Pagi semalam, sewaktu saya sedang berbual di telefon dengan seseorang, tiba-tiba dengar suara Bott menjerit-jerit panggil saya dan tanya kenapa ada kura-kura datang rumah.
Biar betul si Bott ni. Kura-kura? Saya fikir saya salah dengar. Saya pun bergegaslah ke pintu gelangsar. Ya Allah, betul ada kura-kura! Bayangkan, jarak pagar hadapan dengan rumah saya adalah lebih kurang dalam 20 tapak. Kura-kura tu memang masuk macam tetamu, ikut pagar dan merangkak laju mendekati pintu gelangsar. Ini mesti geng kura-kura yang menang lawan lumba lari dengan arnab. 🤣
Saya pun terus minta diri tamatkan panggilan. Ada kura-kura datang rumah! Teman berbual saya siap suruh periksa sama ada ada tulisan ataupun tidak di atas cangkerangnya. Mungkin kura-kura tersebut digunakan untuk upacara anutan penganut agama lain dan terlepas.
Ingat tak suatu masa dahulu seekor kura-kura besar (Kursar) viral sebab suka jalan-jalan dengan tuannya ambil angin di sekitar kawasan perumahan mereka? Rasanya Kursar tu spesies gergasi Aldabra.
Ini Kurtasar, kura-kura tak berapa besar. 😂
Tetamu istimewa saya, Kurtasar |
Di dalam peti ais tiada kangkung. Saya ambil je helaian kobis dan beri pada Kurtasar ni. Mana tahu lapar disebabkan sudah berjalan jauh.
Teruja saya melayan sang reptilia tidak diundang. Malangnya, tetamu bercengkerang ini turut menarik minat si Yuka, salah seekor kucing di luar rumah yang biasa kami beri makan. Dikejarnya kura-kura tu sampai ke belakang balik tembok.
Tak senang hidup Kurtasar diganggu Yuka. |
Saya cakap pada Bott saya hendak bela tetapi takut kena gigit. Hahaha! Ada beberapa kenalan saya dan Bott yang bela kura-kura. Mudah jaga kata mereka tetapi pandai menggigit ya. Scary!
Seperkara lagi, kalau saya bela Kurtasar, dikhuatiri kura-kura ini akan dibuli oleh kucing-kucing luar rumah. Dah jadi satu kerja pula untuk saya terlangkupkan badannya semula setiap kali diganggu meow-meow bertaraf Sarif Dol Samseng Kampung Dusun itu. Belum campur monyet tumpang sekaki lagi. Saya pernah tonton satu klip ni beberapa ekor monyet digolek disorongnya kura-kura macam kereta mainan. Haru!
Akhirnya, setelah lebih tiga puluh minit melayan Kurtasar, saya bawa Kurtasar ke kawasan belakang rumah. Di hujung tu ada kawasan tanah terbiar dan ada sungai. Biarlah Kurtasar terus mengembara ke sana mencari habitat yang sesuai untuk dia.
Time to go, Kurtasar! |
Gigih paksa Bott ambil gambar mahu simpan buat kenangan. Orang di santuari penyu lepaskan anak penyu ke laut, saya dapat lepaskan Kurtasar pun jadilah. 😂 Sehabis lembut saya pegang, bimbang Kurtasar rasa terancam. Pegang si Yuri pun tak lemah lembut begini.
Bye, Kurtasar! |
Sampai ke hari ni masih gembira sebab semalam terima kura-kura sebagai tetamu. Hahahah!
Okey, jumpa lagi nanti. Selamat bercuti panjang minggu!
Macam kura2 orang bela sebab nampak bersih aje cengkerangnya
BalasPadamSaya ada juga terfikir tentang itu, wak. Bersih je cangkerangnya... tapi, selama ni tak ada pula dengar jiiran ada bela kura-kura.
PadamIngat kan memang gurau2... rupanya betul erk...comel la kura-kura tu..
BalasPadamHehehe comel, kan?
PadamKalau kaki nombor ekor, akan terbalikkan dan tengok ada tak nombor dibadannya.. huhi
BalasPadamRare betul tetamu kali ni :D
BalasPadamDulu-dulu di kampung, selepas hujan memang selalu kura-kura lalu depan rumah, nak turun ke paya... Comel je tengok terkedek-kedek jalannya :)
Panjang leher Kurtasar say bye! bye! hehe...
BalasPadamalahai comelnya kura2.. tkt jgk nk bela..
BalasPadamaritu prnh kena kaco ngn kura2 ms tgh tido.. elok dicuitnya muka kita.. haha..
ms tu tido kat umh kawan.. kawan ada bela kura2.. hihi
test~ test~ im backkk ehehehe
BalasPadamwahhhhh ingatkan gurau aje rupanya betul2 punya kejadian kura-kura datang rumahhhhhh ehehehehe
Singgah sekeja pun dapat nama ye. Kak Farrah kira berani lah angkat. Kalau saya rasa cam geli-geli sikit terbayang kaki dan kepala dia yang lembik tu. Mesti dah call Abang Bomba Viral hari merdeka. Eh
BalasPadamSeronok pulak baca ceritanya. Kura kura tak lepas lari dari cerita kura-kura dan arnab tu kan. Pandai pulak tu nak datang rumah orang. Eloklah tu lepas, jangan dibiar sarip dol menguasai kawasan. hehe...
BalasPadamcomellll je dia.... mesi panjang muncung yuri tgk makhluk lain dtg kan? heheheh
BalasPadamingat dulu ekin ada pelihara kura-kura pak saudara bagi sebab jumpa masa banjir kat kg, tetapi sayang dah mati sebab kena gigit dekat kucing kut sebab nampak dekat tengkuk dia ada bekas gigitan.
BalasPadamkalau kwsan dekat dengan parit@longkang kadang ada kura2 mcm kwsan uma MIL yaya, kdatang tibe tpacul kura2 depan uma tp lepaskan blik kt kwsan parit@longkang situ
BalasPadamassalammualaikum. apa khbr? saja dtg melawat sini..lama x'jalan2' hehe
BalasPadam