Jumaat, Disember 10, 2021

Bismillah untuk Jumaat yang Indah

Assalamualaikum. 

Salam Jumaat! Bagi yang bercuti hari ini selamat beristirahat. Buat yang bekerja, selamat menyempurnakan tugasan harian. Langsaikan apa yang perlu supaya kita boleh bersantai dengan tenang pada hujung minggu.

Jom! Bismillahirrahmanirrahim.


Doa Memulakan Kerja

Baca juga untaian ayat ini,  mudah-mudahan Allah pelihara kita daripada sebarang kemudaratan. Moga langkah dan tindak-tanduk kita juga ringan untuk melunaskan tanggungjawab kerana Allah.


Terjemahan ayat: 


Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga di langit dan Dia Maha  Mendengar lagi Maha Mengetahui.


(Hadis Riwayat At- Tarmidzi)



Jom kita banyakkan berselawat ke atas Rasulullah. Jangan lupa baca surah-surah yang elok diamalkan pada Penghulu Hari terutamanya al-Kahfi.

Sudah bersarapan atau belum? Sarapan apa pagi ini? Saya tengah kembangkan yis. Hendak buat cakoi. 

Jumpa lagi nanti. Jaga diri. Semoga hari kalian bakal berlangsung dengan baik. 

5 ulasan:

  1. Semoga yang indah dan baik baik je di hari Jumaat ni. Pagi ni saya buat sarapan nasi goreng cili kering je dan goreng karipap frozen bersama teh o panas :)

    BalasPadam
  2. baca ni dah malam, so happy weekend kak!

    BalasPadam
  3. alhamdulillah.. baik2 je di hari jumaat.. =)

    BalasPadam
  4. Kadang-kadang lupa baca Bismillah.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.