Assalamualaikum. Mudah-mudahan kalian semua baik-baik sahaja hari ini. Jom main pilih-pilih! Kalian jenis kopi yang mana?
Kredit Imej - Instagram Something's Brewing |
Kalau betul-betul suruh pilih satu, saya akan pilih latte. Yes, I am a comfort seeker. Sebanyak mana pun kecintaan dan kegilaan saya pada pahit kopi juga keasidannya, saya tetap gemar deria rasa dimanjakan dengan keenakan susu.
Kalian pula bagaimana?
Kopi Hitam dan Manfaat Kesihatan
Alang-alang dah bicara tentang kopi, rasanya ramai yang sedia maklum akan manfaat kopi hitam (black coffee) untuk kesihatan. Kebanyakan kopi (jangan ambil kira serbuk kopi campuran dan kopi pracampur) mempunyai nilai kalori rendah, hampir kosong jika dibandingkan dengan kopi bergula, bersusu dan berkrim. Jadi memang sesuai sangat untuk yang berdiet. Kita cakap tentang kopi kosong tanpa gula tau. Andai ada rasa manis pun, cuma menggunakan sedikit gula atau pemanis semula jadi. Kalau letak gula semewahnya secukup rasa, itu dah jadi kopi o peng! 😁
Kafein dalam kopi dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme, merangsang pembakaran lemak dalam tubuh selain membantu meningkatkan tenaga dan daya tumpuan kita. Bukan itu sahaja, kopi juga boleh mengurangkan risiko kencing manis jenis 2 (Diabetes Type 2) dan penyakit berkaitan nyanyuk seperti Alzheimer atau Dementia.
Tetapi, sekali lagi saya ingatkan. Kopi kosong tau! Bukan kopi guna serbuk kopi campuran, bukan kopi 3-in-1, bukan Kopi Sally, kopi gantung atau kopi ikat tepi. 😆
Oleh itu, bagi yang hendak nikmati kebaikan kopi sepenuhnya, kenalah berjinak-jinak dengan kopi hitam tanpa gula.
Bukan Penggemar Kopi Hitam? Cuba tips di bawah.
Ingin peroleh manfaat kopi hitam tetapi tekak tidak boleh terima? Saya faham situasi kalian. Tidak semua boleh terima kopi kosong. Mungkin dek kerana ketajaman rasa pahitnya, kopi ini bukan pilihan kalian. Mari cuba tips dibawah:
Tips untuk Mula Menikmati Kopi Hitam dan Memperoleh Manfaat Kesihatan yang Ditawarkan
Kurangkan penggunaan gula secara berperingkat
Kepelbagaian cara panggang dan bru
Ingat pilihan kegemaran anda
Gunakan kopi yang segar
Yang sedang-sedang panas
Mudah-mudahan tips mudah di atas dapat bantu kalian ubah fikiran tentang kopi hitam. Oh, jangan lupa kongsi tentang pilihan kopi kalian. Kena tak dengan personaliti.
"Kopi."
"Suka kopi apa?"
"Bergantung. Ikut selera apa yang teringin masa ... masa tu." Tepenggal-penggal jawaban lelaki itu dek kerana menahan sakit.
"Tahu tak ... ini sesuatu yang menarik! Melalui kopi, kita dapat menilai karakter seseorang. Apa kopi kegemaran kita, menggambarkan siapa diri kita." Qaira mula buka bicara soal kopi. Topik kesukaannya. Dalam pada itu, kedua-dua tangan masih kejap menekan luka Mujahid.
"Really?"
"Ya. Bila Encik Mo pesan kopi, pilihan kopi Encik Mo itu sedikit sebanyak dedahkan personaliti Encik Mo. Misalnya, peramah ke ... introvert, extrovert, berjiwa sensitif, mudah didekati atau perahsia."
"Semua tu ... boleh tahu melalui kopi?"
"Ha ah. Alah, macam kita dapat baca personaliti orang melalui tulisan atau tandatangan," jelas Qaira.
i always go for black coffee
BalasPadamamericano.. kalau rasa nak bersusu just tambah je susu kotak yg ada dlm fridge tu..takde brew sana brew sini...org kampungkan hahaha
Saya pun tak tahu nak pilih mana satu. Ikut mood dan keadaan jugak. Tapi Decaf macam tak de feel minum kopi pulak. Sebenarnya macam suka machiato lagi lebih kopi dari susu. Tak ada dalam pilihan, saya pilih cappucinolah. balance susu dan kopi. Perfectionist kononnya lah :)
BalasPadameh sama lah kita. saya pun suka sangat2 latte. tapi lately ni suka juga cappucino dan cortado. saya salute betul yg boleh amik selalu black coffee. saya perlu satu keazaman yang tinggi kalau nak minum black coffee hahaha
BalasPadammine...cappucino of coz...kadang2 je go for caramel machiato. Perfectionist...xde la
BalasPadamblack coffee kalau dulu2 terpaksa minum ha haa sb kalau ke rumah arwah tok itu la hidangan penting
BalasPadamtp skrg kadang2 la. minum yg light2 je cam nescafe 3 in 1.
suka americano hehe.
BalasPadamKalau order di kedai tu latte, Baru ni cuba kopi campur dan kurang gula tapi letak susu tepung pula, betul kopi pure tu ada khasiatnya tersendiri, seakan minum herba ala jamu kan.. Thanks Farrah for sharing.
BalasPadamAku kalau bab kopi memang nescafe jerlah pun. Kopi lain tak berapa tahan.
BalasPadamAlaa mocha takde ke dalan list hehee
BalasPadamCici tak minum kopi sangat. Sbb nanti susah tidur dan sakit kepala.
Tapi zaman study dulu (dan buat last minute assignment) I'll choose coffee dari McD. Hitam pekat gitu.2 malam tak tidur hahahah
Latte rasanya. Saya memang comfort seeker. minum juga kopi orang kampung macam 434 atau Hang Tuah, cuma kena ada gula. Teh takde gula takpe lagi, tai kopi tak sanggup. haha
BalasPadamsal. terbalik dgn aida.
Padamteh tanpa gula = NO!
kopi tanpa gula = ok ok saje :)
Saya selalu acah2 order kopi itu kopi ini. Di akhir cerita tetap pilih latte haha.
BalasPadamTeringat Encik Mo & Qaira + kopi. Kena baca balik BSN ke apa ni? :)
Mrs. A suka latte am a comfort seeker too kadang-kadang pilih mocha juga.
BalasPadamSemalam pegi Mydin tengok nescafe dah ada decaf pulak tutup biru tu sajalah cuba nescafe decaf pulak tapi harga lebih sikit. Okaylah boleh layan.
Farrah...
BalasPadamKak Amie suka kopi hitam : Black.
Alahai, nampak betul orang kampung kan hahahaaa!
Sama macam kak farah, saya minum kopi ikut mood.. hehehe.. Tapi latte memang paling bestlah..
BalasPadamkopi kurang gula.
BalasPadamyes. awal2 tu tak sedap.
bila da terbiasa, ok je.
nice :)
kesihatan pun terjaga.