Assalamualaikum. Salam Jumaat. Belum sempat nak up cerita raya sangat di blog. Sibuk sedikit. Tetapi, hari ini kita cerita pengalaman raya-raya di Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) yang terletak di Sungai Buloh.
Sebenarnya bukanlah pergi beraya betul-betul. Pergi dapatkan rawatan susulan di Klinik Pakar Perubatan di sana. Dua tiga bulan kebelakangan ini, hormon tiroid saya buat keputusan untuk mengamuk.
Bukan main huru-hara keputusan ujian TFT (Ujian Fungsi Tiroid) saya. Asma dan hyperthyroid bukan kombinasi terbaik. Jadi, mahu tidak mahu terpaksa rujuk kes ke PKKN. Mujurlah dapat tarikh berjumpa doktor dalam masa terdekat. Saya tak kisah pun dalam minggu raya. Sebab memang raya dekat-dekat area tu juga. Apalah salahnya beraya di PKKN sekali. 😁
Temujanji di Pusat Kawalan Kusta Negara
Dahulu, sebelum Hospital Sungai Buloh dibina dan beroperasi, inilah hospital utama di kawasan ini. Saya memang dari kecil sampai masuk universiti memang inilah hospital saya - Pusat Kusta. Kalau masa sekolah atau di fakulti bawa surat sakit dengan letterhead 'Pusat Kawalan Kusta Negara' (untuk serahkan pada cikgu atau pensyarah), puas jugalah bersoal jawab dengan mereka kenapa saya dapatkan rawatan di Pusat Kusta. Jenuh nak jelaskan yang ini hospital daerah. 😅
Setelah Hospital Sungai Buloh mula beroperasi pada 2006, PKKN berada di bawah pengurusan Hospital Sungai Buloh. Lokasi pun depan-depan. Kalau kalian biasa tonton drama atau filem Melayu yang ada babak di hospital dengan aisle panjang tu... haaa itulah Pusat Kawalan Kusta. 😂
|
MOPD 2, Hospital Sungai Buloh |
Sampai! Klinik Pakar Perubatan 2 (MOPD 2, HSB). MOPD 2 untuk susulan kes endokrinologi (Sayalah tu!), INR, Diabetes Jenis 1, pendidikan diabetik dan kes Tibi.
Datang balik ke sini memang menggamit memori lama. Siap tunjuk pada Bott di mana wad saya zaman-zaman kena admitted sebab asma, kat mana tempat nak buat x-ray. Dalam banyak-banyak, Bott excited bila lalu berhampiran makmal forensik. Dia teringat scene filem Khurafat. Saya terkial-kial nak pergi Unit Hasil, dia boleh excited gelak-gelak, "Eh, kat sini babak yang Samsul tanya soalan pada mak cik cleaner tu, kan?"
Beberapa hari sebelum raya dah ambil sampel darah. Jadi, waktunya untuk review keputusan ujian darah. Raya kat dalam sekejap! Best kat sini. Tak ramai orang. Staff baik-baik dan ramah. Suasana tenang. Hormon tiroid saya pun tenang sekali hahahah.
Dapat mask filter percuma.
Setelah selesai jumpa doktor dan tetapkan tarikh untuk temujanji susulan, kami gerak ke bahagian farmasi pula. Ketika itu, ada seorang petugas yang tegur kami. Disebabkan dia nampak kami dua-dua pakai pelitup muka kain, dia beri kami dua pek mask filter seorang. Syukur, rezeki tidak terduga! Punyalah Bott gembira dapat mask filter sebanyak-banyak tidak.
|
Mask filter percuma |
Empat bungkus gemuk-gemuk! Memang lama bertahan jadi stok kami ni. Di bawah tu, fail yang kena kendong bawa jumpa doktor. Diari Asma, buku rawatan di klinik kesihatan, keputusan ujian darah ini darah itu semua kena angkut supaya senang doktor di sini hendak refer dan masukkan dalam rekod.
Di bahagian farmasi pun tak menunggu lama. Cuma saya diberikan pendedahan dan arahan cara penggunaan ubat baharu yang doktor telah preskripsikan.
Alhamdulillah, selesai urusan di PKKN. Moga lepas ni tiroid saya lebih mesra dengan saya.
Selamat sambung raya hujung minggu ini!
pernah gi sini masa adik kena warded sebab denggi...kat sini parking ok, dekat je..nyaman disini sbb ada pokok2..
BalasPadamBetul, parking kat sini ok. Kalau kat Hospital Sungai Buloh tu memang boleh sakit jantung heheheh
PadamSemoga dipermudahkan urusan perawatannya
BalasPadamAamiin. Terima kasih, wak atas doanya.
PadamGWS Farrah. Semoga dipermudahkan semua urusan.
BalasPadamSelamat Syawal :)
Aamiin. Terima kasih banyak-banyak atas doanya, Aiedah Isma :)
PadamMoga cepat sembuh & sihat selalu Farrah.
BalasPadamAamiin.Terima kasih, PH.
PadamSemoga sihat2 selalu
BalasPadamTerima kasih, SR!
Padamsemoga cepat sembuh sis
BalasPadamDomo arigato, AD!
Padamknapa dia tak tukar nama lagi? takkan Pusat Kusta lagi? jenuh gak nak explain tu haha. Semoga cepat sembuh
BalasPadamHahaha memang jenuh! Akak rasa memang mereka nak kekalkan nama tempat tu sebagai Pusat Kusta. Sebab masih ada perkampungan/kediaman dan rawatan untuk pesakit kusta di situ.
PadamSemoga sentiasa dalam keadaan sihat selalu.. Aamiin..
BalasPadamAamiin, terima kasih atas titipan doanya, Sha.
Padam