Baru-baru ni makan dekat Absolute Thai, IPC. Saya tak sempat sarapan pagi tu. Menjelang pukul 11, langkah dah goyah. Macam mana nak shopping dengan aman kalau tak ada tenaga, kan? Makanya, terus terjah masuk Absolute Thai.
Setelah bergelut dengan sistem pesanan pakai QR code (benci betul bab ni lagi-lagi internet coverage kat situ tak berapa elok), makanan pun mula sampai. Antara sebab utama saya pilih restoran ini - makanan cepat sampai. Tak perlu tunggu lama. Sesuailah sangat dengan keadaan saya yang tengah kelaparan. Orang putih kata, I can eat a horse gitu. 😂
Juadah pertama yang sampai - Mieng Kam
|
My favourite - Mieng Kam versi terbalik 😂 |
Jangan terkejut rupanya sebegini. Ini bukan
plating sebenar. Saya punya angkara. Asalnya, nak alihkan pinggan. Tangan gigil,
balancing out. Nasib baik tak tumpah ke lantai. 🤣 Lazimnya, kalau singgah makan di sini, mieng kam memang akan jadi antara
appetizer pilihan selain set popia (
Absolute Thai Combo).
Saya suka letak kepingan kelapa bakar tu lebih, kacang, cili, potongan limau dan ngaaappp. Dap dap dap! Itu dah tinggal setengah, saya seorang je makan. Bott masa ni sibuk jawab panggilan.
Hidangan utama saya sampai. 😊
|
Thai Fried Rice with Chicken Wings Absolute Thai |
Teringin nak makan nasi goreng nanas tetapi hari tu tak available pula. Jadi, saya pesan Thai Fried Rice with Chicken Wings. Sedap juga. Bott pun pesan nasi goreng tapi saya tidak ingat nasi goreng apa. Kemudian, untuk something soupy, ada tomyam ayam, dessert pula pulut mangga. Ini tiada dalam gambar sebab khusyuk sangat makan, tahu-tahu dah licin pinggan.
Alhamdulillah, kenyang. Selepas tu dah boleh jalan-jalan dengan hati gembira dan penuh tenaga. Setakat ini, pengalaman saya makan di Absolute Thai memang okey. Bab makanannya memang puas hati. Sedap, berasa.
Selain apa yang saya makan di atas ni, menu lain yang saya rasa enak dan boleh dicuba:
- Thai Mango Salad with Crispy Catfish
- Glass Noodle Salad with Seafood
- Sizzling Beef with Blackpepper Sauce served on hot plate (*Yumm yumm… tapi yang ini saya rasa portion-nya agak kecil untuk saya.)
- Steamed Siakap with Chillies, Garlic and Lime Sauce
- Pandan Leaves Chicken
*Saya jarang cuba menu makanan laut restoran ini.
Dari segi harga, pricey atau tidak… bagi saya standard untuk restoran-restoran yang sebegitu. Tetapi, tak bolehlah pergi selalu hehehe
Ooo... nak alihkan pinggan jadi terbalik rupanya. Ingatkan Mieng Kam Terbaik, rupanya terbalik. Saya rindu nak makan miang kam!
BalasPadamSaya tak reti makan Miang Kam, so akak cakap terbalik pun saya tak perasan. Haha. Haip, perut kosong jangan lah makan nenas
BalasPadamMenyelerakan ns goreng tu.. tak pernah try Miang Kam.
BalasPadamterbalik pun xpe laa janji kenyang😀
BalasPadamX pernah try miang kam.. salu tgk org open order kat sini, jual kt kedai x pernah jumpa lg.. kedai absolute thai ni dlm shopping mall kan?
BalasPadamSaya hangin betul bila guna QR Code tapi tak ada coverage line yang bagus.. Entah bilalah coverage internet di Malaysia ini nak okay.. Mudah tapi menyusahkan.. huhuhu..
BalasPadamTak berjaya lagi cuba mieng kam..