Satu Kilo Satu Kilo

Selasa, Oktober 18, 2022

Assalamualaikum. Hari ini cerita tentang pembelian satu kilo satu kilo saya. Apa yang satu kilo? Semasa jualan 10.10 baru-baru ini, saya banyak beli barang makanan. Selain tawaran harga yang menarik, ada juga beberapa produk dalam cart yang boleh dapat lebih potongan dengan coins. Jadi, saya belilah groceries dan barang rumah mana yang perlu. Buat tambah stok.


Beras Super Special Tempatan 3A | Beras Susyi

Antara pembelian satu kilo saya ialah beras Super Special Tempatan. Beli runcit satu kilo satu kilo begini lebih praktikal. Saya jarang-jarang beli beras biasa pembungkusan 5 atau 10 kilogram sebab di rumah ni kami guna beras ponni. 

Beras biasa guna apabila hendak masak bubur dan nasi himpit sahaja. Tak berbaloilah andai beli sampai 5 kilogram sebab nanti rosak dimakan bubuk sebelum sempat habis digunakan. Masak bubur banyak mana je kita guna, kan? Jadi, lazimnya memang akan beli dua atau paling banyak tiga kilo sahaja. 


Beras Super Special Tempatan dan Beras Calrose
Tiga pek di atas, beras Super Special Tempatan 3A. Dua pek di bawahnya pula beras Calrose (Calrose rice). Ini memang beli sebagai stok untuk waktu-waktu kami teringin makan susyi. Nanti Bott punya tugaslah buat onagiri atau susyi lain bergantung kepada bahan apa yang ada.

Saya suka beli dalam pek bungkus semula (repack) begini. Sekilo baru RM5.80. Jauh lebih murah jika dibandingkan dengan pek satu kilo jenama Sumo yang boleh mencecah sehingga RM10 - 12.

Selain beras bubur dan susyi, kadang-kadang saya beli beras pulut juga. Ada kalanya, dalam situasi 'terdesak' ingin pulangkan pinggan jiran atau bekalkan sesuatu kepada kawan yang bertandang, saya grab je bungkusan satu kilo yang saya ada. 😁

Rolled Oat

Rolled oat

Stok rolled oat tidak boleh putus di rumah saya. Untuk buat overnight oat, buat lempeng, biskut oat versi sihat, baked oat dan macam-macam lagilah. Seperti beras, oat pun saya suka beli repack. Lebih berbaloi. Jika beli jenama terkenal seperti Quaker, Captain dan Anzen yang sedia ada di pasaran, mahal sedikit. 800g dah cecah sembilan ke sepuluh ringgit.

Kalau beli repack, satu kilo seperti di atas tu cuma RM6. ++.


Highland Grown Certified Organic Chia Seeds

Satu lagi pembelian sekilo saya - biji chia. Ini jenama kegemaran saya sekarang. Dahulu saya suka beli chia seeds Mahnaz Food. Tetapi semenjak harganya naik mendadak, terpaksa bertukar ke jenama lain.

Chia seed murah dan berkualiti.

Dari satu jenama ke satu jenama, macam-macam saya cuba. Ada yang okey, ada yang menghampakan dan akhirnya berjodohan dengan Highland Grown Certified Organic Chia Seeds ini. Ini paling memuaskan hati!

Ingin dapatkan chia seed berkualiti dengan harga berbaloi ini? Klik di sini.

Gembira saya susun pembelian saya di pantri. Apa yang penting, semua produk di atas ini ada potongan harga sempena jualan 10.10. Diskaun daripada penjual, baucar Lazada, potongan harga tambahan dengan coins dan penghantaran percuma. Benar-benar berbaloi! Dapatlah jimat sedikit duit belanja dapur 😊.

16 ulasan

  1. Pembelian begini barulah untungkan, beli apa yg kita guna sewaktu ada offer. Barulah jimat sebenarnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dapat jimat sini sikit sana sikit, jadilah, kan? 😊

      Padam
  2. pandainya berbelanja.. tp rolled oats tu mmg murah. Ammi beli yg less than a kg pun dah RM14 kalau tak silap. Ammi ni tak retilah nak grab opportunity time sale2 gini. ishhhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Ammi. Jenama dah ada nama ni, kita bayar sekali nama dan packaging dia. Memang kalau nak berbaloi, beli loose pack macam ni je.

      Padam
  3. Oklah tu, beli ikut keperluan. Taklah membazir nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang ni memang kena belanja dengan hemat. Kalau tak, tenat poket hehehe

      Padam
  4. wahhhh beli masa ada offer mmg berbaloi baloiiii ni kak! hehehe

    *mujurlah blog Ana dah sihat. dah updated latest list pd list hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak memang selalu masuk kat cart siap2. Ada diskaun, kita beli 😊

      Alhamdulillah, masalah blog Ana dah selesai. Pandai Ana godek2.

      Padam
  5. baru la berbaloi shopping kan...good good!

    BalasPadam
  6. Baru saya tahu ada jual repack rolled oat tu. Murah lagi kalau repack. Sedap juga dibuat lempeng. Lama tak buat overnight oat.

    BalasPadam
  7. Bagus juga beli repack begini. Kadang-kadang barang mahal sebab jenama je

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul, Sal. aida setuju.
      jenama main peranan dlm harga.
      sedangkan beras je pun, gula, garam... kan :)

      Padam
  8. Bagus cara Farrah, berbelanja secara berhemah.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.