuk. Malam tadi tak lena tidur sebab rasa lengan berdongkol macam lengan Awie atau Zul Ariffin. Pagi ni dah kurang sedikit cuma mata berat memang tak boleh bawa bincang! Ahamdulillah, setakat ini itu sahajalah kesan yang saya alami. Eh, sekejap... kalau asyik rasa lapar nak makan tu kesan sampingan vaksin jugakah? Dari balik semalam, perut macam berlubang dan saya tak berhenti mengunyah 😁


Hari ini ada kelapangan masa sedikit. Saya buat spring cleaning untuk e-mel, telefon bimbit dan blog sekali gus. Tak berani buat kerja suntingan atau terjemahan. Bimbang dalam kantuk ini tak pasal-pasal artikel orang saya tukar ke bahasa Sanskrit pula. Jadi, kita buat kerja rendah risiko - bersihkan gambar-gambar, e-mel dan dokumen-dokumen yang tidak perlu. Banyak juga gambar-gambar lama yang terperam dalam draf blog tidak sempat jadi entri. Salah satu daripadanya ialah Pisang Goreng Thai ini.

Pernah makan Pisang Goreng Thai? Apa bezanya Pisang Goreng Thai dengan pisang goreng biasa? Pisang Goreng Thai mengandungi beberapa bahan tambahan seperti kelapa parut, santan, gula dan bijan. Jadi, rasanya lebih lemak manis. Kalau makan masa baru diangkat dari gorengan, sekali duduk memang tidak cukup sepotong dua. Jom tengok resepi!


Resepi Pisang Goreng Thai

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 sisir pisang. Tidak kiralah pisang apa asalkan sesuai untuk digoreng.
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan kelapa parut (boleh dikurangkan atau dilebihkan sesuai cita rasa. Ketika saya buat hidangan ini, rasanya kelapa parut saya tak cukup secawan pun. Itu yang tidak kelihatan ketara di dalam gambar.
  • + 1 cawan santan 
  • 1 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
  • 1/2 - 1 sudu teh garam
  • 3 - 4 sudu besar gula (Pisang saya sudah agak mushy, jadi saya hanya masukkan 1 1/2 sudu besar gula.)
  • Beberapa sudu besar bijan putih atau bijam hitam yang disangrai. Hendak lebih cantik dan menarik, boleh guna kedua-duanya sekali.
  • Sedikit air (jika adunan terlalu pekat)
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng jeluk (deep fry)


*Penggunaan tepung untuk buat bater gorengan. 

Sebenarnya bater untuk goreng pisang ini, jenis tepung dan sukatannya boleh guna resepi atau adunan yang biasa kalian gunakan. Saya biasa guna campuran tepung beras dan gandum. Ada sesetengah orang suka kombinasi tepung beras dan tepung jagung. Terserah selera masing-masing. Kalau hendak gunakan mana-mana tepung goreng pisang yang terdapat di pasaran pun tiada masalah. Lebih mudah! Tinggal masukkan sahaja bahan-bahan tambahan di atas.


Langkah-langkah penyediaan:

  1. Kupas kulit pisang dan belah kepada beberapa bahagian.
  2. Satukan bahan adunan. Tuankan santan sedikit demi sedikit untuk membentuk bater yang sedang-sedang sahaja teksturnya. Tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Gaul rata.
  3. Celupkan potongan pisang ke dalam bater dan goreng sehingga warna bertukar keperangan.


Selamat mencuba! Insya-Allah, hujung minggu ini perlahan-lahan saya datang balas kunjungan. Selamat menikmati hujung minggu! Selamat beristirahat!

36 ulasan:

  1. X pernah mkn pisang goreng mcm ni.. selalunya thai pedas2 masam manis.. tp menu ni xde pencecahnya pulak ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bab pencecah tu saya kurang pasti, Kakmim. Sebab selalu apabila saya berpeluang makan pisang goreng ini, saya makan begitu sahaja. Tak perasan pula masa tu ada sos pencecah atau tidak 😂

      Padam
  2. menarik dengan bahan tambahannya tu. mesti lebih ummphh..in sya Allah boleh buat ni.

