Jumaat, Disember 10, 2021

Ikan Duyung untuk Jurnal 2022

Assalamualaikum.

Petang ini bersiaran dari bilik kraf. Sibuk kemas barang yang bersepah dan tunggang-langgang. Dah tenang, kemaskan hiasan-hiasan yang saya buat untuk jurnal dan planner pula. Kan dah nak masuk 2022, teruja lebih sedikitlah nak mencantikkan jurnal dan planner baharu nanti. 

Ikan duyung comel berambut biru yang tak berapa seksi ini pernah saya kongsikan dalam salah satu entri Wordless Wednesday beberapa minggu lalu.

Be Bold | Be Brave | Be Brilliant

Biasanya apabila hendak buat hiasan kraf untuk jurnal atau planner, saya memang suka ikut tema yang tertentu. Misalnya muzik, belon panas, kembara (travel), tumbuhan sukulen, belon panas dan flamingo. Seperti yang ini,  tema duyung. Kebetulan saya miliki pek die cuts yang dibeli di Mr. DIY sebelum ini. Lebih kurang seperti pek-pek di bawah tetapi bertemakan duyung dan dasar laut.

Pek die cuts Vacay & Clover Lane

Ada pek die cuts sebegini seronok buat embellishments. Tetapi, saya tidak akan buat semua sekali gus. Di atas meja kerja saya ada satu sudut yang saya lambakkan die cuts,  cebisan kad dan kertas bercorak lebihan projek-projek dahulu. Apabila ada mood, duduklah sekejap buat satu atau dua hiasan kraf. Waktu ada idea, cepat sahaja siap hiasan-hiasan kraf saya. Waktu tandus idea … krik krik krik!

Jadi, kebanyakan masa saya buat sambil-sambil sahaja. Sekali masuk bilik kraf untuk ambil atau hantar barang, usik sikit apa yang nampak atas meja. Susun dan padankan yang mana cantik. Lain kali masuk, ubah apa yang perlu. Rasa-rasa dah puas hati barulah dilekatkan. Daripada sekeping die cut biasa, apabila ditindan-tindankan, bertambah menariklah hiasan tu.

Duyung di atas tu yang mula-mula siap. Ini rakan-rakan seangkatan set dengan cik duyung.

Mermaid + Amazing = Mermazing! 


Setelah siap, saya akan simpan dalam poket khas yang telah dilabelkan. Kelak apabila hendak hias lembaran journal atau planner mingguan ikut tema, pilih sahaja set embellishments yang sudah tersedia. Tinggal letak dan tampal. Tidak perlulah masa tu nak buat, masa tu baru nak gali punggah semua barang. 

11 ulasan:

  1. wahh! cantiknya. saya pun dah beli brang2 untuk planner tahun 2022 , tapi belum sempat update blog lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat menghias planner untuk 2022, DP 😊

      Padam
  2. kreatif la awak ni hahaha... cantek! comel je duyung rmabut biru

    BalasPadam
  3. teringin rasanya nak tengok bilik kraf kak Farrah ni dengan mata kasar. haha. mesti organize tip top punya

    BalasPadam
  4. Bila dah masuk bilik kraf dalam mood yang baik, mesti hasilnya akan jadi baik. Comel comel bila dah bergabung jadi satu label.

    BalasPadam
  5. alahai comelnyaaaaa.. sy pon minat benda2 mcm ni.. tp xkreatif.. haha

    BalasPadam
  6. alahai.. hehehe. geram tngok comel sngt!

    BalasPadam
  7. Rajin buat. Mesti banyak koleksi.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.