Assalamualaikum. Dua tiga hari ini memang bukan hari yang baik buat rakyat Malaysia. Dengan keadaan cuaca yang amat membimbangkan sekarang ini, kita semua kena sentiasa berjaga-jaga dan bersedia untuk hadapi sebarang kemungkinan.
Buat kawan-kawan yang terkesan dengan banjir, moga kalian semua kuat, sabar dan dapat lalui dugaan ini dengan baik. Apa yang penting jaga diri, sentiasa jaga diri dan pastikan keselamatan setiap ahli keluarga kita.
Sedih baca perkongsian-perkongsian di media tentang keadaan banjir teruk tidak terduga yang melanda Selangor, Kuala Lumpur dan beberapa negeri lain. Kawasan yang sebelum ini tidak pernah banjir, tenggelam digenangi air. Belum campur kejadian tanah runtuh, jalan tutup dan kemalangan tragis yang meragut banyak nyawa sekali gus.
Di tempat saya, hujan masih belum berhenti. Beberapa kawasan berhampiran sudah dinaiki air. Mujurlah rumah saya terletak di kawasan yang agak tinggi. Malam tadi memang tidak lena sangat tidur memikirkan hujan lebat yang bagai tidak mahu reda.
Kredit Facebook Info Public Health Malaysia |
Nampaknya kita kena bersedia untuk mendepani keadaan terburuk. Saya dan Bott baru selesai lengkapkan beg atau kit kecemasan kami. Dahulu, masa belajar tentang kepentingan kit kecemasan di rumah andai berlaku bencana, saya langsung tidak pernah terfikir yang saya akan benar-benar perlu sediakan kit ini. Baiklah ambil langkah berjaga-jaga andai ada perkara di luar jangkaan berlaku. Tidaklah nanti tergopoh-gapah mencapai mencari itu ini. Standy mode is ON.
Kalian pula bagaimana? Jika masih belum sediakan beg kecemasan, buatlah apa yang perlu. Rujuk panduan Public Health Malaysia di atas ya. Jangan lupa topeng muka extra dan sanitizer. Jika boleh, pastikan setiap ahli keluarga ada beg kecemasan masing-masing. Andai ada haiwan peliharaan, sediakan apa yang perlu untuk si manja kalian tu juga.
Jaga diri baik-baik. Stay safe. Moga Allah sentiasa lindungi kita semua.
Semoga mangsa banjir dapat diselamatkan dan berada di tempat yang selamat. Aaaminn..Semalam tak hujan, harapnya banjir cepat surut. Ada beberapa tempat dah mula syurut. Sedih tengok rumah yang musnah sekelip mata. Semoga Allah berikan kekuatan dan kesabaran buat mereka. Aaaminn...
BalasPadamAamiin aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.
Padamsmoga dipermudahkan segala urusan smua mangsa banjir yg terlibat..aamiin
BalasPadamAamiin. Semoga urusan mereka dipermudah Allah.
Padammudah mudahan cuaca buruk yang diramalkan tidak berlaku. sama sama lah kita berdoa agar dijauhkan sari segala bencana
BalasPadamBetul. Harapnya biarlah sekadar ramalan. Semoga Allah melindungi kita semua. Aamiin.
Padamkena slow2 sediakan kit kecemasan ni.. akn dtg kita xtau apa akn jd..
BalasPadamapa2 pon kita kena sentiasa bersedia..
Betul. Prepare je. Kalau apa-apa berlaku, kita tinggal grab sahaja. Tak adalah panik sangat.
PadamHarap yang terjejas dapat kembali semula ke rumah dengan selamat.
BalasPadamMudah-mudahan begitulah. Harap kesulitan yang dilalui mangsa banjir ni akan dilapangkan dan dipermudah Allah.
Padam