    BalasPadam
  3. wahhh.. baru dengar ni... ada bahan tambahan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bahan tambahan yang memewahkan rasa, sis 😊

      Padam
  4. First time plk tgk pisang goreng thai ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap, Kak Ret :) Meriah memanjakan deria rasa hahaha

      Padam
  5. Balasan
    1. Krup krap krup krap sepinggan habis tak sedar 🤣

      Padam
  6. Ini kira pisang goreng mewah ada kelapa parut, santan, gula. Bayang rasa berlemak, manis dan masin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Pisang goreng mewah untuk manjakan selera hehehe

      Padam
  7. boleh cuba ni. mesti sedap sebab parut kelapa tu. nyummms

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memangn nyummms sangat! Kelapa parut dan santan tu yang menambahkan lemak rasa pisang goreng ni.

      Padam
  8. kann cepat sangat hari berlalu. mcm baru semalam jumaat >.<

    Oh saya ingat naka pisang tu pisang Thai kiki.

    Tak pernah dengar. pestime ni. resepi dia pun bahan banayk sikti dari goreng biasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe pisang goreng resepi Thai. Nanti boleh cuba, Ain. Memang bahan dia lebih sikitlah dari pisang goreng biasa tapi sekali-sekala manjakan tunas rasa apa salahnya 😊

      Padam
  9. Pernah makan pisang goreng Thai dalam keretapi dari Golok ke Hatyai. Sedapnya ya ampuuun!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Kak Amie. Yang saya buat ni dah adjust sana sini sebab kononnya tak mau rich sangat. Tapi, pisang goreng Thai yang autentik tu memang rasa macam ada kenduri dalam mulut! Hahahah

      Padam
  10. Ada letakk bijan jugak eh kak farrah, menarikkk! Tak pernah makan lagi, selalu makan yang biasa jual tepi jalan itu aje hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah, letak bijan tu buat tambah seri rupa dia hehehe
      Tak pe, Tiqah. Mana tahu suatu hari ada rezeki makan pisang goreng Thai. Kalau free, boleh ajak kakak Tiqah masak-masak cuba resepi baharu :)

      Padam
  11. Wah pisang goreng siam
    tentu lebih sedap rasanya

    BalasPadam
  12. hari tu baca pasal pisang goreng thai ni kat blog kak Amie. tapi itulah saya, pandai baca je, buatnya entah bila. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha tak mengapa. Ada rezeki, jumpalah kat mana-mana. Tinggal tunjuk dan bayar je :)

      Padam
  13. 1st time dgr pisang goreng thai.. menarik betol..
    ade santan. kelapa parut.. fuhhh terasa lemak2 tuuuu..

    BalasPadam
  14. Wah. Orang Thai pun ada pisang goreng sendiri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada, tapi bahan-bahannya lebih sedikitlah berbanding pisang goreng kita :)

      Padam
  15. Jap.. tunggu mak pantang habis pantang. ku sebat semua. Haha

    Dia mesti rasa manis berlemak gitu yek?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lemak-lemak manis yang meriah memanjakan anak tekak gitu :)
      Selamat berpantang, sis. Lepas ni boleh berpisang goreng Thai!

      Padam
  16. Tak pernah makan dan tahu pun posang goreng thai ni. Mesti sedap kalau thai punye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, memang sedap, Naniey. Nanti ada rezeki boleh cuba :)

      Padam
  17. Bahan2 pun ada kelainan sikit . Kena cuba ni

    BalasPadam
  18. Sedapnya, mkn pulk pnas2 waktu hujan ni, bertambah feeling..

    BalasPadam
  19. boleh laa buat ni nnt. kebetulan ada pisang kt rumah ni.😊

    BalasPadam
  20. Tak pernah makan lagi. menarik gak tu campur kelapa parut dan bijan. Untuk goreng pisang saya suka goreng guna tepung ready made untuk goreng pisang. Kalau tak ada, campur tepung gandum dan tepung beras.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.