Hadiah Menang Book Giveaway #1stYearwithShopee by farihajafri.com

Selasa, November 02, 2021

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah, selain bertuah menang GA anjuran Kak Sheila (Blog Sheila Inspire) baru-baru ini, saya turut terpilih sebagai salah seorang pemenang Book Giveaway #1stYearwithShopee by farihajafri.com. Giveaway tersebut tamat pada 10 Oktober dan 3 pemenang terpilih diumumkan pada 15 Oktober 2021.

Ada rezeki terkena nama saya dalam putaran rawak wheelofnames tu.

Setiap pemenang boleh pilih mana-mana dua buku yang dijual di kedai Shopee milik Fariha. Pautannya di sini. Berpinar juga mata saya hendak memilih. Ada pelbagai judul novel baharu dan terpakai (preloved). Lama jugalah 'menelaah' depan skrin sebab dah rambang mata. 


Hadiah saya selamat sampai!

Bukan main cantik dan rapi Fariha bungkus novel-novel letak dalam kotak sebegini. Seronok saya unboxing sambil tersengih-sengih. Feeling-feeling macam buka surprise gift box yang jadi trend sekarang. Bertambah-tambah seronok apabila bukan hanya 2 buah novel yang diterima, sebaliknya 3!


  • Antologi Cinta Sayang - Saya berkenan dengan antologi ini kerana ada penulis-penulis otai Alaf 21 kegemaran saya.

  • Rasa - Nuril Basri - Sudah acap kali baca resensi yang baik mengenainya. Tetapi, memandangkan saya dalam fasa genjatan beli buku baharu (selagi novel-novel lama yang bersusun di atas rak tidak dibaca dan dihabiskan), saya tangguhkan pembelian. Memang rezeki sayalah buku ini available di kedai Fariha.

  • Hadiah tambahan. Novel Sepasang Satin Merah Dadu - Noriha.


Terima kasih banyak-banyak, Fariha. Moga bisnes Fariha bertambah-tambah maju dan dikurniakan rezeki berlipat kali ganda. Bagi siapa-siapa yang suka baca novel tu, intai-intailah kedai online Fariha. Mana tahu boleh sambar beberapa buah novel untuk lengkapkan koleksi kalian.

23 ulasan

  1. Wow. Seronoknya dapat hadiah buku. Selamat membaca 😊.

    BalasPadam
  2. wahh bestnya dpt novel! seronokkkk!
    tahniah kakfarah.. rezeki dpt novel.. alhamdulillah.. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Memang seronok, ezy. Dapat tambah koleksi 😊

      Padam
  3. Alhamdulillah rezeki, tahniah Farrah. Moga diberi rezeki lagi Aameen. Selamat membaca.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Aamiin. Terima kasih banyak-banyak, babYpose 😘

      Padam
  4. Tahniah Farrah! Happy reading!
    Akk pun stop dulu beli buku for now, there are several books yg belum diusik pun :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Puan Hazel. Hahaha mari kita habiskan baca buku yang beluk berusik tu sebelum beli buku baharu 😊

      Padam
  5. tahniah! bertambah lagi koleksi buku di rumah nampaknya tu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, itu yang seronok tu 😀

      Padam
  6. Alhamdulillah.. menarik tajuk-tajuknya.. Tahniah kak Farah dan selamat membaca..

    BalasPadam
  7. yeayyy dah sampai, tahniah sis :)

    BalasPadam
  8. Tahniah Puan Farrah.
    Selamat membaca.

    BalasPadam
  9. Selamat membaca kak. Ok nanti nak usha sebab saya pun suka beli novel preloved

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Sal. Haaa pergilah usha usha. Mana tahu ada yang berkenan di hati 😊

      Padam
  10. Berbunga bunga hati dapat hadiah buku kan. Tahniah Kak Farrah. Selamat membaca :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you! Memang berbunga-bunga, Fiza. Dah kembang setaman hati ni.

      Padam
  11. Tahniah..selamat membaca. Ammi ada few books yg dh halfway baca tiba2 terbantut rasa

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.