Assalamualaikum. Salam 11/11. Ada yang masih sakan shopping bersempena dengan jualan 11/11 ini? Berjaya dapat tawaran terbaik tak? Sebut tentang tawaran terbaik, hari ini dan kelmarin saya dapat beli baucar Lazada bernilai RM3 dengan harga RM0.10 sahaja melalui TouchNGo eWallet. Punyalah saya gembira!
Bagi yang menggunakan TNG eWallet, mesti kalian biasa browse bahagian A+ Rewards tu, kan? Haaa ... untuk 11.11, ada banyak tawaran baucar menarik. Kita dapat beli baucar produk tertentu pada nilai harga yang lebih rendah. Misalnya, kita bayar RM5 untuk baucar Secret Recipe yang bernilai RM10 atau bayar RM3.50 untuk baucar Tealive bernilai RM7. Jika ada keinginan beli produk-produk tersebut dalam masa terdekat memang berbaloilah sebab akan nikmati penjimatan.
Ada banyak pilihan lain - Google Play, Shell, Family Mart, Zalora, Starbucks... tetapi selalu saya memang aim baucar Lazada. Itu pun kalau saya rasa nilainya betul-betul berbaloi baru saya beli. Ada sesetengah tawaran macam biasa-biasa sahaja - bayar RM9 untuk baucar RM10, bayar RM4 untuk baucar RM5....
Jadi, apabila terserempak tawaran baucar Lazada ini, laju sahaja tangan tekan butang Buy Now. Untuk baucar Lazada, boleh beli maksimum 2 baucar dalam masa satu hari. Tempoh sah baucar sehingga pertengahan April tahun hadapan.
Kelmarin saya beli 2 x RM3, hari ini beli 2 lagi. Dengan hanya bayar RM0.40, saya ada baucar Lazada sebanyak RM12. Kira penjimatan sehingga 97% tu. Sesudah tebus baucar, simpan kod dan nanti apabila hendak buat pembelian di Lazada tinggal masukkan kod semasa hendak buat pembayaran. Secara peribadi saya suka ada baucar nilai kecil begini berbanding yang besar kerana selalu buat pembelian dari kedai yang berbeza, pada masa yang berbeza.
Menarik, kan? Bagi yang gunakan TNG eWallet, jangan lupa rajin-rajin log masuk akaun kalian. Selain daripada ada Check-in Rewards, bolehlah cuba rebut ganjaran menarik yang ditawarkan, yang sesuai dengan kalian.
Terus check touch n go.. hehehe
BalasPadamJadilah pembeli yang bijak macam Kak Farrah. Saya tak shopping 11.11. Perati dok tepi je. Hihi
BalasPadamNak gi check TNG ewallet jugalah. Jarang guna sbb selalu setia dgn wallet grab je. Point dia lebat sikit
BalasPadamDuduk diam2 tengok sale. Haha
BalasPadamUntungnya bila rajin, berbagai promosi ada. Thanks for sharing
BalasPadamMemang berpatutan. Banyak jimat tu. Hepi shopping!
BalasPadamJimat berganda-ganda
BalasPadam