Dim Sum Enak untuk Minum Petang

Isnin, Oktober 10, 2022

Assalamualaikum. Tengah buat apa? Puas tak dapat berehat cuti hujung minggu extra satu hari?

Saya hari ini bermalas-malasan sepanjang hari. Tak produktif langsung. Padahal ada banyak je kerja yang perlu dilunaskan. Tetapi, sebab hari ini cuti, automatik badan dan fikiran ini langsung tidak mahu fikir tentang kerja. 

Semalam dah keluar jalan-jalan, jadi hari ini lepak dan beristirahat di rumah sahaja.

Kalian sudah minum petang? Saya baru lepas mengisi perut dengan dim sum. Buka peti dingin beku tengok ada sepek dim sum beku. Biasa orang makan dim sum untuk sarapan tengah hari (brunch). Kali ini, kita bawa hidangan brunch ke waktu minum petang.

Malas hendak keluarkan periuk mengukus, saya kukus guna ciri kukusan pada ketuhar gelombang mikro sahaja. Lebih cepat dan mudah. Cuma masukkan ke dalam bekas kukusan, letak air di bahagian bawah bekas dan kukus. Untuk makanan beku seperti dim sum ini, cuma perlu kukus sekitar lima ke tujuh minit.


Ting! Siap!

Sedia untuk dinikmati.


Pek dim sum beku ini didatangkan sekali dengan sos pencecah. Kadang-kadang apabila beli dim sum beku, tiada sos pencecah yang disertakan. Pandai-pandailah nak makan dengan sos apa. Ada 8 jenis dimsum di dalam pek - siew mai, daging, lada hitam, udang, keju dan macam-macam lagi. Dua ketul setiap satu perasa. Kira puas dan mengenyangkanlah. 

Sos pencecah yang disediakan.

Makan sewaktu dim sum masih hangat, cecah dengan sos pencecah ... memang sedap sangat! Sosnya macam sos cili Thai, pedas, masam-masam, manis secukup rasa. Kami berdua di rumah ni menikmati dim sum dengan senyuman. 

Rindu Hendak Makan di Dolly Dim Sum

Tengah syok layan dim sum, tiba-tiba boleh pula teringin hendak makan liu sha bao (pau telur masin). Aduhai, terus meleleh air liur terkenangkan pau telur masin dekat Dolly Dim Sum! Sudah lama benar tidak makan di sana. Saya kalau ke Dolly Dim Sum, wajib pesan Egg Custard Bun. Siap pesan extra untuk tapau. Terbayang-bayang limpahan mewah sos kuning telur asin keluar keleleh dari pau. Satu lagi saya suka Dolly Mozza Roll Beancurd. Minta mayones, makan beancurd tu dengan mayones. Yummeh!

Aishh, apabila fikiran tu dah berkembara sampai ke Dolly Dim Sum, ada petanda tu. Maknanya nafsu makan yang meliar ini perlu dijinakkan. Asyik fikir pasal mamam je. 😂

Kalian minum petang apa?

Psstt! Insya-Allah, malam ini saya blogwalking mana mampu. Alhamdulillah, masalah tidak boleh sign in google atau tinggal komen di blog ketika blogwalking guna handphone sudah berjaya diatasi. Mudah sikit hendak ziarah kawan-kawan.

9 ulasan

  1. Petang tadi makan jemput-jemput kentang ye. Yum..sedapnya dim sum, tapi saya tak pernah makan di Dolly. Beli frozen macam ni je pastu kukus. Ya jarang orang bagi sos pencecah sekali. Padahal tu pun antara faktor mempengaruhi rasa dim sum tu

    BalasPadam
  2. Kalau ada jemputan makan di hotel, biasa makan ni. Kita rakyat marhaen, tunggu ada jemputan makan je le.. Nak makan sendiri kat hotel, tak biasa le.

    BalasPadam
  3. sedapnya dimsum.. sy suka beli yg pek kecik kat kedai eco.. 1 pek 4 ketul.. tu pon rs xckup.. haha

    BalasPadam
  4. wahhhhh dim sum! feveret Ana dgn mak juga ni! tiap kali ada nampak peniaga jual mesti tak lepaskan peluang beli hehehe

    BalasPadam
  5. sedapnya..dulu ada org jual, pas tu senyap dah..

    BalasPadam
  6. ciknur x reti mkn ni he hee tgkk je org mkn

    BalasPadam
  7. Pernah juga ras teringin nak membeli dim sum frozen. Senang boleh makan anytime. Lagi sedap cara kak Farrah ni dikukus. Kalau malas malas guna microwave. Dulu ada jugak adik ipar ajak makan kat dolly tapi cancel pergi tempat lain. So tak pernah jejak lagi.

    BalasPadam
  8. sy je kot yg x penah mkn dim sum ni heheheh

    BalasPadam
  9. ada sebungkus lagi frozem dimsum dlm freezer, farrah.
    ptg ni la :)
    baca entri farrah trus teringin.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.