Isnin, Oktober 31, 2022

Kopi Saigon dan Gerobak Sate

Dua tiga minggu ini saya banyak urusan di luar. Jadi, memang banyak makan makanan luar. Sampai rumah memang dah tak larat nak masak. Lazimnya, saya tapau sahaja apa-apa yang memikat selera dalam perjalanan balik. Tak pun, tunjuk-tunjuk tekan-tekan di Grab. 

Kali ini, sengaja manjakan tunas rasa dengan kopi Vietnam dan sate. Kopi Saigon dan Gerobak Sate menjadi pilihan.


Kopi Saigon dengan Rasa Premium

Memang sudah sekian lama teringin minum kopi Vietnam. Terbayang-bayang kopi susu pekat dengan cebisan cincau yang dingin lalu laju di anak tekak. Nikmatnya! Ada satu cawangan Kopi Saigon berhampiran rumah saya. Boleh kata hampir setiap hari lalu, tetapi belum pernah tergerak hati untuk  singgah dan buat pembelian.

It's time for Kopi Saigon!

Kopi Saigon kami 😊

Macam-macam pilihan kopi yang ada di Kopi Saigon. Boleh tahan menarik juga tau! Selain Kopi Saigon (ini yang ori, kopi + susu pekat), Kopi Kelapa, Kopi Vanila, Kopi Karamel dan Matcha, ada juga seleksi Dessert Seasonal Drinks untuk dicuba seperti Kopi Buttercream, Kopi Strawberry, Kopi Jagung dan Kopi Onde-onde. Penggemar kopi bolehlah bereksperimen dengan pelbagai perasa yang ditawarkan. 

Disebabkan ini kali pertama saya buat pembelian, saya pesan yang biasa-biasa dulu. 1 Kopi Saigon untuk Bott, 1 Kopi Mocha untuk Cekengah dan untuk saya Kopi Cincau. Asalnya saya hendak cuba Kopi Santan sebab Kopi Saigon dan Kopi Cincau tu lebih kurang sama je ... tetapi last minute tak jadi ambil Kopi Santan. Takut berat sangat. Nanti nak makan sate lagi. Nampak tak, awal-awal dah target nak makan sate banyak! 😁

Sedap ke Kopi Saigon? Autentik ke? Bagi saya sedap! Mereka berjaya bawa rasa kopi autentik Vietnam tu. Kopi memang pekat dan berasa. Tahap kemanisan, tidak terlalu manis. Rasa kopi tetap mendominasi tetapi kandungan gula masih tinggi ya sebab menggunakan susu pekat. Sekali-sekala bolehlah treat and reward diri dengan kopi ini. Tak boleh selalu.


Gerobak Sate Resepi Klasik

Ini kali pertama saya makan Gerobak Sate. Sebelum ini biasa beli Sate Warisan, Sate Subang dan Sate Hj. Samuri. Kali ini Cekengah sarankan pilih Gerobak Sate. Menurut Cekengah, kena cuba sate daging tenderloinnya. Sedap dap dap dap! 

Since 1979

Sudah sampai! Kami pesan 20 cucuk sate ayam dan 30 cucuk sate daging tenderloin. Ada nasi himpit, hirisan timun dan bawang sekali.


The star of the day!

Sate dari Gerobak Sate


Sate dagingnya memang sedap! Berjus dan tidak kering. Sekejap sahaja bercucuk-cucuk sate daging kami makan dengan penuh selera. Perapan rempah satenya benar-benar berasa. 

Sate ayam biasa-biasa sahaja bagi saya. Kering sedikit. Satu lagi, pilihan set dan menunya agak terhad jika hendak dibandingkan dengan kedai sate lain. Tetapi, tak jadi masalahlah. Kami memang aim nak sate daging tenderloin tu je.

Untuk kuah, tekstur kuah kacang agak pekat dan tidak terlalu pedas. Just nice. Maaf tiada gambar kuah sate sebab waktu ini saya dah terlalu lapar. Fikir nak makan sahaja. 

Alhamdulillah, sedap dan berbaloi. Kira lepas ni, bolehlah repeat lagi kalau teringin. 

Ada siapa-siapa yang sudah rasa Kopi Saigon atau Gerobak Sate? Kena tak dengan selera kalian?


18 ulasan:

  1. kopi saigon tu tak kena dengan tekak. first and last juga beli sebab pakai susu tin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak tak minum susu pekat. Tetapi utk kopi Saigon ni sanggup beri pengecualian sebab dah teringin sangat nak kopi Vietnam heheheh

      Padam
  2. Kopi Saigon saya suka. Selalu jugak beli. Aneh kombinasi sate dan kopi. Hehe. Takpelah, asalkan kak Farrah dan family kenyang dan happy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang aneh, kan? Ni nama makan tak fikir, ikut sedap tekak. Tak boleh buat selalu huhuhu

      Lepas ni lehla belanja Sal kopi Saigon

      Padam
  3. Kopi Saigon ni sedap kalau kuat rasa kopinya. Kadang ada yang jenis pekat dan manis sangat. yang tu takleh nak masuk sangat. Tapi suami saya jenis tak suka kopi macam ni. Sate kalau jenis berjuicy dan tak kering tu lebih sedap lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun tak boleh kalau pekat dan manis sangat. Terus potong mood nak enjoy kopi. Normally, akak tak minum kopi dengan susu pekat, tapi pengecualian diberikan utk Kopi Saigon hehehe

      Betul. Sate kalau juicy dan terasa perapannya memang laju kita makan 😊

      Padam
  4. Kopi vietnam ni dia pekat likat.. Pernah try tp mcm cukup sekali rasa gitu heheh... Sate gerobok ni x pernah try lagi. Tak rau plk sate brand ni femes hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, kak. Bagi yang tak gemar kopi pekat likat, memang tak akan kena dgn kopi Vietnam. Hehehe saya pun baru tahu tentang Gerobak Sate ni, kak.

      Padam
  5. Oh, ada kopi santan rupanya!
    Macamanalah rasanya tu.
    Cantik pula sate-satenya itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya rasa kan, kak… santan tu akan ganti susu pekat. Jadi, lebih lemaklah kan… macam santan dalam cendol tu.

      Bukan sahaja cantik, rasanya dap dap dap, kak! 😀

      Padam
  6. uiiii sedapnya kopiiiiiii👍👍👍

    BalasPadam
  7. Kopi saigon nie tak terjumpa pun kat sini.. huhuhu..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.