Terima Kasih, Shida Radzuan

Khamis, November 11, 2021

Tiada apa yang lebih menggembirakan ketika membuka peti surat daripada melihat surat tidak terduga yang tertera nama kita. Feeling dapat surat tu yang mahal hahaha! Jika tidak, peti surat saya lazimnya menjadi tempat untuk kumpul bil utiliti, statement bank adik-adik yang sampai sekarang tak tukar alamat, surat-surat jiran yang sesat dan risalah-risalah promosi sahaja. 

Surat bersampul putih ini tidak dapat dipastikan bila tarikh sebenar saya terima kerana dua minggu belakangan ini saya jarang balik ke sini. Apabila lihat butiran yang tertera - GKK Fasa 3 Julai, Ogos,  September 2021, terus dapat teka siapa penghantarnya. Makin lebar senyuman dan sengih saya.

Sampul istimewa ini daripada Shida Radzuan. Saya terima hadiah kerana berjaya menyelitkan diri sebagai salah seorang Geng Kuat Komen Blog Shida Radzuan untuk bulan Julai, Ogos dan September. Tak sangka betul! 

Beberapa bulan yang lalu, saya tak sempat hendak blogwalking dan tinggal komen di blog teman-teman sangat. Jadi pengomen tegar memang jauh sekali. Dengan keadaan diri saya yang entah apa dipenatkan; dengan tekad yang konon hendak kurangkan screen time; dengan masalah tak boleh tinggal komen, komen hilang semua tu ... mood blogwalking pun hilang dibawa angin lalu. Cheh, alasan sangat! Tak mengapa, selepas ini panas enjin balik, perlahan-lahan saya akan datang lawat blog kalian semua.


Jom, kita tengok apa hadiah yang saya terima.

Sekeping 3 ply headloop face mask Jovian/Fazbulous dan satu pek Bioaqua Vitamin C Rejuvenating Mask. Oh, bolehlah feeling-feeling flawless Fazbulous sekejap ala Fazura!

Terima kasih banyak-banyak, Syida. Domo arigato! Terima kasih atas penghargaan ini. Akak doakan Syida sentiasa diberi kelapangan dalam setiap urusan dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Jaga diri baik-baik ya!

Bagi teman-teman yang lain, dah alang-alang baca entri saya ni, silalah terjah blog Syida sekali.

15 ulasan

  1. tahniah farrah.. best kan feeling dpt hadiah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Kakmim. Ya... memang indah perasaannya hehehe

      Padam
  2. Betul betul. Feeling tu yang mahal tu. Kalau tidak, bil bil je lah yang memenuhi peti surat tu. Tahniah kak Farrah, dapat hadiah dari Shida.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... bila menyaring bil itu bil ini tiba-tiba ada nama kita dan bukan bil ... bercahaya rasa donia hahaha. Thanks, Fiza.

      Padam
  3. Betul itu gembira dapat.
    Tahniah. Sama dapat.

    BalasPadam
  4. Samalah ngan ammi. Bila buka post box tgk ada nama kita wahhhh excited gumbira. Kalau tak tu manjang aja pamphlet ntah apa2

    BalasPadam
  5. Tahniah kak. Semoga terus fazbulous

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.