Assalamualaikum.
Salam Syawal! Lebaran sudah hendak menggenap seminggu baru sempat buat entri khas untuk hari raya. Apa khabar kalian semua? Bagaimanakah sambutan Aidilfitri setakat ini?
Photo by RODNAE Productions from Pexels |
2022 Tahun Raya Terkejut
Setelah dua tahun kita beraya dalam suasana ber-PKP, raya tahun ini memang paling ditunggu-tunggu. Sana-sini meriah tengok orang ramai sakan berbelanja membuat persiapan raya. Teruja hendak pulang ke kampung tu tak payah ceritalah. Kemuncaknya, kita dikejutkan dengan kemunculan anak bulan awal sehari. Yeayyy! Esok raya!
Saat takbir mula berkumandang, saat itu jugalah suasana mula kecoh. Ada yang daging masih dalam peti dingin beku, ada yang santan masih di kedai, ketupat belum anyam, daun ini tiada, daun itu tak cukup ... Jika intai perkongsian sanak saudara dan teman-teman di media sosial memang kelam-kabut jadinya apabila kita raya mendadak sontak begini.
Keadaan saya pada malam raya sedikit berbeza. Tenang setenang-tenangnya. Manakan tidak, saya seorang diri di rumah sebab perancangan balik kampung sehari sebelum raya secara automatik bertukar menjadi balik kampung petang raya pertama. 😅 Yang lain semua dah sampai lebih awal.
Disebabkan sudah malam, saya malas hendak berperjalanan. Tidak dapat nak bayangkan kesesakan jalan raya separah mana. Kebetulan esok paginya Cekebon perlu lalui rawatan dialisis terlebih dahulu di hospital. Kalau diikutkan, setelah rawatan Cekebon selesailah baru kami sekeluarga raya.
Jadi saya kekal sahaja dengan rancangan asal. Tidak perlu bersilat di dapur, duduk diam-diam di rumah sampai tiba waktu berangkat pulang. Malam raya sempatlah layan anak-anak jiran main mercun bunga di beranda sambil dengar lagu raya.
1 Syawal yang Tenang
Pagi Syawal saya juga tenang. Hahaha! Inilah penangan raya mengejut. Usai solat raya, tanpa saya duga ada rezeki juadah raya mengetuk pintu. Jiran-jiran yang tahu saya masih ‘tersangkut’ di sini hantar hidangan raya untuk saya bersarapan dan makan tengah hari. Thoughtful, kan?
Rendang itik |
Sarapan saya. Rendang itik dan ketupat mini. Tersengih seorang-seorang diri suap makanan. Tak sangka raya tahun ini merasa makan rendang itik.
Ini pula sampai menjelang tengah hari. Ada lemang, ketupat palas dan kari ayam. Siap dapat biskut raya lagi! Terima sebekas biskut raya campur-campur begini memang menggamit memori betullah. Dahulu, arwah nenek saya rajin bungkus biskut-biskut raya untuk kami adik-beradik bawa balik ke asrama.
Lemang dan ketupat palas lawan kari ayam. |
Alhamdulillah, memulakan perjalanan mudik lebaran dengan perut kenyang. Sampai sana makan lagi. Memang beraya sakanlah. Kalian pula bagaimana? Sudah puas menikmati menu hari raya?
Salam Lebaran 1443
Selamat meneruskan kemeriahan sambutan Syawal. Moga kalian puas meraikan bulan kemenangan ini bersama insan-insan tersayang.
Meskipun kebanyakan antara kita hanya berkenalan dan bersua secara maya, dibatasi jarak dan sempadan, saya yakin kesalahan tetap boleh terpahat.
Untuk itu, seandainya ada tutur kata, sebarang tulisan, perkongsian dan tindakan saya yang tanpa niat mungkin mencalar hati, ada khilaf dan lalai yang boleh menyemai benci, maaf saya pohon seikhlas hati.
Maaf zahir dan batin. Mohon kosong-kosong antara kita, biar semua murni tanpa cela.
Semoga Ramadan dan Syawal tahun ini dapat membersihkan hati kita, mendidik jiwa seterusnya menjadikan kita hamba yang jauh lebih baik. Aamiin.
Jom sambung raya! Insya-Allah, saya akan datang buat kunjungan raya secara berperingkat ya! Banyak hutang blogwalking ni.
Alhamdulillah. Walaupun terkejut raya tapi dapat sambut seadanya. Semoga gembira sepanjang Syawal, masih berbaki 25 hari lagi untuk meraikannya hehehehe.
BalasPadamBetul tu, Kak Amie. Masih berbaki banyak hari lagi. Salam lebaran buat Kak Amie dan keluarga :)
PadamSalam Aidilfitri buat Kak Farah..
BalasPadamRindu pula dengan rendang itik.. Tak berjumpa lagi tahun ini..
Salam Aidilfitri, Sha. Alhamdulillah, sempat kita borak sekejap malam raya tu kan. Moga ada rezeki Sha makan rendang itik. Syawal panjang lagi ni :)
Padamselamat hari raya!
BalasPadamSelamat Hari Raya, Raz!
PadamSelamat hari raya kak Farrah. Terkejut tak terkejut sangat sebab memang dah ada khabar angin. Meriah jugak raya tapi semalam dah kembali bekerja. Huhu.
BalasPadamSelamat hari raya, Sal! Akaklah padan muka. Bila tengok Indonesia dan Mekah raya 2hb dan ada ura-ura kita pun begitu, akak dengan yakin cakap palsu! Sebab dulu pernah satu tahun Mekah dah raya, kita yang masih puasa. Kononnya ikut tarikh yang telah ditetapkan dlm Islam. Ambik haa.... pukul 3 petang baru akak sambut raya :)
Padamada orang kata sebab kalau kita raya Rabu dah macam jauh sangat beza dengan Mekah. nanti kalendar akan lari. wallahu'alam
PadamSalam aidilfitri!
BalasPadamSalam lebaran buat KA dan keluarga :)
Padamselamat hariraya maaf zahir batin dari wak yg jauh dimata ye cik farah ittteww., ;p
BalasPadamsy kalut jgk mlm raya sbb nk blk kg suami.. nsb baik kg dia dkt je tp jem jgk.. sbb sume org tgh kalut.. mmg xdpt bertenang.. haha.. tp alhamdulillah.. syukur sgt thn ni dpt raya dgn family dan sanak saudara..
BalasPadamselamat hari raya kak farah! =)
selamat hari raya maaf zahir batin farah. lambat balas singgah. busy bebeno ler raya terkejut ni. Haha
BalasPadamSalam idulfitri
BalasPadamMaaf zahir dan batin
Salam Aidil Fitri, Farrah..maaf zahir & batin juga...
BalasPadamrezeki dapat makan rendang itik di pagi raya, bagus jiran2..
selamat hari raya utk mem yuri sekeluarga... wahhh banyaknya makanan...ada lg x? sy nk dtg ni
BalasPadam