Ayam Ala Tiga Budak Gemok

Khamis, Mei 19, 2022

Sudah lama teringin hendak makan ayam kicap ala Tiga Budak Gemok. Tetapi, setiap kali masak hidangan ayam, melencong pergi buat lauk lain. Tidak boleh jadi ni! Mesti diusahakan juga buat sampai dapat lepas hajat. Kali ini, saya guna resepi dari blog Che Nom tetapi diolah sedikit bahan-bahannya mengikut apa yang ada di dapur saya. Untuk resepi asal, boleh lihat di sini

Hidangan ayam kicap saya versi tidak cukup syarat. Tiada sambal gesek. Buat ayam kicap semata-mata. Jom intai resepi!

Ayam ala Tiga Budak Gemok

Resepi Ayam Kicap ala Tiga Budak Gemok

Bahan-bahan untuk ayam kicap:

  • 1/2 ekor ayam atau sekitar 500 - 600g ayam
  • sedikit garam
  • serbuk kunyit
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • lebih kurang 2.5 cm halia
  • 5 - 7 tangkai cili padi (lebihkan jika kalian suka pedas seperti saya 😊)
  • 1/4 cawan kicap pekat
  • 2 sudu besar sos tiram
  • air asam jawa secukupnya (Agak-agak dalam 2 - 2 1/2 sudu asam jawa. Sesuaikan tahap kemasaman ikut cita rasa.)
  • 1/2 sudu besar gula Melaka (Saya guna gula nise.)
  • minyak masak untuk menumis dan menggoreng. 
  • garam secukup rasa (hanya jika perlu)

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya dan perap buatt seketika.
  2. Tumbuk atau kisar kasar bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi sehingga jadi pes untuk ditumis. Saya tidak tumbuk cili padi sekali. Cilinya saya hiris sahaja.
  3. Goreng ayam sehingga masak. Terpulang jika mahu ayamnya garing atau sedang-sedang masaknya. Untuk ayam, saya goreng guna air fryer. Lebih mudah.
  4. Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bahan yang ditumbuk kasar sehingga naik bau diikuti dengan daun kari. 
  5. Masukkan kicap pekat manis, air asam jawa, sos tiram, dan gula nise. Imbangkan rasa sesuai selera).
  6. Setelah itu, masukkan ayam goreng ke dalam kuah kicap dan tambah sedikit air jika kuah terlalu kering.
  7. Masukkan hirisan bawang besar. Renehkan sehingga kuah memekat sedikit dan ayam meresap kuah kicapnya sebati.
  8. Sedia untuk dihidangkan.


Tiada sambal gesek, sekadar ayam kicap ini pun sudah memadai buat saya. Daun kari memang sengaja letak extra, goreng biar garing. Semasa makan, cubit ayam, ambil daun kari dan cili api sekali... fuhhh! Tak cukup sepinggan nasi! 

12 ulasan

  1. lama tak masak menu ni...mmg suka..tp slalunya kena buat berkuah skit..anak dara tk suka kering2

    BalasPadam
  2. Sedapnya, makan dengan nasi panas-panas...

    BalasPadam
  3. Lama betul dah tak buat menu ni sejak tak lepas makan pedas. Kalau tak sokmo buat. haha

    BalasPadam
  4. Kalau menu nasi ambeng biasanya ayam masak kicaplah

    BalasPadam
  5. Walaupun tak cukup syarat tetap mengancam..

    BalasPadam
  6. sedap ni.. masa duduk KL selalu jugak order nasi 3 budak gemok ni

    BalasPadam
  7. wahh ayam kicap yg sedapp mak tuu., ;p

    BalasPadam
  8. Nampakkk sedapppnya
    blh try nanti.
    femess kan ayam budak gemuk.ni

    Psttt. Nanti email alamat ye pd.ciknur

    BalasPadam
  9. Ekin sokmo gitu la dalam masak kata menu last2 menu lain hahaha

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.