Martabak Maggi Asam Laksa

Rabu, Oktober 06, 2021

Tiada angin tiada ribut Bott cakap dia nak makan martabak Maggi. Dah kenapa? Rupa-rupanya dia terliur sendiri tengok beberapa klip masak-masak di IG. Banyak pula perkongsian martabak Maggi yang menduga ketahanan minda, selera dan perut. Dengar nama Maggi pun dah terpancing selera, apa lagi jikalau lihat produk mi segera legend ini diolah sedemikian rupa. 😂

Di rumah, ada stok Maggi Asam Laksa dua pek. Mula-mula ingat nak buat sepek sahaja. Tetapi, alang-alang ada dua pek tu, kita habiskan jelah. Dapat banyak sedikit, boleh dipanjangkan rezeki pada orang lain.

Inilah rupanya martabak Maggi simple kami. Disertakan sekali resepinya di bawah.


Martabak Maggi Asam Laksa


Resepi Martabak Maggi Mudah

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 2 pek Maggi, mi direbus atau direndam sehingga lembut. Tuskan.
  • 1 - 1/2 pek perasa Maggi yang disertakan di dalam pek. Saya tidak guna kesemuanya.
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih dicincang
  • 3 biji telur
  • lada sulah secukup rasa
  • hirisan cili merah atau cili api jika suka pedas
  • hirisan daun ketumbar

Langkah-langkah penyediaan:
  1. Masukkan mi, hirisan bawang, perasa Maggi, hirisan cili dan daun ketumbar ke dalam mangkuk adunan. 
  2. Pukul sedikit telur sehingga putih dan kuningnya bersatu. Kemudian, tuangkan ke dalam mangkuk adunan. Gaul sekata semua bahan. Perasakan dengan lada sulah sesuai cita rasa. Saya tidak gunakan garam kerana perasa mi yang disediakan sudah cukup masin.
  3. Panaskan kuali leper. Lengser dengan sedikit minyak jika khuatir martabak akan melekat. Setelah itu, sudukan adunan yang disediakan tadi membentuk saiz yang dikehendaki. Biarkan seketika sehingga bahagian bawah masak dan bertukar warna. 
  4. Seterusnya, terbalikkan martabak dan masak lagi sehingga sisi lagi satu masak sempurna.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

Jika mahu tingkatkan lagi keenakan martabak, boleh juga gunakan isi ayam, daging, jejari ketam dan tambahan beberapa bahan lain seperti hirisan tomato atau parutan keju. Apa yang saya sediakan ni versi mudah hendak cepat makan sahaja. 😄


Sos Cecah Pilihan

Bab ini, pilihan saya dan Bott berbeza sedikit. Masing-masing pandang sos cili sebelah mata je. Dah biasa hehehe
  • Mayones + Sos Sriracha - Ini pilihan Bott. Ambil beberapa sudu mayones dan campurkan dengan sedikit sos Sriracha sesuai selera.
  • Nam Pla Prik - Sos pencecah Thailand ini pilihan saya. Tiba-tiba hendak nikmati sesuatu yang berorientasikan rasa Thai. Kebetulan, beberapa hari sebelumnya saya ada buat sos cecah ini untuk ikan kukus. Bakinya kita nikmati bersama martabak Maggi.

Saya rasa, jika martabak ini dimakan dengan sos keju pun sedap!


Ada yang suka martabak Maggi? Biasanya ramuan tambahan apa yang kalian letakkan ke dalam adunan?




13 ulasan

  1. Ammi kalau nak bulatkan masukkan dalam bekas telur tu..yg biasa org kedai burger guna tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh... ring yang diorang guna untuk buat banjo tu kan... :)

      Padam
  2. lama juga tak makan murtabak maggi. Saya suka rasanya begitu sahaja tanpa sebarang sos

    BalasPadam
  3. sedap murtabak megi!
    sy tmbh sosej hiris nipis2..
    saje buat syarat.. haha..
    mkn ngn sos cili.. fuhh sedap!

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah. Bolehlah buat kudap-kudap :)

    BalasPadam
  5. Lama x buat murtabak megi... dulu buat letak hirisan sosej jugak.. yummy!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hirisan sosej memang tidak pernah menghampakan hehehe

      Padam
  6. Sedapnya murtabak maggi. Terpengaruh dengan media sosial itu biasa. Tengok orang masak sedap macam best je nampak. Murtabak maggi makan macam tu je pun dah sedap pada saya :)

    BalasPadam
  7. kenapa x cicah dgn kuah laksa je? hahaha barulah rare kan hehehe

    BalasPadam
  8. Kurang suka murtabak megi. Hehe suka megi berkuah.

    BalasPadam
  9. Alaaa...saje je kan...terus kita terbayang- bayang ni...tapi x pernah lagi masak murtabak maggi asam laksa...sedap erk?

    BalasPadam
  10. biasa buat murtabak maggie kari , kalau yang maggie asam laksa belum pernah cuba

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.