Khamis, Oktober 06, 2022

Dapat Baucar GrabFood RM100 Sebab Kopi

Semalam sewaktu saring-saring e-mel, baru perasan yang saya terlepas pandang satu e-emel ini. Pada awalnya saya ingat sekadar e-mel promosi produk atau neswletter. Tetapi, setelah dibaca terus senyum lebar sampai telinga!

Saya dapat baucar GrabFood RM100 lah!

GrabFood RM100 Value eGift

Baucar ini saya dapat sebab penyertaan saya dalam aktiviti berkenaan McCafe, anjuran We're Lovin' It Community. Tidak silap saya, pada masa tu adalah kena jawab beberapa soalan mengenai kopi. 

Kopi kegemaran, coffee shop yang kita suka pergi, coffee moments, suasana ideal menikmati kopi - suka minum bersendirian atau berteman, minum kopi sahaja atau dengan pencuci mulut, ada buat aktiviti lain atau tidak semasa menyeropot kopi ... semua berkaitan kopi dan pengalaman mengopi. Selain itu, kena beri pendapat peribadi tentang servis dan menu McCafe itu sendiri. 

Faham-faham sahajalah, saya kalau disuruh cerita pasal kopi memang suka sangat! Tak sangka dalam pada bebel-bebel pasal kopi, ada rezeki dapat baucar GrabFood. Alhamdulillah.


Baca juga: Pilih Kopi dan Lihat Personaliti Anda


Seperti biasa, apabila dapat baucar secara online, pemberian baucar dibuat melalui Wogi. Jadi, cuma klik pada pautan yang disertakan. Ikut arahan yang diberi untuk tebus baucar kemudian nilai baucar tersebut akan terus dimasukkan ke dalam aplikasi Grab kita.


What's your coffee?

Coffee moment 😊

Pernah dengar tak orang tanya what's your poison? Expression 'what's your poison' ini biasanya digunakan untuk bertanya pada individu, minuman beralkohol apa yang diingini atau dia hendak minum.

Soalan saya untuk kalian:

What's your poison coffee?


Apakah kopi kegemaran kalian dan dalam situasi yang bagaimana kalian suka nikmati kopi tersebut. Describe your coffee moments.

Haa... kongsi dan cerita di ruangan komen. Mana tahu ada terselit 'biji-biji kopi' lebih yang boleh saya kongsi panjangkan rezeki dengan siapa-siapa yang bertuah. 😆

Okey, itu sahaja untuk hari ini. Selamat menikmati hari!

10 ulasan:

  1. huhu, wak ada bad experience dgn coffee mekdi.. citer lama smpi kena masuk hospital masuk air dlm badan nk buang toxic caffein ituuu., huhu pasni no coffee for wak ;p

    BalasPadam
  2. wah..congrats..best best. Ayu dulu memang suka cappucino & caramel machiato..but lately ni tukar ke americano je..sbb semua kena kurangkan....but kena ada coffee....

    BalasPadam
  3. Wahh..tahniah kak! Rezeki mengopi :)

    Kalau order di kedai, kopi sejuk saya pilih caramel macchiato lah. Kacau kacau rata sedut perlahan. Perghh nikmat!

    Kopi panas saya suka jenis caramel latte, hirup perlahan buih lembut tu atau cicah something macam roti je sedap juga.

    Kat rumah, kopi o kaw atau layan old town whit coffee hazelnut. Yang pastinya kat rumah layan kopi panas je :)

    BalasPadam
  4. Wah best nya farah!! Mau bercawan2 order kopi lepas ni hehe

    BalasPadam
  5. Untung ler dapat 100.. Kalau makan solo boleh 4,5 kali order grab tu.. Hihi

    BalasPadam
  6. i always go for americano tapi kalau nak bersusu i'll go for cappucino or latte

    BalasPadam
  7. wahhh best tuuuu....tahniah!! sy suka semua kopi esp kalau kopi free hahahahahha

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.