Seminggu dua ni saya perasan tabiat suka mengunyah saya semakin menjadi-jadi! Ni semua salah Yuri Van Houtten! Minggu lepas dia sakit sampai hilang selera makan, selera makan tuannya pula yang bertambah-tambah!
Tatkala keinginan untuk mengunyah tu sampai, saya pergilah selongkar pantri. Rumah saya memang tak ada stok jajan sangat sebab bahaya untuk tabiat suka mengunyah saya. Tetapi, di pantri mungkin boleh jumpa sesuatu. Selalunya apabila adik-adik saya hantar barang atau makanan, akan ada terselit sepek dua jajanan seperti keropok, kerepek atau snek kering lain. Bott biasa simpan barang-barang tu di dalam kabinet.
Yes! Jumpa Ritz Toasted Chips Perasa Cheddar satu pek. Selongkar-selongkar lagi, jumpa Salim Triangle Cheese pula. Keju tiga segi ini merupakan keju diproses produk Arab Saudi. OK, now we’re talking! Keenakan keju berganda!
Laju saya mengunyah kepingan demi kepingan. Keju atas keju. Snek Ritz Toasted Chips ni versi reduced calorie kerana ia dibakar. Tapi, apa yang reducednya kalau saya makan lebih daripada saiz hidangan yang disarankan! Siap sapu keju lagi. 😂
Tak mengapa. Kita lupakan sebentar bab-bab kalori. Yuri kurang sihat, tuannya kena sihat (baca: sentiasa kenyang dan bertenaga) untuk jaga Yuri. Hahaha alasan tak ingat! Padahal saya ni bukannya boleh makan banyak sangat keju. Sekali-sekala bolehlah, kan? 😊
Ini rupa toasted chips dalam pembungkusan. Beratnya sekitar 200++g.
Ritz Toasted Chips turut didatangkan dalam beberapa perasa lain seperti Original dan Sour Cream and Onion. Tak pasti yang ini pembungkusan untuk di Malaysia atau yang diimport. Kalau suka snek sebegini, boleh cari di Shopee atau Lazada. Tetapi, pembungkusannya sedikit berbeza.
Tak pasal pasal Yuri Van Houtten dipersalahkan. hihi..Cute pulak tengok Salim Triangle Cheese tu. First time tengok. Ini kalau dah sedap tambah lagi cheese mana nak mengenangkan kalori dan saiz hidangan :D
BalasPadamHahahah selagi boleh salahkan Yuri, kita salahkan 😁
PadamComel kan, Fiza. Akak pun ralit dok belek-belek keju tiga segi tu. Huhuhu memang tak ingat apa dah lepas makan ni. Calorie what? 🤣
Hahaha....Yuri terpaling kesian. Dah okay ke belum dia?
PadamSedapnya. Keju memang sedap.. Tpi prefer yang creamy. Yang tarik tarik tu kurang gemar..
BalasPadamSaya pun lebih gemar yang berkrim berbanding masin dan tarik-tarik hehehe
PadamMacam sedap . Tapi belum pernah jumpa lagi
BalasPadamNanti kalau jumpa boleh cuba :)
Padamcomelnya keju dia bentuk 3 segi dah macam kek.
BalasPadamsalam kenal dpd follower baru :D
Hi, Nadzirah! Selamat berkenalan. Terima kasih sudi berkunjung ke mari.
Padamtuannya nk mengunyah.. yuri plak berslh.. haha..
BalasPadamalahai sedapnya.. nsb baik perot rs knyg je ni.. kalo x kena selongkar dapo jgk.. haha
Itulah ... yuri yang bersalah hahahah
PadamHari ni cuti, ezy. Jomlah kita selongkar dapur sama-sama!
Esok kena bersenam dua kali ganda kak Farrah. Potong balik kalori cheese tu
BalasPadamKalau ikut kadar metabolisme akak mungkin kena empat kali ganda hahaha
PadamKesian yuri dipersalahkan HAHAHAHAHA :P
BalasPadamMemang Yuri yang salah hahahaha
PadamMakanan keju ni saya boleh makan, tapi kureng sikit..
BalasPadamSamalah kita Tuan Fairus. Saya bukan suka sangat semua berkeju, tetapi sekali-sekala ada depan mata memang layannnn.
Padampertama kali tgk kak farrah..ermmm sedap tu!!
BalasPadamTu yang akak makan tak toleh kiri kanan dah, Syida hahaha
PadamYuri kena fitnah 😂😂
BalasPadamHahaha sekali-sekala kena fitnah tak apa :)
PadamSaya boleh makan krim keju itu beberapa ketul. Sedap berlemak. Hehe jangan sekat makan.
BalasPadamSedap kan, NA. Hehehe kadang-kadang kena sekat gak NA sebab tak pandai berhenti :)
PadamSedapnya cheese, kite dok kunyah biskut kosong jer ni, huaaa!
BalasPadamlama betul x mkn keju tiga segi tu. last mkn ms g mesir dulu dlm flight. lps tu x de jumpa da keju tu heheh
BalasPadam